2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Moga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua 🤲🏼 Entri kali ini aku nak ceritakan sikit tentang Gestational Diabetes Mellitus (GDM) & Blood Sugar Profile (BSP) 😌 Mesti ada yang pernah dengar tapi tak berapa cakna tentang dua benda ni. Ada juga yang tahu sekaligus pernah mengalami GDM ni. Okay, senang cerita GDM ni ialah kencing manis sewaktu hamil dan kebanyakan akan hilang selepas melahirkan nanti. Dari research aku, GDM ni terjadi disebabkan gangguan hormon ketika hamil in which insulin tak cukup or tak proper ntuk process glukosa atau gula dalam darah. Pss// If nak tahu lebih lanjut tentang proses GDM boleh baca dekat • KKM | Diabetes Semasa Hamil • Once hang dah lekat GDM automatik nurse akan suruh hang buat BSP. BSP ni ialah nurse akan pantau hang bagi memastikan tahap gula di dalam darah hang berada pada paras yang optimum sepanjang hari. Pastu mesti ada yang tertanya-tanya, sampai bila hang nak kena buat BSP? Jawapan dia, sam...