THE REASON WHY I CHOSE NOAH RAMADHAN ๐
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Mudah-mudahan Allah senantiasa merahmati kita semua ๐ฆ
Mungkin ada yang tertanya-tanya, dari mana aku terdetik dan kenapa nak letak nama anak, Noah Ramadhan bin Mohd Azree. InsyaAllah, entri kali ini aku nak kongsikan serba sedikit tentang nama si tuah ni.
![]() |
Happy two month old, shayang ibu๐ |
Plan asalnya, nama si tuah ni Noah semata-mata. Ini semua disebabkan oleh nama ayah dialah Mohd Azree. Maknanya nama si tuah ni akan jadi Noah Mohd Azree lah kan? Bagi aku macam pelik kalau nak letak Mohd Noah Mohd Azree. Lepas tu, kalau letak panjang-panjang orang akan panggil satu nama je. Perasan tak?
Maksud Noah/Nลซแธฅ/ููุญ
Nลซแธฅ berasal dari bahasa Syam yang membawa maksud selalu berterima kasih dan bersyukur.
๐ Lepas dapat tahu pregnantkan Noah, aku rasa bersyukur dan berterima kasih sangat pada Allah sebab sebelum pregnant noah ni, aku ada cyst sebesar 3.14 cm. Kan orang cakap, kalau nak pregnant rahim mesti sihat dan bersih. Tapi, waktu ada cyst pun aku pregnantkan si tuah ni dengan rahmat Allah.
๐ Waktu pregnantkan Noah, semua sakit dalam badan aku seolah-olah hilang satu persatu especially buasir/sembelit. Lepas je trimester pertama, alhamdulillah lancar pembuangan air besar aku.
๐ Disebabkan penyakit yang aku hidapi, aku ada pantang. Antaranya ialah telur dan daging. Aku kan buasir. Jadi aku tak boleh makan daging. Tapi dengan kasih sayang Allah, aku teringin makan daging waktu mengandungkan Noah, Alhamdulillah najis aku tak keras dan tak berdarah sebaliknya lembut jer.
Pronunciation Noah
Pronunciation terpulanglah dekat hangpa semua. Kalau aku dan keluarga, kami panggil si tuah ni Nลซแธฅ/ููุญ
Ada juga kawan-kawan aku yang paggil No-Wah. No worries dear, tak salah pun. Yang penting, niatkan di hati hangpa doakan Noah jadi manusia yang selalu bersyukur ya?
Kenapa ejaan Noah kalau panggil Nuh?
Hihi, ni part paling segan aku nak cerita ni. Okay ! Ejaan Noah ni sebenarnya datang daripada nama aku lah. Aku selalu tulis dekat buku study aku dari zaman asasi sampailah ke degree 'Noah' which is singkatan untuk Noratirah Ahmad. Memandangkan Noah anak first dan lelaki pulak tu, tak salah kalau nama si tuah ni ada kaitan dengan ibunya impliedly bukan? Sebab nama ayah dia dah terang tang-tang ada dalam surat beranak/MyKid ๐คญ
NO (NORATIRAH) + AH (AHMAD) = NOAH
Penambahan Ramadhan
Terdetik idea nak tambah Ramadhan ni sebenarnya datang dari kawan baik aku, Zulaikha Zainuddin. Terima kasih sayang ๐ฆ Waktu tu, dia datang ziarah aku dengan adik dia. Sembang punya sembang dia kata dekat aku, hang kan beranak bulan puasa? Letaklah nama anak hang Nur Ramadhan. Lepas dia balik tu, aku tak henti-henti berfikir sedap ke tak kalau letak Noah Ramadhan. Takut-takut tak masuk! Sebelum ni memang kakak aku ada tanya, taknak letak apa-apa ke lepas Noah tu. Aku cakap tak, sebab takut tak masuk.
Lepas kawan aku tu balik, aku pun tanyalah kakak aku, kalau letak nama Noah Ramadhan, sedap tak, masuk tak? Kakak aku cakap, okay je dan masuk nama dengan Noah tu. Aku pun bagi tahu lah suami aku, at the first dia macam tak setuju๐คญ lepas dua hari, dia macam suka pulak nama tu.
Maksud Ramadhan
Ramadhan berasal dari kata dasar (ุฑ-ู -ุถ) membawa maksud panas yang menyengat/kekeringan khususnya pada tanah.
Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan Ramadhan ini dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah.
๐ Ibu harap, lahirnya Noah Ramadhan dalam bulan Ramadhan ni, Noah akan jadi anak yang soleh, suka melakukan amal kebajikan dan sentiasa berusaha melawan nafsu untuk terus taat pada Allah, al Khalik.
Istimewanya Noah Ramadhan
Tarikh lahir Noah dalam bulan puasa iaitu 4 Ramadhan sama dengan tarikh kematian tokwan Noah, Ahmad bin Dahakim. Dalam banyak-banyak tarikh, Allah pilih 4 Ramadhan untukmu, nak. Fizikal Noah dari belakang especially kepala persis tokwan Noah. Ibu doakan Noah Ramadhan mulia hatinya, murah rezekinya dan suka buat baik dengan haiwan macam tokwan. Amin
Noah lahir dalam bulan puasa dan ibu pun lahir dalam bulan yang sama. Hanya beza sehari! Noah, 4 Ramadhan dan ibu, 3 Ramadhan. Alhamdulillah, Allah bagi ibu rasa macam mana susahnya tok rasa untuk ganti puasa sebulan waktu bersalin dekat ibu dulu.
Nampak macam kebetulan kan sayang? Tiada sebarang kebetulan melainkan semua ini adalah takdir dari Allah.
Akhir kata, sekian saja perkongsian dari aku untuk kali ini. Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk baca entri kali ni. I'm really appreciate it๐
**Pss// Btw, sebelum aku dan suami decide nak bagi nama dekat Noah Ramadhan ni, aku suruh suami aku tanya Noah, Noah nak ke tak nama dia Noah Ramadhan. Sebab sebelum ni aku selalu sembang, usap-usap dia dengan nama 'Noah Mohd Azree'. Takut-takut dia senyap je kalau aku panggil Noah Ramadhan๐คญ
Then, bila suami aku balik bercuti dengan kami, dia pegang perut aku dan tanya dekat Noah. Dia pun tanyalah si Noah ni, 'Noah ni ayah ni. Ayah nak tanya. Ayah nak letak nama Noah, Noah Ramadhan.' Lepas tu, Noah pun bagi reaksi, dia gerak-gerak dalam perut aku, macam satu tendang/tumbuk kecil which is itu maknanya Noah setuju. Masa tu aku dan suami senyum je dan kata putusnya, nama si tuah ni ialah Noah Ramadhan ๐ฆ
Comments
Post a Comment