NOAH'S FIRST THREE MONTHS CHECK UP💉

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Moga Allah senantiasa merahmati kita semua 🌼

Entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman tiga bulan pertama check up baby Noah, memandangkan bulan keempat Noah akan rehat sekejab daripada injection 😌 tapi still kena ke klinik untuk timbang berat dia.


Bulan Pertama;
17/6/2019 - 14:00
Klinik Desa Ulu Melaka

Hari ni merupakan hari ke-41 aku berpantang iaitu minggu ke-6 selepas aku bersalin. Petang tu, aku dan mak aku bawak Noah pergi ke klinik desa Ulu Melaka. Setibanya di klinik, aku kena check urine, timbang berat, check tekanan darah dan check haemoglobin. Manakala, Noah pulak nurse check tinggi, berat dan lilitan kepala.

Petang tu, bukan baby Noah je yang akan kena inject, aku pun kena inject tau. Injection perancang kehamilan💉 Rasa kena cucuk tu macam biasa je, tapi kena cucuk dekat bontot lah. Kenapa aku pilih injection? Sebab ini cara paling mudah nurse suggest memandangkan aku nak sambung study lagi. Takut-takut terlupa nak makan pil perancang!
Alhamdulillah, lepas injection takdak kesan apa apa such as sakit kepala, sakit pinggang and so on.

Bila dah settle injection, nurse tanya aku beberapa soalan untuk tengok tahap perkembangan Noah. Alhamdulillah semua okay! Then nurse bagi tarikh appointment untuk berjumpa dengan doktor untuk check paru-paru Noah dekat Klinik Kesihatan Ayer Hangat. Lepas dah settle jumpa nurse, tibalah giliran baby Noah untuk injection Hepatitis B (dos 2).

Memandangkan aku dalam pantang, jadi aku mintak mak aku pegang Noah sewaktu dia nak disuntik. Waktu kena inject tu, Noah menangis kuat gila! Allahu kesian anak aku, kena jarum besar😭 Lepas kena inject terus Noah tertidur. Sorry ya sayang.

1/7/2019 - 0800
Klinik Kesihatan Ayer Hangat

Harini Noah ada temujanji dengan doktor. Setibanya di klinik tu, macam biasalah kena daftar dulu. Lepas tu, aku kena tunggu dekat tempat check berat dan tinggi bayi. Tapi baby Noah tak kena check semua tu, terus dapat jumpa doktor. Mungkin, Noah ni baru saja check up dekat klinik desa. Jumpa jer doktor, doktor check Noah. Alhamdulillah yang lain semua okay! Tetapi ada tiga masalah.

👶🏻  Café au lait Noah berukuran lebih daripada yang sepatutnya

Doktor ada tanya, aku ada tak tanda lahir? Dengan confidentnya, aku cakap takdak. Padahal, lupa yang aku ada tanda lahir. So tanda lahir ni diwarisi okay?

👶🏻 Kaki Noah macam tak betul
** Orang Kedah panggil pengkaq

Doktor takut Noah berjalan from the other side. So doktor pun tulis note suruh aku refer Hospital di Melaka, memandangkan Noah akan duduk Melaka nanti.

Pss// Anak ibu takmau kena bedung. Maybe benda ni lead to kaki Noah jadi macam tu.

👶🏻 Simetri kepala Noah tak sama

Doktor terus bagi surat untuk buat ultrasound scan otak Noah, takut-takut pressure otak Noah. Wallahi, dengar-dengar doktor cakap bab ni, rasa letak tapak pun tak berasa. Hati ni risau sangat-sangat hanya Allah yang tahu waktu tu.

2/7/2019 - 0800
Hospital Langkawi

Pagi ni, aku dan mak aku pergilah ke hospital. Dalam hati ni berdebar, Tuhan saja yang tahu. Dekat Jabatan Radiologi, aku pun bagi surat doktor dekat kaunter. Punyalah tunggu ingatkan boleh terus scan, rupa-rupanya tak pun. Nurse bagi tarikh dan masa lain; 17/7/2019 @ 1000 😂

17/7/2019 - 1200
Hospital Langkawi

Setibanya dekat hospital ni, aku terus pergi dekat kaunter bagi surat haritu bersama alasan kereta rosak. Padahal tak pun. Takut kena marah punya pasal sebab appointment sepatutnya pukul 10 pagi, aku pergi pukul 12 lebih weh. Aku pun tunggu dan Alhamdulillah doktor tu kasi Noah scan.

Mula-mula tu okay lagi, dah lama-lama tu Noah mula meragam taknak doktor sentuh kepala dia. Mungkin tak selesa sama kot, dengan gel yang sejuk atas kepala dia tu. Tambah pulak dengan tak cukup tidur. Sumpah, ultrasound otak tu lama gila! Doktor tengok satu per satu. Sehinggakan kena pujuk Noah dengan cara bawa dia keluar dari bilik ultrasound. Tak pernah ibu dengar Noah meraung macam ni ha. Baby Noah baby Noah! 😥

Alhamdulillah, resultnya doktor kata takdak pembengkakan dekat otak Noah dan semuanya okay. Ya Allah, bersyukur sangat-sangat.
Macam biasalah si Noah ni, lepas meragam dan merengek jer terus tertidur.

Kesian sayang ibu, moga Allah senantiasa sihatkan tubuh badan ya anak ibu dan jauh dari segala penyakit berbahaya. Allahumma amin. 


Bulan Kedua;
21/7/2019 - 0900
Klinik Desa Ulu Melaka

Harini merupakan kali kedua injection Noah, injection DTaP (dos 1). Sepatutnya appointment 14/7/2019,memandangkan Noah tak sedap badan, rasa macam nak demam aku call nurse dan dia mintak untuk aku datang 21/7/2019. Macam biasalah rutin ke klinik ni, kena tanggalkan baju anak, then timbang berat, ukur tinggi dan ukur lilitan kepala. Waktu telanjangkan Noah, dia dah mula meragam tak selesa gamaknya berbogel depan orang dan baring atas bantal orang lain (bantal klinik). Masa ukur tinggi dia dah mula nangis, tak selesa. Ha, sudah! Dah selesai semuanya, aku pun angkatlah Noah nak tenangkan dia. Then, aku rasa panasnya dekat perut! Rupa-rupanya dia dah siap kencing dekat badan aku si Noah ni. Anak anak! 😜

Masa jumpak nurse, Alhamdulillah semua okay. Suhu badan dia pun membolehkan dia disuntik! Masa dekat bilik vaksin tu, nurse ajar aku macam mana nak pegang kaki baby Noah. Kena pegang kuat-kuat. Aku ni first timer manalah nak tahu, Noah gerak-gerak habis darah paha dia. Kesian Noah! Sorry ye nak. 😭

**Dua tiga hari selepas tu, Alhamdulillah, kaki Noah tak lebam. 

Bulan Ketiga;
18/8/2019 - 1130
Klinik Desa Ulu Melaka

Harini temujanji dengan klinik sepatutnya pukul 9 pagi tapi kami sampai klinik pukul 11 lebih, cuak gila takut nurse marah. Alhamdulillah depa okay je! Macam biasalah rutin ke klinik; pass buku dekat kaunter, tanggal pakaian, timbang berat dan ukur tinggi then masuk jumpa nurse yang bertugas. Waktu ni baru nurse ukur lilit kepala Noah. Nurse pun tanyalah perkembangan Noah dalam bulan ketiga ni, Alhamdulillah semua tally 🙈 Ni merupakan bulan terakhir kami dekat Langkawi, lepas ni dah transfer out ke Melaka. 

Lepas je jumpa nurse, Noah akan kena injection untuk kali yang ketiga which is injection DTaP (dos 2). Dalam bilik vaksin tu, aku pegang kaki Noah rapi-rapi then nurse pun suntik. Ya Allah, berdebar aku waktu ni! Alhamdulillah, dengan dua kali u-wek, Noah terus senyap. Marah gamaknya orang pegang kaki dia kuat kuat😅

Kesiannya anak ibu kena inject. Mungkin waktu kena inject dia tak meragam sebab tak rasa lagi kot. Mana taknya, tengoklah paha KFC hero ibu ni🤗

Nasihat aku
🔸Jangan takut kalau doktor cakap tentang 'something wrong' tentang anak kita. Because, it will lead to better solution. 

🔸Bersyukurlah dan husnudzon dgn Allah. Mungkin Allah nak bagitau kita apa yang kita kena fix. Kalau takdak apa apa masalah tu Alhamdulillah! 

Sekian saja entri aku untuk kali ini. Terima kasih guys sudi meluangkan masa untuk baca perkongsian aku ni ha🌼

Pss// Terima kasih kepada mak aku, Zainab Che Mat yang banyak membantu dari mengandung sampai ke beranak. Terima kasih buat nurse-nurse dan doktor-doktor yang terlibat💕

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥