OH MY CONFINEMENT ๐Ÿ˜ฑ

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah senantiasa merahmati kita semua๐Ÿ™ˆ

Alhamdulillah, harini merupakan hari yang ke-100 selepas melahirkan Noah. Jadi, InsyaAllah entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman berpantang aku yang pertama.

Sejurus melahirkan, maka bermulalah tempoh berpantang. Fasa ni lah fasa paling getir dan sukar dalam hidup. Tambah pulak, aku jenis yang kuat makan. Satu perkataan untuk berpantang; merana ๐Ÿ˜‚ Jadi aku nak share sikit lah, do and don't during confinement ni. Antara perkara-perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan sewaktu berpantang ialah:

#1 Pemakanan

Antara makanan yang tak boleh dimakan adalah

❁ Makanan sejuk dan berangin seperti timun๐Ÿฅ’, anggur ๐Ÿ‡, kekacang ๐Ÿฅœ
Pss:// Disebabkan buah anggur ni lah aku tak bercakap dengan mak aku tiga hari. Mana taknya, meroyan nak makan anggur, kena marah-marah dengan mak aku. Hati-hati ya berpantang.

❁ Minuman berais
Pss:// Kalau nak jaga perut mak aku pesan, pantang ais ni selama tiga bulan. Bukan apa takut urat kembang, susah nak turun berat badan.

❁ Makanan yang berbisa seperti serai dan ikan-ikan yang berbisa.

Antara makanan yang digalakkan ketika berpantang adalah

❁  Nasi panas ๐Ÿš
❁  Ikan gelama, ikan geruk, ikan masin, ayam ๐ŸŸ๐Ÿ—
❁  Lada hitam, halia, kunyit hidup
❁  Air suam-suam panas๐Ÿฅ›
❁ Sawi ๐Ÿฅ—
❁ Oren ๐ŸŠ



Pemakanan aku ketika berpantang
๐Ÿ’•

▪️ Tambahkan seinci kunyit hidup dalam pemakanan kita untuk dijadikan ulam-ulaman. Fungsi kunyit hidup untuk mencantikkn badan dan membantu peredaran darah dalam badan kita.

▪️ Ayam dan ikan masin tu boleh makan, tapi tengok orang jugaklah. Kalau aku, bila makan ayam goreng/ikan masin tempat jahitan aku tu akan gatal. Jadi aku stoplah makan ayam goreng/ikan masin tu. 

▪️ Air suam-suam panas elok diminum lebih-lebih lagi kalau kita makan makanan yang berminyak, jadi tak gemoklah badan waktu pantang sebab air suam-suam panas tu berfungsi menyingkirkan lemak dari makanan yg berminyak tu. 

Lagi satu, mak aku pesan, waktu berpantang tak boleh silap bau/silap makan takut-takut si ibu akan terkancing gigi. Kalau aku, memang tak boleh bau minyak yang digoreng dekat dapur tu. Jadi pening kepala dan sakit gigi. Penawarnya, aku hidu habatus saudah atau minum air akar silap makan.

* Pantang makan kebiasaanya 44 hari jer, kalau nak lagi elok berpantanglah selama 60 hari. Mak aku ada pesan, hari ke-43 & ke-44 jangan buat apa-apa kerja, sebab orang tua-tua pesan waktu tu malang tengah tunggu, jadi goyang kaki je lah ye *

#2 Mandi

Semasa berpantang, ibu-ibu kena mandi air rebusan herba yang suam-suam panas. Dekat hospital aku tak mandi dua hari tau๐Ÿ˜… Bukan apa, takutlah salah langkah dah lah hari first pantang kan. Balik je rumah, terus mak aku siapkan air rebusan manjakani.


Buah manjakani 1kg RM68.
Waktu mak aku beranak dekat aku 1kg RM25. ๐Ÿ˜…

Sebab apa tak boleh mandi air biasa, takut-takut air tu sejuk tangkap tulang belakang. Kitalah yang nak menggigil, dan kenapa kena mandi air rebusan herba seperti daun inai, daun pandan tujuannya untuk buang angin dari badan.

Pss// Lepas bersalin aku takut gila dengan air sejuk bak hang. Pagi dan petang still mandi dgn air suam-suam panas, kali ini jarang guna air rebusan manjakani. Aku bertukar kepada air rebusan daun pandan. Hihi

#3 Buang air

Semasa membuang air kecil atau air besar, ibu-ibu tak boleh mencangkung. Jadi aku memilih untuk buang air sambil berdiri. Untuk pengetahuan semua, buang air besar ni dapat mengecutkan rahim dengan cepat tau? 
Pss:// Mak aku pesan lepas 4-5 bulan baru boleh mencangkung balik. Baru-baru bersalin ni, tidak digalakkan mencangkung tu takut-takut rahim terkeluar, rahim kita kan lemah lepas bersalin. Jadi kena ambik masa 4-5 bulan, untuk mencangkung semula sebab nak kuatkan balik rahim tu. 

Kalau sembelit tu, normal lah di kalangan ibu-ibu yang berpantang. Jadi aku ambik ubat pelembut najis, Novolax 5mg dan makan buah oren sunkist tu. Najis akan jadi cair, jadi tak seriyau sangat nak membuang walaupun tak dinafikan perasaan takut tu tetap ada.



#4 Berstokin

Wajib berstokin ketika berpantang untuk elakkan angin masuk dalam badan. Ibu jari kaki adalah antara tempat yang paling mudah dimasuki angin.


#5 Penjagaan luka jahitan dan rahim

Baru-baru berpantang, tukarlah pad dengan kerap which is jangan lebih empat jam sebab waktu tu darah nifas agak banyak, takut-takut terkena jangkitan kuman. Untuk mempercepatkan kesembuhan tempat luka tu, makanlah oren sunkist. Ni petua dari nurse klinik desa ye guys!
Pss:// Mak aku ada pesan, lepas je darah nifas on/off tak payah dah pakai pad, pakai kain batik je, ini bertujuan untuk mempercepatkan darah nifas tu keluar. Mak aku cakap, kalau darah tu tak keluar habis, masa akan datang kita akan mudah sakit kepala. 

Benda yang aku buat untuk mempercepatkan kesembuhan luka jahitan tu, of course lah, tukar pad selalu, makan buah oren sunkist dan basuh tempat luka dengan air rebusan manjakani.
Untuk mempercepatkan pengecutan rahim, aku makan buah manjakani yang diasah bersama air didih nasi dan ini adalah petua turun temurun nenek moyang kami.


Manjakani diasah bersama air didihan nasi +
Air suam suam panas = Pahit, hanya Allah yang tahu ๐Ÿ˜ต


#6 Bertungku

Bertungku ni penting tau, which is untuk kecutkan rahim dan untuk kempiskan perut kita yang mengeleper tu. Waktu menungku ni, aku letakkan sedikit daun kapal terbang. Fungsi daun ini untuk keluarkan angin dalam badan. Boleh juga kalau nak tukar kepada daun pandan, fungsinya masih sama iaitu mengeluarkan angin daripada badan.

Cara-cara bertungku selepas bersalin ialah:

1) Tiga minggu selepas bersalin, lebihkan bertungku di bahagian pinggang dan hanya letakkan tungku untuk panaskan perut.

2) Selepas tiga minggu pertama tu, berjinak-jinak bertungku di bahagian bawah perut. Perlahan-lahan ea?


Inilah daun kapal terbang๐Ÿ’•


Tungku ni adalah tungku yang mak aku gunakan waktu dalam pantang selepas lahirkan aku dulu.
Tetiba rindu arwah ayah ๐Ÿ˜ฅ

Pss:// Mak aku petua, walaupun lepas pantang bertungkulah untuk kecantikan badan dan kempiskan perut yang membesar waktu mengandung tu.

#7 Bersama suami

Pantang bersama suami seeloknya 100 hari. Tapi kalau habis jer darah nifas, bolehlah bersama waktu tu. Kebiasaanya ibu-ibu akan ambil masa yang agak lama untuk bersama suami, sebab perasaan takut bersalin tu masih menghantui๐Ÿ˜ฉ

#8 Tidak boleh terkena hujan ☔

Ini adalah antara pantang larang orang bersalin, tidak boleh terkena hujan. Mak aku kata, terkena hujan boleh menyebabkan sejuk dan urat akan kembang.

Pakaian baby pun tak boleh terkena hujan tau? Takut-takut terkena kembung perut. 

#9 Mengurut

Bab mengurut ni, aku tak mengurut awal-awal sebab mak bidan yang aku nak urut dengan dia tu mengandung jugak, baru trimester pertama. Jadi mak aku suruh banyakkan menungku bagi rahim kecut dan kembali ke kedudukan asal.

Pss// InsyaAllah, aku akan cerita dalam entri lain tau, Pengalaman Berurut Selepas Berpantang. ๐Ÿ˜œ

#10 Berbekung

Berbekung ni pun aku tak buat. Mak aku kata takpa sebab dah menungku dengan kerap perut akan cepat kecut. Lagipun perut aku tinggal ciput jer, tak banyak mana dah. Hope sangat turun, haha.

Akhir kata, inilah antara tradisi berpantang keluarga aku yang kami amalkan yang dapat aku kongsikan. Terima kasih buat mak aku, Zainab Binti Che Mat, suami, ahli keluarga dan sabahat, Nur Salihah yang banyak membantu dari segi zahir mahupun batin๐Ÿ’•

Harap sangat, dapatlah membantu ibu-ibu yang bakal berpantang. Take care ya mommy ketika berpantang ni, tahanlah diri ya untuk kesihatan kita pada masa yang akan datang๐Ÿ’•

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ