PENGALAMAN BERURUT SELEPAS PANTANG 🤩

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mudah mudahan Allah sentiasa murahkan rezeki kita semua 🌼

Entri kali ini, aku nak kongsi sedikit pengalaman aku berurut selepas bersalin. Macam aku ceritakan pada entri sebelum ni, aku tak berurut sejurus selepas bersalin/semasa berpantang atas dua sebab:

1) Episiotomy
Aku kan kena jahit di bahagian tu. Adat keluarga kami turun temurun, kalau bahagian tu dijahit maka lambatlah sikit proses mengurut. Kira-kira minggu yang ketiga selepas bersalin barulah mak bidan akan mengurut. Sebab kami lebih menumpukan pijak sum(pijak mengunci) daripada berurut biasa. Cuba bayangkan kalau pijak awal-awal mau tertetas balik benang yg dijahit pada bahagian tu😅

2) Mak bidan pregnant first trimester.
Disebabkan kandungan mak bidan masih baru lagi, aku decide untuk berurut lepas pantang. Faham faham je lah, kalau orang mula-mula pregnant ni letih teruk guys!

First sekali, aku nak perkenalkan bidan yang mengurut aku. Mak bidan ni merupakan pupu poyang sebelah mak aku dan berpangkat Tok dah ya tapi sumpah tak nampak tua Tokcik Rahibah ni. Sebab apa aku nak sangat berurut dengan dia? Alhamdulillah, selesa berurut dengan Tokcik ni,dari waktu TTC sampailah beranak. Tak sakit badan dan rasa puas hati 🙈


Sebelum aku ke rumah Tokcik ni, dia ada pesan dekat mak aku, minta lurut daun asam jawa untuk mandian aku selepas berurut. Jadi kami pun bawalah waktu bertandang ke rumahnya.

🥝 13/7/2019

Hari ini merupakan hari pertama aku berurut. Sebelum mula berurut, mak bidan asingkan daun asam ke dalam tiga helai kain dan diikat seperti bunjut.

Dalam fikiran aku, aku ingatkan macam urut angkat rahim tu, rupa-rupanya memijak weh. Unexpected! Bahagian yang paling aku sakit bila kena pijak ialah paha, rasa macam kena muscles pain waktu sekolah menengah dulu-dulu. Haih, perit!

Bagaimana cara pijakan bidan? 

Okay, mula-mula sekali bidan mintak aku baring dalam posisi terlentang, then dia pijak sebelah kaki kanan then sebelah kaki kiri.

Kemudian, aku kena meniarap dan bidan memijak kaki sebelah kanan then sebelah kiri.

Selepas tu mengiring sebelah kanan, dia pijak kaki sebelah kanan then sebelah kiri. Sama jugak bila mengiring sebelah kiri.

Then, kena meniarap sekali lagi sebab dia urut kaki, betis dan pinggang, kemudiannya bidan letak kaki dekat pinggul sambil baca-baca. Lepas tu, kena baring terlentang tu sebab bidan nak angkat naik rahim. Lepas tu sama jugak, bidan letak kaki dia dekat bahagian tu sambil baca baca.

Kemudian dalam posisi mengiring sebelah kiri dan kanan, bidan naik pijak atas paha sambil baca ayat pengunci. Bila dah selesai bab tu, aku kena duduk rapatkan kaki sambil mak bidan urut bahagian atas dan letupkan urat leher kiri dan kanan.

Selepas berurut tu aku kena mandi dengan air suam suam panas yang telah disediakan oleh mak bidan, sambil-sambil tu mak bidan tonyoh badan aku dengan dua bunjut daun asam jawa, manakala satu bunjut lagi aku kena duduk atas dia. Kata tokcik, daun asam jawa ni berfungsi untuk buang angin dalan setiap sudut badan.

[Gambar Hiasan] Daun asam jawa tu diletakkan dalam kain dan diikat seperti bujut macam gambar di atas. Waktu mandi mak bidan akan tonyoh dekat anggota badan termasuk muka🤭 

🥝 2/8/2019

Hari ini merupakan hari kedua aku berurut setelah sekian lama skip. Mana taknya mak bidan masuk hospital sebab air ketuban keluar pada hari mula-mula aku berurut. Risaunya aku, hanya Allah yang tahu. Takut aku pulak punca kandungan dia jadi macam tu😩 Alhamdulillah, kandungan dia baik-baik saja.

Hari kedua ni, aku rasa okay sikitlah. Tapi bahagian sama aku rasa sakit nak mati which is paha. Tapi kali ini, aku tak mandi dah. Hanya berurut je 🙈

Bila mak bidan urut rahim aku, dia cakap sarung anak aku duduk elok dah. Aku pun bagitau yang aku banyak menungku waktu dalam pantang. Then, dia cakap patutlah sarung anak aku terletak elok sebab menungku 😁

Aku tanya tokcik ni, badan aku berangin tak? Dia cakap tak berangin kalau berangin dah lama aku sendawa. Alhamdulillah rasa sebab badan tak berangin, takmaulah berangin macam orang tua-tua.

🥝 3/8/2019

Hari ini merupakan hari ketiga aku berurut. Sebelum ni mana ada bunyi letup-letup, tapi hari ni semua sendi meletup-letup, mungkin hari last berurut kot. 🤭Alhamdulillah, apapun semua dah selesai, aku pun takmau lagi rasa sakit-sakit dekat paha bila kena pijak. Perit hanya Tuhan yang tahu😭

Sebelum aku balik, mak bidan ada pesan dekat aku. Makanan-makanan yang kena pantang setahun which are:

1)Air Kelapa🥥
2)Keladi, Batang keladi
3)Buah Jambu Batu
4)Cendawan 🍄
5)Laksa🍜

Pss// Aku sebenarnya tak percaya cakap mak aku, menungku bagi banyak InsyaAllah rahim elok. Sekarang bila tokcik kata rahim aku duduk tempat asalnya baru aku percaya. Terima kasih mak 😭

Sekian saja entri aku kali ini. Terima kasih kepada yang sudi luangkan masa, membaca pengalaman aku. Sayang hangpa semua🙈

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥