Posts

Showing posts from January, 2020

SELAMAT HARI JADI SUAMIKU 🎂

Image
Suamiku,  Selamat hari lahir (27 Tahun)  Hari lahir merupakan hari yg mengingatkan kita dgn dekatnya kematian. Sayang me ndoakan bie,  Moga dipanjangkan umur Dan dimurahkan rezeki Dan moga cinta kita Kekal sampai bila-bila. Terima kasih; Telah menjadi suami yang terbaik Yang sentiasa menggembirakan hati sayang, Ayah yang terhebat untuk Noah Ramadhan Senantiasa bersusah payah untuk melengkapkan keperluan Noah. Sayang sayang baby,  Noah pun sayang ayah💋

PETUA UNTUK MELEGAKAN BATUK

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Moga Tuhan senantiasa memberikan nikmat kesihatan kepada kita semua 🤲🏻 Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit petua dari mak aku untuk melegakan batuk. Nak boleh dijadikan cerita, waktu aku call mak aku, mak aku terdengar suami aku batuk-batuk. Jadi mak aku pun berkongsilah petua yang mudah dan bahan-bahannya mudah didapati. Asalnya nak boleh jadi batuk-batuk ni, kita rasa macam gatal-gatal dekat sekitar tekak kan? Hal ini kerap terjadi lebih-lebih lagi selepas demam dan selsema. Tanpa bercerita dengan panjang lebar, inilah petuanya: Bahan-bahan: 🌿 Limau nipis Limau nipis ya? Bukan limau kasturi atau limau purut. ☺️ 🌿 Gula putih 🌿 Air suam-suam panas Cara penyediaan: 🌿 Sediakan air suam-suam panas 🌿 Perah limau nipis ke dalam air tadi 🌿 Masukkan gula dan pastikan rasanya hanyalah manis-manis buah. 🌿 Minum sebelum tidur Alhamdulillah lepas dua kali cuba, suami aku dah rasa lega sikit dan ada kurangnya walaupun masi...