PETUA UNTUK MELEGAKAN BATUK

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Tuhan senantiasa memberikan nikmat kesihatan kepada kita semua 🤲🏻

Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit petua dari mak aku untuk melegakan batuk. Nak boleh dijadikan cerita, waktu aku call mak aku, mak aku terdengar suami aku batuk-batuk. Jadi mak aku pun berkongsilah petua yang mudah dan bahan-bahannya mudah didapati.

Asalnya nak boleh jadi batuk-batuk ni, kita rasa macam gatal-gatal dekat sekitar tekak kan? Hal ini kerap terjadi lebih-lebih lagi selepas demam dan selsema. Tanpa bercerita dengan panjang lebar, inilah petuanya:

Bahan-bahan:

🌿 Limau nipis

Limau nipis ya? Bukan limau kasturi atau limau purut. ☺️

🌿 Gula putih
🌿 Air suam-suam panas

Cara penyediaan:

🌿 Sediakan air suam-suam panas
🌿 Perah limau nipis ke dalam air tadi
🌿 Masukkan gula dan pastikan rasanya hanyalah manis-manis buah.
🌿 Minum sebelum tidur

Alhamdulillah lepas dua kali cuba, suami aku dah rasa lega sikit dan ada kurangnya walaupun masih terasa nak batuk-batuk😢 Kesian dia sampai sakit-sakit abdomen asyik batuk. Terus amalkan ya suami? Moga bie tetap sihat, allahumma amin 🤲🏻

Sekian sahaja perkongsian dari aku. Semoga bermanfaat untuk semua🙈

Comments

  1. Slot machine and blackjack casino free to play no deposit bonus
    Slot machine and blackjack casino 구미 출장샵 free 남원 출장안마 to play no 거제 출장마사지 deposit bonus 경기도 출장마사지 at the best casino on the web in Kenya. Get free spins no deposit bonus 경산 출장샵 and get

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥