IKHTIAR SEORANG MUSLIM KETIKA MENGHADAPI BENCANA WABAK; COVID-19

Assalamualaikum dan selamat pagi,
Moga Allah sentiasa memberikan kita nikmat iman dan kesihatan.

Baru-baru ini, seluruh dunia telah digemparkan oleh penularan wabak Coronavirus atau 'COVID-19' dimana wabak ini telah meragut ratusan nyawa manusia terutama golongan yang berisiko tinggi. Wabak Coronavirus ini telah diklasifikasikan sebagai pandemic oleh World Health Organisation (WHO).





Dalam mencegah wabak ini, kita perlulah menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan, memakai mask atau topeng muka, menggunakan hand-sanitizer dan mengamalkan social distancing. Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk berdoa dalam berikhtiar bagi melindung diri kita daripada wabak penyakit seperti yang disarankan oleh Islam.

Terdapat beberapa amalan yang telah dikongsikan oleh Ustaz Bukhari Abdul Rahim dalam perkongsiaannya, iaitu:

1) AYATUL KURSI

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Ketika membaca ayat ini, niatlah kepada Allah, semoga Allah melindungi kita daripada Coronavirus ini. Maha Suci Allah, Hanya Allah sahajalah Tuhan yang telah menciptakan dan Tuhan yang menguasai langit dan bumi.


2) 3 QUL (AN-NAS, AL-FALAQ & AL-IKHLAS)

مِن شَرِّ مَا خَلَقَ

Ketika membaca surah al-Falaq, dekat ayat ini niatkanlah dan berdoalah kepada Allah, semoga Allah menjaga kita daripada bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan, iaitu wabak Coronavirus ini di mana ia terjadi dengan izin Allah.


3) DOA-DOA YANG TELAH DIAJARKAN KEPADA KITA OLEH BAGINDA RASUL S.A.W


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيم

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ


Sekian sahaja perkongsiaan aku untuk kali ini, moga bermanfaat untuk semua. 😉

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥