UNOFFICIAL GRADUATED πŸŽ“

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Moga kita semua sentiasa sihat dan dilindungi Allah πŸ’“

InsyaAllah entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman sewaktu di tahun akhir sebagai mahasiswa International Islamic University Malaysia πŸ˜… Sebelum tu, Alhamdulillah ya Allah atas segala kurniaMu buatku yang dah semakin hampir ke garisan penamat. Tanpa bantuan dariMu, tak mungkin aku berada dalam situasi sekarang. Alhamdulillah ya Rabb 🀲🏻

Setelah berhempas pulas,membanting tulang + keeingat.
Alhamdulillah rasa puas hati ya Allah ❤️
Tak jadi lawyer pun takpa,asalkan habis belajar😁

Alhamdulillah, ni muka sejurus habis jawab final paper Evidence II.
Muka berminyak, mata nak terkatup sebab otak penat !
Yang penting tak tidoq malam weh, sebab takut terlepas exam πŸ˜…πŸ˜‚

Okay, jom ! Aku nak mula bercerita..

Kelas macam biasa masih lagi 'online learning' dan masih lagi penggunaan Data macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni Digi RM15/month + tebus hari-hari data free oleh Kerajaan. Alhamdulillah cukup ! Semester ni, aku ambik enam subjek iaitu:

πŸ’œ Evidence II - Dr Afridah
Alhamdulillah, subjek ni memang best sangat sebab Dr Afridah ajar faham ya Allah. Yang penting kena rajin catat dan jangan pernah miss dengar lecture dia, sebab dia macam ada kesinambungan dari satu topik ke topik yang lain. So, untuk CAM semester ni :-

1. Mid-term Test
2. Presentation & Written
3. Case Review

Ya Allah tak sangka CAM macamni. Thank you so mmuch madam,
sebab rasa slack sangat dekat Midterm, Alhamdulillah lebih separuh 😘


πŸ’œ Civil Procedure II - Madam Fawza Sabila
Alhamdulillah, semester ni still dapat Madam Fawza lagi. Tapi setiap kelas + hearing takut bhai. Dalam kelas dia random tanya orang, mana lah nak ingat CP I. Dalam hearing macam biasa Madam tegas dan garang gila ya Allah. Tapi, Alhamdulillah aku puas hati hearing sem ni walaupun aku dan counsel kalah ! So, untuk CAM semester ni :-

1. Filing (masih jadi Defendant semester ni)
2. Hearing - Case Management, Interlocutory Application & Pre-trial Case Management.


3. Final Assessment - Minta maaf cakap, ni lah assessment yang paling azab sekali, sampai cari jawapan tak jumpak-jumpak even 24 jam diberikan. Ingat aku ni yang besye besye ni je cari jawapan tak jumpak, yang terror terror pun merungut dekat story ig πŸ˜‚ Nak cerita tahap susah tu.

Total: 52.10/65

Tadaaa~ my favourite counsel ever, Nur Anis Amani πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Untuk CP II ni, alhamdulillah takdak final ! Settle sebelum final 😁

πŸ’œ Criminal Procedure Code II - Sir Ibrahim Ismail
Semester ni dapat Dr. Ibrahim, aku dah pernah ambik Constitutional Law II dengan Dr. Ismail. Method of lecture masih sama i.e. traditional method of teaching and learning in which you have to take piece of paper and write the notes, hihi. Alhamdulillah, kalau nak faham kena ikut dari A sampai Z apa yang Sir dok ajar and yang paling best Sir guna bahasa paling simple dan mudah nak faham. So, untuk CAM :-

1. Advocacy - Ya Allah, Alhamdulillah semua berjalan lancar, groupmate pun semua bagi kerjasama dapat pula leader perform, 'Aliaa Nazihah. 

Ni muka pakat happy semuanya, sebab kami ingatkan dah habis.
 Ujian, kena betuikan video pulak dalam period Final Exam. Sabaq je lahπŸ˜‚

Tapi, tak boleh lupa malam nak exam EPS, boleh pula
Sir buat sesi consultation nak betulkan trial video tu,
 rasa ya Allah beratnya ujian huhu ! Tapi Alhamdulillah
 kena submit 27/6 lepas IBT. Kalau tidak azab Allah yang tahu !


2. Mid-term Test - Bukan main confidence aku jawab last-last dapat 13/20 haha. Tulah lain kali jangan confident sangat yer 🀭
Total: 43/60


Untuk CPC II, ni ada final. Ya Allah, taktau nak habaq lagu mana, satu - sebab dia rapat dengan exam IBT. Memang apa yang sir bincang tu masuk dalam exam, tapi tak sempat nak jawab. Rasa sedih lah jawab. Doakanlah bagi lulus ! 🀲🏻

Ni masing-masing luah perasaan tak puas hati jawab soalan no 1
sebab taktau nak tulis apa dan bagaimana. πŸ˜‚πŸ˜‚


πŸ’œ Islamic Law of Banking & Takaful - Dr Azam
Alhamdulillah dengar kata IBT Sir Azam ajar sebab memang takut kalau kena Dr Safinar dan Dr Uzaimah, sebab depa macam tegas. Aku dah pernah ambik dengan Dr. Azam sebelum ni, subjeck Islamic Law of Property memang tak tension sangat duduk kelas dengan Dr. Azam. Tapi sedihnya ya Allah, Final IBT rasa tak cukup masa nak jawab, moga lulus lah ya Allah. 🀲🏻 Untuk CAM semester ni :-

1. Written Assignment - Comparison fee-based product and fee-based charges between Hong Leong Islamic Bank and Alliance Islamic Bank Berhad.
2. Presentation - present balik topik yang buat written tu.
3. Participation - Attend tutorial je weh dapat markah free hahaha


Untuk Final IBT pula, lagi lah sedih sebab semua yang bincang tu yang masuk ! Allahu, tinggal lagi sejam pastu masa berbaki 1 jam 15 minit nak jawab soalan yang 20 markah, Allah ja tau perasaan ni. Tawakaltu 'alallah ! πŸ˜”


πŸ’œ Professional Practice II - Sir Darbi & Sir Adli Sharidan
Huwa subjek ni (Sir Darbi) paling nak nangis ya Allah. Dia nak nangis macam ni weh, bila hang serabut buat benda lain pastu kan, ada kuiz + assignment lain datang mencelah, pastu due date dekat dekat dengan assignment yang kita kalot tadi ni ! Markah ciput-ciput saja. Tapi, anggap ni ujian yang mana nanti ilmu ni kita boleh guna pada masa depan. Mudah-mudahan🀲🏻 ! So for CAM as follows:

1. 7 Quiz tapi Sir pilih 5 jer yang terbaik - yang ni pulak 20% hang rasa? Soalan bukan sikit yer, cecah ratus okay πŸ˜‚
2. 6 Assignmnet ke semua ni bhai 
Total : 40% ~ bayangkanlah ya Allah ! 

As Law Firm Management, Bankcruptcy and Foreclosure, Sir Adli yang ajar. Relaks tu Tuhan je yang tau hehe, πŸ˜‚πŸ˜‚ sumpah lawak weh ! Sampai laki aku kata, bapak lecturer ni relaks gila, mesti banyak pengalaman. Dengan gm through phone hahaha berpusing-pusing kiri kanan dengan dia zoom computer dengan terbalik balik Hahaha. Tapi aku suka Sir Adli, dia punya advice tu tahap tersangatlah jujur. Untuk CAM :-

1. Legal Opinion on Bankruptcy & Foreclosure
2. Business Plan + Presentation

Untuk subjek ni, alhamdulillah takdak final examinantion.

πŸ’œ Evidence of Procedure and Syariah Court II - Madam Jihan
Alhamdulillah faham dan clear subjeck ni + mass lecturenya awal pagi bhai subjek ni ! Madam Jihan ni ya Allah baik sangat, sampaikan rasa dekat walau dia tak mengajar f2f. Dia punya nasihat untuk kami lepas degree nanti ya Allah rasa priceless lah ! Pastu kalau tanya through ws, dia balas laju hanya Allah ja yang tau. Madam Jihan suka clearkan apa yang kita tak faham. Jujur cakap, dalam EPS 2 ni aku faham ya Allah, apa kegunaan setiap Act such as SCCP, SCO, IFLA, SCP & AILA. Thank you Madam Jihan, Moga Allah permudahkan urusan Madam dunia dan di akhirat. Untuk CAM :-

1. Presentation + Submission Slide
2. Online Quiz
3. Drafting
4. Written Submission of Presentation 
Total : 45/60

 Ni lah CAM aku untuk EPS II, Alhamdulillah cukup cukup makan heheπŸ˜‚


Bukan takat madam je, aku pun rasa nak nangis ya Allah!
 Rasa dekat sangat ngan Madam Jihan❤️


Perasaan aku semester ni, Allahu Rabbi ! Malas tu hanya Allah saja yang tau, sumpah weh. Teringin nak dapat markah elok, tapi dalam masa yang sama, nak ja cepat-cepat habih. Tahap malas aku, aku just record lecture je pastu aku dengar kemudian tapi time tutorial tu aku attend lah ! Nak buat macm mana dengan anak, laki lagi. Maafkan saya ya lecturers, saya memang takdan. πŸ™πŸ»πŸ™πŸ» 

Nasihat aku, janganlah malas tau? Usaha sungguh-sungguh sampai garisan penamat. Lepas beranak, aku tak se'perform' dulu, mungkin banyak urat putuih masa beranak and selalu lupa. hehe πŸ˜… Tapi, aku nak pesan yang kalau belajar catitlah dalam buku insyaAllah kita akan ingat tau even kita belajar through online. Untuk yang senasib dengan aku, yang kahwin + ada anak, jangan bimbang. Teruskan tau? Aku dulu pun nak berhenti sangat sangat dah. Pastu mak aku kata, perempuan jangan jadi bodoh, kita kena secure dan ada kelayakan, walau tak jadi lawyer yang penting ada ilmu πŸ˜…πŸ˜‡ Thank you so mmuch Mak ! πŸ’• Apapun usaha, doa dan tawakal kepada Allah ya guys. 

Pss// Doakan Noratirah lulus dengan cemerlang di semester akhir ni ya ? *Allahumma aameen*

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCONπŸ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) πŸ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = πŸ”₯