ALHAMDULILLAH, I GRADUATED ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍๐ŸŽ“

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ๐Ÿ‘‹๐Ÿผ

Entri kali ini, merupakan antara entri yang  bermakna buat diriku dan seluruh orang yang menyaksikan perjuanganku dimana aku telah berjuang selama enam tahun (1.5 tahun di Asasi + 4.5 tahun di Ijazah Perundangan) untuk memperoleh segulung ijazah, LLB (Hons) ⚖️ dengan pertolonganMu ya Rabb ❤️ 

Dengan izin Allah, Alhamdulillah dapatlah aku jejak kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini. Dengan kasih sayang Allah jugalah, Alhamdulillah aku dapat tamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang/LLB (Hons).

Rabu;14/7/2021

Result semester akhir aku akan keluar lebih kurang dua minggu lagi. Gementar di dada hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tak henti dari hari ke hari membuka laman sesawang i-Ma'luum untuk melihat sama ada 'carry mark' sudah terupload ataupun tidak dengan harapan supaya aku lulus semua subjek. Ada enam subjek namun hanya dua subjek yang telah dimuatnaik oleh pensyarah. Ya Rabb aku berharap aku lulus semester ini, hati kecil aku sungguh mahukan aku lulus dengan cemerlang dan jayanya pada semester akhir ini.

Jumaat;16/7/2021

Sungguh mendebarkan tatkala tertera mesej dari group Whatsapp 'AIKOL 171' di mana batch rep (171) memberitahu result final exam will be released on 28/7/2021 after 5.00 p.m. Ya Allah, jujur aku takut. Dalam hati, aku nakkan satu ! Aku nak result kali ini yang terbaik antara online semester yang aku hadapi. Aku faham benar untuk dapatkan dekan sememangnya mustahil untuk manusia yang berapa komited macam aku ni ๐Ÿ˜‚ Apapun 12 hari lagi masih berbaki ๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Pss:// Batch representative update tarikh konvokesyen lah pulak in March, 2022. Sorry friends, I think I can't attend this convocation due to some reasons ๐Ÿฅบ Rasa macam takdek jodoh dengan UIA ๐Ÿ˜‚

Rabu ;21/7/2021

Masih lagi menjadi rutin aku untuk check carry mark, dengan harapan nak tengok samada aku lulus ke tak for the CAM, bila tahu markah senang sikit nak bajet lulus ke dak hehe. Gementar tu ada tapi tak seteruk sebelum-sebelum ni. Moga Allah permudahkan urusan saya dan murahkan rezeki saya dalam semester akhir ni. Aameen ๐Ÿคฒ๐Ÿผ 

Rabu;28/7/2021

Hari ini merupakan hari yang sungguh mendebarkan. Hari yang ditunggu oleh semua pelajar tahun akhir (dan semester akhir) jurusan undang-undang. Hari ini merupakan hari penentuan sama ada aku sudah melepasi garisan penamat ataupun tidak ๐Ÿ Sungguh dalam hati aku hanya ingin menamatkan ijazah ini ya Rabb ! Aku ingin menamatkannya dengan cemerlang ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Jam menunjukkan tepat pukul 5.00 petang, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Masukkan password tersalah lah pulak. Terbeliak biji mata aku, dalam hati terfikir macam mana boleh salah. Jam sudah menunjukkan pukul 5.03 petang, mataku melilau dengan lajunya melihat CGPA ๐Ÿ˜ณ Ya Allah tepat tekaan suami aku yang aku bakal graudate tepat 3.50 (doa seorang suami, cewah) ๐Ÿคฒ๐Ÿผ Semua result aku kalini, tak kusangka walaupun taklah kutip A-/A, Alhamdulillah GPA semester akhir ni, antara yang tertinggi jika dibandingkan dengan dua semester online sebelum ini ๐Ÿ’“Alhamdulillah ya Allah kau cantikkan transcript aku dengan takdak C/C+ dan banyak B + kurang A/A- ๐Ÿ’“

Terima kasih kuucapkan kepada kedua ibu bapaku, yang telah melahirkan, membesarkan dan mendidikku sehingga ke harini. Ayah, terima kasih atas pengorbanan Ayah yang tak terhingga dalam membesarkanku. Walau ayah tak ada lagi di dunia ni, ayah tetap ingat keperluan kami adik beradik especially dalam pendidikan. Buat Mak, terima kasih yang tak terhingga. Kalau nak sebut satu persatu pengorbanan mak, takkan cukup walau berjuta entri ditulis. Terima kasih Mak & Ayah, tiada apa yang mampuku ungkapkan melainkan doa untukmu ke Syurga Allah ! Antara pengorbanan mak yang segar bugar di ingatan, Mak berjuang dengan kanser payudara dan dalam masa yang sama Mak cari duit untuk sara kami adik beradik untuk kami belajar ❤️ Allahuakhbar ! Mak sanggup tak makan semata-mata nak pastikan kami kenyang kat tempat orang. Ya Rabb masukkan kedua ibu bapaku ke Jannatul FirdausMu ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบْูِุฑْู„َู†َุง ุฐُู†ُูˆْุจَู†َุง ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏِูŠْู†َุง ูˆَุงุฑْุญَู…ْู‡ُู… ْ ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูˆْู†َุง ุตِุบَุงุฑًุง

Buat suami, Alhamdulillah dan syukur dapat suami yang baik, memahami dan bertanggungjawab ! Terima kasih yang tak terhingga Bie sebab Bie bayarkan fees sayang lepas kita kahwin, bayar duit buku lagi, kasi duit belanja, tolong jaga anak waktu study, kadang tolong ringankan beban buat kerja rumah (banyak sangat kebaikan suami, Alhamdulillah Tabarakkallah). Kadang, stress sampai sakit-sakit kepala buat assignment/ nak exam, Bie tolong urutkan ๐Ÿ˜ Yang tak dapat dilupakan, kita LDR hampir 3 tahun lebih si Noah di Melaka then di Langkawi, Sayang di Gombak, Bie di Shah Alam. Perit tu hanya Tuhan je yang tahu๐Ÿฅบ Moga Allah balas segala pengorbanan Bie dengan syurga, Allahumma aameen ❤️

Buat ahli keluarga, Alhamdulillah bersyukur dapat ahli keluarga yang memahami, tolong jaga Noah waktu aku ada kelas, final exam, discussion dan assignment. Moga Tuhan balas kebaikan kalian dengan Syurga kelak๐Ÿคฒ๐Ÿผ Tak lupa jugak buat keluarga mertua yang sudi jaga Noah satu semester semasa saya Masih belajar. Syurga buat kalian, Allahumma aameen ๐Ÿฅฐ

Buat guru-guru PASTI, Cg. Ku Parela Dan Cg. Suzi terima kasih sebab ajarkan saya ABC, 123 dan sebagainya. Buat guru-guru SKUM, terima kasih mengajar dan mendidik saya. Tak lupa jugak buat Ustazah KAFA, yang buat saya kenal ya Rabb Dan ibadah-ibadah wajib terutamanya ! Not to forget, guru-guru MML yang tak jemu memberi ilmu yang melayakkan aku ke menara gading ! Special thanks to lecturers Centre Foundation & AIKOL and other lecturers from other Kuliyyah who taught me, and asbab dari mereka inilah saya dah graduate. Alhamdulillah ❤️ Saya doakan moga Allah permudahkan semua urusan, murahkan rezeki kalian dan kurniakan kalian dengan Syurga kelak ๐ŸŒบ

Buat sahabat, Nur Salihah thank you so much babe, dulu waktu sekolah selalu tolong kami waktu kami ada masalah family, masalah cinta monyet, takdek transport nak balik sekolah, balik dari tuisyen. Dialah yang berhantar aku ke rumah Tanpa jemu ๐Ÿฅบ Babe, ni kejayaan kita bersama tau? Same goes to sahabat krik-krik i.e. Hanani, Zulaikha, Naimah, Nurain yang banyak tolong aku waktu dulu-dulu sampailah ke hari ini. Kawan-kawan MML yang takdapat dilupakan antaranya Syafikah Ulong, Asyifaq dan lain-lain. Juga, buat my little sis Ida Nabila yang selalu sokong I untuk kejar cita-cita I ❤️ Miss you dear !

Congrats Salihah for your wedding. Im happy for you ! Alhamdulillah ya Rabb ❤️


Not to forget orang penting yang ajar aku naik flight, ambik bas dari KL Sentral ke KLIA, Zalikha & Naaim Atirah. Tanpa kalian siapalah saya pada hari ini. Hahaha๐Ÿ˜‚ 

18/3/2020, tarikh tak lekang di ingatan. Mungkin ni tarikh terakhir aku naik flight
(taktahu lah kan Covid tak turun-turun), this is Siti Zalikha ❤️


Pastu, ni moment paling tak boleh lupa Balqis Hani ~ orang yang sama-sama p UIA ngan aku naik teksi bhai (first masuk weh, orang p ngan mak ayah tapi kami nak buat cane family tak berkemampuan hihi)

Buat Fatin Nur Afiqah, terima kasih nah ? Ten selalu tulong kami dari segi segala macam baik kebendaan mahupun sokongan moral dan pulun sama-sama final exam dari CFS sampailah ke 2nd Years. Kami doakan moga Allah sentiasa permudahkan urusan ten dunia akhirat. Aameen ! (Ten jangan lupa habaq kat Uncle Meor,terima kasih tolong angkat bag kami p bilik ๐Ÿ˜ญ) 

Also, my CFS Roommate yang banyak ajarkan saya erti kehidupan, yang selalu berjalan sama-sama p pasar malam, Masjid Jamek, Jaya One. Ya Allah miss hampa semua weh. Sungguh ! Dok usha orang main bola waktu dok kat UKC ka apa nama taktau blok tu.

Tak lupa buat Nur Atiqah Hashim yang selalu kongsi rasa, ilmu dan tak kedekut as roommate, yang selalu ambik berat pasai Kesihatan roommate dia. Thank you tiqah ! Moga Allah murahkan rezeki hang dunia akhirat ❤️

Tak lupa kepada kawan-kawan LLBS dan LLB (Batch 162) especially Husnatul Naznin dan Aina Syazwina terima kasih jadi groupmate saya selama 4 Semester and same goes to D'Aneez & Afiqah Nurul Asyiqin and not to forget study group Syariah, Shafikah, Khadijah, Atiqah Azman, Alya Farha & Anors ! Thank alot guys you're the best ❤️ 

Also, kawan-kawan dari batch 171 yang banyak tolong and langsung tak kedekut ilmu kalau mintak apa-apa. Thank you yer batch 171 yang bagi I masuk group batch korang ๐Ÿฅฐ Thank you dua ketul Akmal Nuhazimah dan Reen sebab banyak tolong aku, jadi groupmate aku. Moga hampa dimurahkan rezeki Aameen.

Special thanks to Nur Anis Amani yang sentiasa setia disisi, hihi dari 3rd Years sampailah 4th Years. You are my favourite counsel ever Anis ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿป‍⚖️ Tak lupa jugak kepada Anati & Co., Aliaa Nazihah the best group leader ever yang sentiasa make sure assignment kitorang perfect and Hani Anati yang senyap-senyap tapi perform ❤️๐Ÿ˜Buat kawan-kawan yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kejayaan saya, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kalau nak tulis satu persatu nama kalian rasa dua tiga hari baru akn habis baca entri ni hihi. Tak lupa jugak kawan-kawan, akak- akak, kenalan di luar dan sosial media yang sentiasa mendoakan saya, Alhamdulillah !

Apapun buat sapa yang mengenali diri ini especially waktu kita satu group etc, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga dan saya memohon maaf andai terkurang effort saya dalam menjayakan assignment/group work kita semua. Saya juga halalkan segala yang terlebih dari part saya. Saya doakan anda semua, semoga berjaya di dunia dan di akhirat ! Jangan lupa solat + Al Kahfi yer ๐ŸŒบ

Memetik kata-kata Syeikh Muhd Zainul Asri, apa yang telah terjadi itulah yang terbaik selari dengan sabda Nabi Muhammad ❤️ insyaAllah, perjalanan degree saya telah tamat di sini dan ini yang terbaik untuk saya yang Allah telah tetapkan. Alhamdulillah !

Buat yang tertanya-tanya apa perancangan masa depan aku in which nak chambering ke, nak jadi lawyer ke? Buat masa sekarang, tak plan lagi and maybe tak practice kot (lepas Covid-19 reda ni baru  atur lain) ๐Ÿ˜‚ Maybe kan, we don't even know ๐Ÿค— The most important thing buat masa sekarang, aku nak fokus dekat family kecik aku ni insyaAllah. Doakan kami yer ❤️

Sekian saja dari saya, Wassalamualaikum ❤️

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ