JERUK PETAI π
Hi Assalamualaikum
Moga Tuhan sentiasa merahmati kita❤️
Entri kali ini, insyaAllah aku nak kongsikan cara-cara untuk membuat jeruk petai semudah ABC dengan hanya 5 langkah π (taklah mudah jugak sebab susah nak kupas petai ni)
![]() |
Ni aku ambik gambar pada hari kedua, selepas aku buat jeruk petai π |
Alkisah aku terdetik nak buat jeruk petai ni sebab kulit petai yang kawan suami aku bagi dah naik hitam weh. Tapi bila kopek isi dalam dia, alhamdulillah elok lagi. Aku ni jenis sayang makanan, sayang nak buang, then inilah salah satu asbab aku nak buat jeruk π
Lepas tu, aku ada mention yang susah nak kopek kulit petai tu tadi. Ceritanya, acah tahu nak buat jeruk petai tanpa tengok resipi dari Google. Sekali lepas buat, baru nak tengok resepi ha, most orang dia celur dulu petai tu, barulah senang nak penyet keluar biji petai. Aku tak wehπ aku kopek petai, rendam seketika terus buat jeruk. Tapi takpalah in one week times, tengoklah apa jadi kat jeruk petai aku yang tak celur tu sebab most of recipe, depa celur dulu π₯Ί
Cara - Cara Membuat Jeruk Petai:
#1 Kopek/Kupas Biji Petai
Yang ni aku takdak apa apa teknik nak bagi cepat, aku redah je asalkan sebiji-sebiji bentuknya.
![]() |
Macam ni rupanya, biji petai. Tapi aku punya ada yang hijau ada yang putih. Yang hijau tu sebab aku buang kulit luar dia dah hitam weh π |
#2 Basuh dan rendam seketika
Basuh ni sebenarnya aku lalukan air jer, pastu rendam pun taklama mana hehe π
#3 Sementara menunggu, panaskan air dan masukkan garam
Disebabkan rumah aku tak pakai coway, aku guna cara tradisional lagi guys, jerang air panas lepastu masukkan garam π Masukkan garam ni agak agak tau, bagi secukup rasa. Aku buat termasin sikit, orang kata lagi masin lagi tahan lama. Kalau terkurang takut petai tu lembik. Seminggu bhai nak tunggu π
# 4 Masukkan air larutan garam + petai kedalam bekas yang bersih
Aku guna bekas kaca recycle je weh. Bekas sos pasta san remo π Lagipun aku buat dalam kuantiti yang sedikitπ
![]() |
Lebih kurang macam ni lah jar/bekas aku gunaπ |
#5 Simpan selama seminggu atau lebih
Standard jeruk selalunya seminggu, insyaAllah lepas seminggu dah boleh makan hehe π
Pss// punyalah tak puas hati sebab cara aku buat tak tally dengan Google, aku pun tanya mak aku, dia kata tak payah celur pun takpa, nanti petai takut petai lembik, tak rangup. Ha pulak ! takpa aku update nanti lagu mana rasanya π
Update:
![]() |
Ni gambar hari yang ke-6 π Aku Tak sabar weh, Aku terus makan. Alhamdulillah crunchy gituh ! Tak pahit, Tak masin sangat Elok dengan selera aku π |
![]() |
Okay, harini hari yang ke-7 nampak kat air jeruk ni dah bertukar warna kepada kelabu taik anjing. Alhamdulillah kena ngan selera Dan crunchy ngat π |
Pss// Kalau hari ke-7 hang makan terus okay lagi, tapi kalau biarkan lama sikit jeruk ni dia rasa sedikit pahit π Lepas ni boleh lah try yang celur pulak huhu
Selamat Mencuba ye bagi yang teringin, moga kita bersua lagi di entri yang akan datang π€ππΌ
Hai awak, camne nak reach out ke awak ye, can I have some tips as a first time blogger?
ReplyDeleteHi sissy, you can dm me @noratirahahmad_
Delete