TENAK ๐ฅ
Hi Assalamualaikum semua
Moga Tuhan sentiasa merahmati kita semua ๐บ
InsyaAllah, entri kali ni aku nak share satu resipi iaitu tenak. Tenak tu apa? Mesti tak pernah dengar kan? ๐ Relaks guys, I'm here to tell you about tenak ๐
Basically, tenak ni salah satu makanan masyarakat Melayu Burma. Tenak ni senang cerita macam kimchi tu, sebab sayur like kubis panjang campur dengan sambal, but ada lain sikit dari cara penyediaannya. Mesti ada tertanya-tanya macam dari mana aku tau resepi ni kan? ๐ Aku ni ada lah sikit berketurunan Burma sebelah mak aku, so aku ada lah belajar sikit pasal makanan Melayu Burma ni.
Jom aku nak kongsikan resepi tenak ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Sayur-sayuran :
๐Kubis - potong jangan nipis sangat
๐Kacang panjang - potong agak agak dalam 2 inci
๐Kacang kelisa/botol - Potong menyerong
๐Terung bulat - Belah kepada empat bahagian, then celur seketika if tak celur nanti terung ni keras weh.
๐Buah nangka muda - Belah sekali ngan biji dia tau macam kita nak buat gulai tu
๐Bawang besar ๐ง
- belah empat bahagian juga
2. Bawang merah 5 biji + bawang putih 2 ulas + belacan dalam besar ibu jari + cili giling/boleh pakai cili kering dalam segenggam (semua bahan ni perlu dikisar/blend)
3. Lenga hitam / Bijan hitam
4. Minyak masak (kuantiti agak-agak untuk menumis)
5. Cuka
Cara-cara untuk membuat tenak :
1. Panaskan minyak masak
2. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
3. Masukkan sedikit air asam jawa untuk stabilkan rasa
4. Masukkan cuka (agak agak masam sedikit)
5. Perasakan sambal tadi dengan garam, gula dan secukup rasa.
6. Masukkan sayur yang lambat masak dahulu i.e. nangka muda, bawang besar, terung bulat, kacang panjang, kubis dan kacang kelisa, kemudian gaulkan sambal dengan sayur sayuran tadi.
7. Masukkan lenga dan kacau rata
8. Siap !
Selamat mencuba semua (if teringin lah) ๐
Comments
Post a Comment