36W 6D PREGNANCY + POSITIVE COVID-19 🦠

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah sentiasa kurniakan nikmat kesihatan kepada kita semua Aameen 🤲🏼♥️

Harini aku nak ceritakan pengalaman aku yang dah sarat mengandung terkena pulak Covid-19. Sarat tak sarat, cerita dia, aku just ada masa lagi 2 minggu nak kena paksa bersalin/induce, if baby N takmau keluar🥲 hihi. Hampa doakan aku bagi mudah segala urusan nah? And, back to the story aku nak cerita rentetan macam mana aku boleh tahu, aku positif Covid. So here we go :

21/2/2022, Isnin.
Kak aku Whatsapp aku yg dia kena buat test Covid-19 sebab dia contact rapat dengan Mr. V, kawan sepejabat dia. Aku mula-mula tu relaks je, rasa macam takdak apa-apa. Pastu mak aku bagitau yang kak aku kena. Aku terus bukak phone ada miscalled dari kak aku, so aku call balik. Dia kata dia positive + line terang gila. Aku mula cuak sebab semalam aku ada p jumpak dia mintak jahitkan langsir, then aku terus buat test alhamdulillah negative 🤲🏼 Aku risau ler sebab aku berasa macam sakit tekak !

Lepas tu aku tolong lah mak aku berniaga. And buatkan Covid test dekat mak aku, adik-adik aku. Adik- adik aku negative tapi mak aku positive. Ya Allah, ujianMu. Aku ni rasa tak sedap duduk sangat sebab aku ngan Noah rapat dgn mak aku. Mintak lah laki aku beli kan test Covid (suami aku beli jenis saliva). Pastu, malam tu aku test. Ya Allah naik lain tapi malap gila. Takpa esok pagi rasa macam nak repeat test, sakit tekak semalam pun macam dok rasa lagi.


22/2/2022, Selasa
Pagi tu aku tekad nak buat lagi, kalini guna nasal punya test tu. Tengok tengok tudia line T tu agak jelas. Dekat sini, my husband dok kata nampak jelas line tu. Aku memang cuak, takut bukan apa fikir Baby N dalam kandungan ni.

Keluar je result, aku terus tanya kak aku kot lah dia tau prosedur. Kak aku suh pergi Klinik Kuah buat confirmation whether ada Covid/tak. Pastu, aku pun ada tanya nurse KDUM nak buat macam mana. Then, aku pun ada tanya jugak Kak Wadah yang mengandung sekali dgn aku tu sebab dia pernah kena Covid jugak. So, antara prosedur yang terkini, macam nurse KDUM habaq:-

1) Kita kena update dlm MySejahtera, Covid-19 Status untuk contact rapat tu.

2) Lepas tu kita akan dapat Sijil Pengasingan + Pengawasan. Sumpah lambat gila aku dapat, aku update sebelum 8 pagi, pukul 1.38 petang baru berubah status.

3) Dalan sijil tu dia akan tulis kita kena kuarantin kat mana. Dalam case aku kena kuarantin dekat rumah.

4) Bagi yang termasuk dalam 5 kategori memerlukan fasiliti kesihatan i.e. antaranya ibu mengandung, memang kena p CAC Kuah untuk confirm kan case positive atau sebaliknya.

Aku berasa lambat sangat weh nak tunggu status aku tu bertukar, aku bukak lah laman sesawang KKM. Guest what? Dia cakap kalau untuk ibu mengandung p lah dekat CAC segera. So aku ajak lah laki aku p CAC waktu tu dah pukul 11.38 pagi pastu dia ngan Noah nak makan maggie pulak, takpelah relaks je lah kami pun. Sampai sana pukul 12.07 tengah hari.

Muka cuak, macam-macam aku pikiaq ya Allah 😭

Aku siap bagi salam dekat petugas yg pakai PPE tu, pastu aku cakaplah nak tanya. Aku cakap aku contact rapat dengan kak aku, pastu aku check, aku positive. Pastu dia cakap, kami dah tutup adik, mai esok kul 9-12, ni datang pun dah pukul 12. Pastu dia further ask aku, ni dah berapa minggu aku kata 36W 6D. Dia cam nak marah aku, dia cakap tau tak kalau 36W ni dah kena pergi hospital tau? Aku pun apa lagi balas lah, aku kata saya mana tau! Saya tanya nurse saya dia kata tak perlu pergi CAC lagi, tunggu Sijil Pengasingan dan Pengalaman. Tetiba volume dia rendah terus. Dia kata takpa adik esok mai lain pukul 9.30 ye. Pack baju siap siap mana tau kena masuk ward ! Balik ni kuarantin betui betui nah ? Aku pun masuk keta bagitau suami aku.

Suami aku tak puas hati terus tembak p Klinik Padang Matsirat. Ha, dekat sini mula mula depa kata depa nak buat swab test kat aku pukul 2, nak bincang dgn doktor. Lepas tengok buku pink tu ya Allah, depa tak jadi buat sebab bukan under kawasan depa under Klinik Air Hangat. Berapi jugak ! Tapi aku call lah Klinik Air Hangat, tak berangkat weh. Tetiba, alhamdulillah depa call balik. Ada doktor tu tanya, dia bercakap dgn sapa. Aku bagitau lah nama penuh aku. Dia ceritalah kat aku dia kata Klinik Padang Matsirat ada call tapi, waktu untuk buat test ulangan kat Air Hangat dah tutup. So dia suruh aku pergi esok kat CAC pukul 9-12 and make sure aku betul betul kuarantin kan diri. Gituh weh !

Aku balik je rumah, rehat kejab. Laki aku pergi beli lunch, aku makan sikit. Terima kasih husband♥️ Moga Allah sentiasa mewahkan rezeki bie. Aku call cakap ngan mak aku, mak aku suh ambik akar ubat rebus makan biar lega sakit badan. Lepas tu tido. Waktu terjaga tu, Kak Faiz KDUM ada call aku nak mintak Sijil Pengasingan dan Pengawasan tu lah, aku pun hantaq kat dia. Then, aku bangun solat then check ketepuan oksigen, denyutan nadi + tekanan darah untuk nak update dekat MySejahtera. Waktu aku bangun tu rasa lega dah sakit tekak, suara automatik ler berubah jadi rock. And cuma badan ni rasa sakit sungguh ya Allah. Macam bahang satu badan, nak kata demam taklah pulak. Tapi bisalah badan 😞

Lepas asar tu, aku mandi + rasa tak selesa dekat tekak. Aku buat buat batuk, tetengok keluar kahak hijau weh. Okay lagi, pastu mai pulak maghrib pulak lakiku kata kaki bengkak + panas kaki. Ha, mulalah fasa jaram menjaram tapi tunggu lepas maghrib sat. Tidak masam telekung saya ! 🤭 Habis ja solat maghrib, terus ambik kain rendam dlm air asam jawa. Memang nak bukak mata pun tak boleh ya Allah. Berat ja rasa, sebab rasa badan tu panas. Dalam sedar tak sedar, bila aku bangun ja mesti ada kain kat kepala, kat leher, kat kaki kat perut. Ya Allah ! Dalam pukul 9 tu rasa badan macam okay sikit, tapi still dok jaramlah. Baby N pulak tak habis habis mengeras. Jenuh lah dok pujuk, jangan keluar lagi nah, tunggu esok kita dok kat fasiliti kesihatan dah. Jadi apa apa ibu is risau 😭


23/2/2022, Rabu
Pagi ni, ketiaq tak ketiaq tu hanya Allah ja yg tau. Tapi aku belajar untuk relaks. Tengok dua ketui ni, dalam hati, memang kena kuat ♥️ Sebaklah sepanjang perjalanan nak p CAC tu hanya Allah saja yang tahu huhuhu


Sampai ja CAC Kuah, aku terus tanya petugas dekat sini. Aku cakaplah yg aku ni contact rapat pastu depa suh aku p dekat CAC belakang tu, and depa tak confirm result dah sebab depa kata memang confirm positive dah. Sampai je dekat tempat jumpak doktor ni, petugas dia tanya aku ada simpton tak? Aku kata sakit tekak dah lega dah, pastu demam semalam tapi dah kebah. Dia kata, tapi puan mengandung. Puan jumpak doktor nah. Dia pun suh lah aku duduk. Duduk tu jangan dikata sis, lambat nak mampoih! Nasib baik ada petugas hat alert kata adik tunggu lama dah kan, dok kat depan nah. Takut kami terlepas pandang ~

Muka tak puaih hati tunggu lambat sangat ya Rabb😬

Waktu pergi dekat meja nurse or doktor tu, aku tak pastilah. Aku kena isi borang scan through barcode. Dah habis semua part isi borang, kena p kaunter saringan kesihatan. Then, lepas tu baru jumpak doktor. Masa jumpak doktor ni dia tanya aku berapa minggu dah? Aku kata harini 37 minggu, dia kata warded nah. Aku tanya takkan kena warded? Pastu tak menyabaq aku, aku tanya lah boleh bersalin normal ka? Dia kata kebanyakan czer. Aku pun takpa tawakal ja lah. Pastu, Dr. Farhana tu call Doktor pakar, doktor pakar tu suh admit, pastu telefon O&G pulak nak maklum aku kena admit. Pastu Dr tu suh aku tunggu sat dekat depan bawah khemah tu satgi ambulance mai ambik. Dengaq ambulance tudia, macam macam bayang.

Aku pun terus Whatsapp husband aku habaq kat dia yang aku nak ambik beg nak p naik ambulance. Lepas tu, aku pesanlah dekat suami jaga Noah elok-elok. Rindu lah dekat Noah, sebak rasa ya Allah 😭 Sumpah mengalir jugak air mata aku tadi. Dok taklama tu, siren ambulance bunyi. Confirm ni mesti ambulance nak mai ambik aku. Tengok tengok betui ! Sekali semua tanya aku, ada kontraksi dah ka? aku kata dak. Pastu naik lah aku dlm ambulance tu, masuk dlm ambulance sebak jugak. Dok bayang macam mana lah kan orang sakit teruk teruk tu? Dulu dok tengok orang je naik. Ni aku pulak.

Dok sat tu sampai dah Hospital Sultanah Maliha, proses tak lambat, naik ambulance, direct ke wad Covid, depa tolak aku pakai kerusi roda weh. Aku dok katalah dekat staff dia yang aku boleh jalan, dia kata takpa nak jauh lagini. Aku pun naiklah atas tu, dengan segan takut dia tolak aku tak pi sebab berat aku 70kg weh. Masuk je dlm wad, aku mula rasa scary. Ward tu campoq laki perempuan pastu sedih weh bila tengok pakcik pakcik tua terlantar atas katil hospital tu. Lepas tu, terus ganti baju hospital semua bila dah sampai. And depa letak aku dekat betui betui depan kaunter nurse tu~


Lepas pukul 1.30 petang, ada dua orang doktor mai. First doktor Indian tu, dia tanya aku pasai macam mana boleh kena Covid-19, ada masalah kesihatan yg lain ke? and dia tanya selain self-test, CAC ada tak buat repeat test, aku cakap takdek pulak. Lepas tu, doktor O&G pulak mai, dia tanyalah lah aku most pasai pregnancy semua, then dia tanya dari mana aku boleh dapat COVID-19? And simptom apa yang aku ada, aku ceritalah dekat dia satu persatu. Lepas tu, dia kata kalau setakat simptom sakit tekak ni, maybe esok dah boleh discharge. Lepas tu aku tanya, kalau dah discharge tu tetiba turun tanda, nak buat macam mana ya doktor? Pastu doktor tu kata kena telefon dewan bersalin dulu, tengok depa kata apa. Doktor tu further explaiy, maybe depa akan tengok paru paru dulu, depa akan xray dulu. Aku kata takdak effect ke kat baby doktor? Doktor tu cakap dekat aku, depa akan bagi protection dekat perut and InsyaAllah semua okay.

Lepas tu, aku makan lah nasik tu. Doktor Indian tu pulak habaq kat aku yang depa akan buat x-ray nak tengok sama ada paru paru aku ada perubahan Covid ke tak? Kalau ada dia masuk dalam kategori 3 in which akan menyebabkan sesak nafas, and dalam kes pregnant ni dia akan menyebabkan darah pekat, bila darah pekat nanti dia jadi beku mai kat paru-paru and boleh menyebabkan kematian jugak. Untuk kesan x-ray pulak dia kata, selalu xray ni akan menyebabkan radiasi tapi dalam kes 37w ni, depa akan bagi pakai protection kat baby, and kebanyakan kes kesan radiasi, cancer, kecatatan ni rendah. Moga Allah permudahkan ursan aku aameen 🤲🏼

Petang tu dalam pukul 5.30, doktor ada bagi dekat aku surat consent untuk x-ray tu minta aku tandatangan. Lepas tu, ada nurse pulak pass ubat dekat aku, nama dia Thymol Gargle. Bila Google, dia kata Thymol is an antiseptic with antibacterial and antifungal activity. It is used as a mouthwash or gargle for oral hygiene and for refreshing the mouth, for treating sore throat and for minor mouth inflammation. So nilah rupanya...


Duduk lama tu, ha kena ambik darah plus pakai branula. Masa nurse tu nak letak branula tu, ya Allah sakitnya jarum panjang nak mampuih. Sakit hanya Allah ja yg tahu. Sampai nampak bengkak lah tangan aku 🤣 Tapi disebabkan nurse tu comel, cakap baik je alhamdulillah ya Allah sat je lega. Nurse terus check BSP sekali.



Next, aku kena check jantung, namanya BGC (istilah perubatan gitu). Bacaan dia bak kata nurse tu hanya doktor je reti baca ❤️ Dalam pukul 8.30 malam macamtu, doktor Indian tadi tu dia buat PCR dekat aku. Result dia aku taktau sampai sekarang ni 🤣 Maybe positive tu depa tak bagitau😬 Malam ni, ikut tertib betui aku. Makan ubat kencing manis + cucuk insulin + iron & Sangobian. Kalau dak jangan harap 🥲 Dalam pukui 11.15 malam macam tu, mai lah tukang hat xray tu, xray aku punya dada. Aku harap sangat keputusan aku tu baik baik saja, takdak perubahan Covid ka apa. Risau sungguh ya Allah ! Lepas tu, depa mai check BSP aku and bacaan malam ni 6.2. Aku ingatkan stop takat tu je tu, pukul 12.07 tengah malam depa mai pulak ambik tekanan darah, SPO%, denyutan nadi.


24/2/2022 @ Khamis
Bangun ja pagi tu,seawal pukul 5.30 pagi, doktor mai ambik bacaan ketepuan oksigen tu and tanya ada apa apa harini? Aku cakap takdak, semua okay je. And ada nurse mai ambik bacaan gula dalam darah/BSP. Bacaan gula dalam darah aku pagi pagi gini 5.4 mmol/l.

Dalam pukul 12 lebih doktor O&G mai, dia check jantung baby. Jantung baby dalam 139/min ♥️ Pastu doktor tu explain lah, nak balik ka? Kalau nak balik ada tak bilik air, bilik asing untuk kuarantin. Aku katalah ada rumah sewa mak aku. Pastu doktor tu kata, betui ka? Nak balik lah tu sambil senyum senyum 🤣 Aku kata betui ! Jom nak p tengok. Pastu dia kata, okay saya bagi balik nah? Jangan kongsi bilik air nah. Dalam hati ni seronok ya Allah. Lepas tu, dia cakap lah 2/3/2022 nanti mai PAC depa bubuh ubat beranak paksa nah? Pastu aku habaqlah KK suruh p check BSP 1/3/2022 tu, lepas tu dia kata ha takpa 1/3/2022 tu p KDUM, 2/3/2022 tu mai PAC terus jangan repeat test dah sebab kamu post Covid-19. Nanti repeat test jadi positive. Aku tanya lagi, kalau lah kata saya turun tanda dalam masa terdekat ni? Dia kata mai PAC dan saya habaq siap siap kamu memang kena czer. Tapi kalau post Covid-19, takpa kamu boleh bersalin biasa. Kamu boleh balik tapi petang sikit lah nak tunggu result PCR kamu tu. Lepas tu nurse mai ambik BSP aku pulak sebelum makan jadinya 4.6 mmol/l. Mau ka dak makan roti + biskut biskut ja rini.

So duduk dalam hospital takdak apa sangat pun, sampai tak larat lena + baring kat katil. Tunggu lah masa nak discharge, main main telefon gitu. Alhamdulillah dalam pukul 5 lebih macam tu, nurse tanya Atirah discharge ada waris yg kuarantin boleh mai ambik dak? Aku kata ada kakak saya. Depa kata kalau nak tunggu JPAM lambat sikit. Sebelum nak keluar wad tu nurse suh tunggu sebab depa tunggu ubat sampai. Pastu aku dengaq lah nurse dok bekelai aku positive ka negative. Last waktu keluaq ward aku tanya nurse aku ni positive ka negative, nurse kata positive, maaf saya silap tengok result. Aku okay je alhamdulillah. At least boleh balik. Dalam 6.30 jugak gerak balik rumah. Syukur boleh balik dah 🤭 Thank you elut mai ambik 🌼 Thank you husband banyak berkorban waktu sayang disahkan positive Covid, tolong jaga Noah, siapkan kelengkapan Noah. Terima kasih jugak, tak berhenti risaukan sayang. Sayang sayang baby ❤️

Aku takdaklah nak share tips apa-apa, tapi apa yang aku buat sepanjang kuarantin ni:

1) Makan Vitamin C 🍊
2) Minum air secukupnya
3) Kalau rasa badan nak demam selalu lah mandi, jaram kepala dgn air asam jawa
4) Kalau ada kahak walaupun sikit, buang jangan bagi berkumpul dekat tekak.


💛Update
Lepas ja aku balik pada ward tu, aku terus kuarantin dgn kak aku. Kami kuarantin di rumah sewa mak aku yang tak berpenghuni. Sepanjang kuarantin tu, memang aku selalu check dan selalu risau takut turun tanda. Aku selalu doa kalau boleh aku takmau lah czer (disebabkan Covid-19). Memang nak sangat sangat bersalin normal.

Aku pun tak henti henti dok pujuk baby N suh sabaq sat. Keluaq lah waktu ibu dah habis kuarantin. Memang tu benda yang paling aku takut sekali. Tapi aku still dok rasa sikit sikit je tanda tu. On off orang kata ♥️

28/2/2022 merupakan hari last aku kuarantin. Alhamdulillah pagi tadi aku check Negative dah result. Tak sabaq betui lah nak habis bulan February ni.


Aku ni jenis penyakit tak habis habis check status kat MySejahtera bila nak bertukaq. Dalam hati ni memang risau sungguh ya Allah 😭 Dok habaq dekat suami aku berkali-kali. Dia pun tak henti doakan aku. Hampa doakanlah untuk aku jugak nah, lagi beberapa jam ja lagi nak habis 28/2/2022? Aku takmau duduk ward Covid dah. Aku sedih 😭



Jeng jeng jeng ~ alhamdulillah dah dapat cop complete dari KKM + status pun berubah macam biasa dah hehe. Dengan ini, saya Noratirah Ahmad telah habis kuarantin. Alhamdulillah ya Rabb atas kurniaanMu. HambaMu bersyukur 🤲🏼 

Sekian saja entri aku kalini, hampa doakan aku dipermudahkan urusan bersalin nah? Terima kasih guys. InsyaAllah kita jumpa lagi di entri yang akan datang 😚❤️

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥