Posts

Showing posts from March, 2018

KITA YANG BERNAMA PEREMPUAN

Image
Duhai kaumku, Dengarlah pesanan dariku Yang sedang melayari bahtera perkahwinan. Andai kau berhajat Kepada seseorang dari kaum Adam Yang bakal menjadi ayah kepada anak-anakmu Yang bakal menjalani percutian di 'transit' ini bersamamu Maka carilah seseorang antara mereka Yang beriman kepada Tuhan Dan baik budi pekertinya Yang bisa membimbingmu dan keluargamu ke syurga Yang bisa menjadi imammu sepanjang hidupmu. Sungguh, Kekayaan tidak menjamin kebahagian Ketampanan tidak menjamin apa-apa Keturunan tidak seharusnya menjadi keutamaanmu Akan tetapi apa yang kita semua perlu itu Cuma sebuah kebahagian Kebahagiaan itu pabila Tuhan redha denganmu. Dan kebahagian itu perlu dikecapi bukan ? Maka jadikan agamanya pilihanmu. Ubahlah dirimu duhai kaumku, Kerna aku percaya Yang kau juga tahu Bahawa bakal suamimu Adalah cerminan akhlakmu Bukan itu sahaja Bagaimana kau di masa muda, Begitulah masa muda zuriatmu kelak. Kau belum terlambat duhai hawa Percaya ka