KITA YANG BERNAMA PEREMPUAN

Duhai kaumku,
Dengarlah pesanan dariku
Yang sedang melayari bahtera perkahwinan.

Andai kau berhajat
Kepada seseorang dari kaum Adam
Yang bakal menjadi ayah kepada anak-anakmu
Yang bakal menjalani percutian di 'transit' ini bersamamu
Maka carilah seseorang antara mereka
Yang beriman kepada Tuhan
Dan baik budi pekertinya
Yang bisa membimbingmu dan keluargamu ke syurga
Yang bisa menjadi imammu sepanjang hidupmu.

Sungguh,
Kekayaan tidak menjamin kebahagian
Ketampanan tidak menjamin apa-apa
Keturunan tidak seharusnya menjadi keutamaanmu
Akan tetapi apa yang kita semua perlu itu
Cuma sebuah kebahagian
Kebahagiaan itu pabila Tuhan redha denganmu.
Dan kebahagian itu perlu dikecapi bukan ?
Maka jadikan agamanya pilihanmu.

Ubahlah dirimu duhai kaumku,
Kerna aku percaya
Yang kau juga tahu
Bahawa bakal suamimu
Adalah cerminan akhlakmu
Bukan itu sahaja
Bagaimana kau di masa muda,
Begitulah masa muda zuriatmu kelak.

Kau belum terlambat duhai hawa
Percaya kataku
Yang kau masih belum terlambat
Untuk memperbaiki iman dan akhlakmu
Jangan biarkan
Putus asa menguasai dirimu.

Jujur
Aku sama seperti kalian
Aku juga punya kisah silam
Aku juga punya coretan hitam
Aku juga punya dosa yang terkira banyaknya
Akan tetapi aku yakin bahawa Tuhan Maha Pengampun
Kau juga harus percaya hal itu duhai kaumku, hawa.

Dan seterusnya sampaikanlah hasrat kalian
Kepada kedua orang tuamu
Bahawa kalian benar sekali
Mahu menghalalkan hubungan kalian
Berusahalah, berdoalah
Seterusnya bertawakallah
Tuhan pasti bersama kalian.








Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥