HI ORALCON💊

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah senantiasa merahmati kita semua🌼

Adeh, dah berhabuk blog aku🙄 Sorry ya semua kebelakangan ni sibuk sikit menguruskan hal study. 🙏🏻

Entri sebelum ini, aku ada ceritakan yang aku akan tukar family planning; dari contraceptive injection ke contraceptive pills. Jadi, entri kali ini, aku nak kongsikan sedikit pengalaman berkaitan dengan contraceptive pills;Oralcon💊

Ya, inilah Oralcon Pills dari Klinik Kesihatan seluruh Malaysia.🌼

2/9/2019
Hari ini, aku nak keluar dengan husband pergi shopping barang universiti dan barang baby Noah sikit. Sepatutnya, harini kena pergi klinik ambil ubat perancang but, harini public holiday lah pulak which is Awal Muharram😅 Kebetulan, kami lalu depan Klinik Kesihatan Ayer Molek then ternampak pintu buka separuh. Jadi aku pun trylah masuk tanya seorang nurse ni pasal tarikh untuk check up Noah. Alhamdulillah, nurse tu okay jer dan dia mintak kami datang 12 September 2019 untuk temujanji Noah yang keempat bulannya. 👶🏻

Lepas tu, aku tanya lagi pasal perancang aku, nurse tu mintak aku datang esok.

3/9/2019
Pagi tu, aku jalan kaki ke Klinik Kesihatan Ayer Molek tu. Dekat jer dengan rumah mak mertua aku which is  dalam taman ni jugak.

Then bila sampai je klinik, aku pun cakap dekat nurse yg bertugas, Nurse Betty namanya, yang aku nak ambik perancang. Lepas tu, dia tanya aku nak cucuk ke nak ambik pil. Dengan yakinnya aku cakap aku nak ambik pil. Bukan apa taknak cucuk, kesan suntikan Depo-Provera ni macam yang aku pernah ceritakan dalam entri lepas which is spotting on/off, jadi was was bila nak solat. Then, Nurse Betty check tekanan darah aku dan berat badan. Alhamdulillah semua okay. Makin sihat which is 56.8 kilogram!

Sambil-sambil check tu, Nurse Betty cakap dekat aku spotting tu normal sebab ubat tu baru nak sesuaikan diri, melainkan kalau keluar darah macam period tu tak henti-henti, ditakuti haemoglobin akan jadi rendah. But, aku tetap dengan pendirian aku yang aku nak consume pil jugak. Fikir diri dan fikir suami. Renyah nak tunggu injection tu sesuai hihi😚 lagipun kalau tak period nanti, gemuk pulak aku.

Then, Nurse Betty tu bagi penerangan dekat aku cara untuk consume pil Oralcon tu as below:

Dekat belakang pil tu siap ada hari dan anak panah untuk memudahkan kita consume and in case kalau lupa boleh check hari yang kita tak makan tu. 🌼

🔸Ada 21 pil, makan semua 21 pil tu dalam masa tiga minggu then berehat selama tujuh hari kemudian hari yang ke-28 tu start tablet baru.
Pss// Memandangkan aku ke klinik hari Selasa, maka pil pertama aku start hari Selasa gitu.

🔸Bila dah rehat selama tujuh hari, pil pada hari yang ke-28 tu akan jatuh pada hari yang kita start makan. Kalau aku start makan hari selasa, so hari yang ke-28 akan jatuh pada hari selasa jugak.
*Nurse Betty cakap, kalaulah tak jatuh pada hari yang sama bermakna ada salah waktu kita ambik pil ni, maybe terkurang atau terlebih makan pil*

🔸Contoh, kalau hang lupa makan pil malam tadi. Ingat je pagi tu, terus makan pil then malam tu pun makan lagi. Bermakna, 1 hari 2 pil lah.

🔸Then, kalau hang lupa makan 2 pil perancang, bermakan 3 pil lah hang nak kena ambik dalam masa sehari bukan? Then, buang satu pil. Makan 2 pil je tau which is pagi dan malam tu.

🔸Lepas consume pil ni, rasa sakit kepala, pening yang kita tak boleh nak hadap pergi ke farmasi, nanti beritahu dekat petugas tu cakap kita selalu sakit kepala bila consume je pil ni. Nanti dia akan tukar kepada pil yang lain. Kalau sakit kepala yang biasa biasa tu, normal sebab tu antara salah satu kesan sampingan Oralcon.
* Aku alhamdulillah, takdak pening tu. Tapi aku kena colitis, which is pendarahan semasa buang air besar. Mula mula guna najis keras sangat-sangat, bila dah lama lama najis makin lembut. Alhamdulillah.

Memandangkan aku sambung study semestinya takdak masa untuk ke klinik, nurse tu cakap kalau habis je pil tu terus pergi beli dekat farmasi luar. Nurse Betty tu kasi aku dua tablets. Hihi😂 Bayaran yang dikenakan ialah RM1, disebabkan aku takdak surat AGL dari kerajaan. 😅

Banyak aku baca yang wanita-wanita di luar sana asyik lupa je makan pil kan? As solution aku pun download apps; Lady Pill Reminder dekat Play Store untuk remind aku consume pills so nanti senang. 🙈


Sekian saja perkongsian aku untuk kali ini. Jumpa lagi nanti guys 😚

Comments

  1. macam kes saya ni macam mana ya kalau saya termakan pil hari yg lain? ari ni ari rabu sepstutnya saya mkn pol yg hari hari punye tp terambil dan mkn yg hari kamis punye..jadi yg rabu pil masih ada..mcm mana ya😅😅 banyak benda pikir sampai salah makan 😢

    ReplyDelete
  2. Nk tnya, time yg rehat 7 hari tu, kalau brsama gn suami, boleh lekat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xkan lekat....hahaaha....sya dah mkn 5 tahun

      Delete
  3. Salam tumpang tanya. Pil oralcon ni ada jual tak dkt mana2 farmasi.. sbb haritu nurse ada bg 2 papan pil ni. Ni dh habis 1 papan, rehat 7 hari. Esk nk kena mkn papan yg ke dua, tp papan tu hilang pulak😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa takda dekat mana mana klinik/farmasi sis, yg sebiji sama dengan oralcon KKM. Mintak kat klinik je awak 😊

      Delete
    2. ade je kat farmasi... jgn risau ... harga pn xmahal below rm7 je kat tempat saye

      Delete
  4. Salam tumpang tanya. Pil oralcon ni ada jual tak dkt mana2 farmasi.. sbb haritu nurse ada bg 2 papan pil ni. Ni dh habis 1 papan, rehat 7 hari. Esk nk kena mkn papan yg ke dua, tp papan tu hilang pulak😢

    ReplyDelete
  5. Hi sis, sis makan pil ni menyusu bby tak? ada ganggu susu ibu ke? thanks ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa saya ambik oralcon ni, susu saya dah kering. Tapi boleh je sis, selalunya nurse akan tanya kita nyusu ke tak. So dia akan bagi pil yang boleh ntuk susu kan anak.

      Delete
  6. Hi sis..nak tanya saya beberapa hari lepas terlupa makan pil ni satu hari....lepas saya ingat saya terus makan 2 biji sekali gus keesokan hari...tapi hari tu saya tak melakukan hubungan intim dengan suami...boleh menyebabkan hamil ke kalau kes macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak arif bidang ni sis, tapi setahu saya kalau lupa makan esok tu kena makan pagi tu + malam tu. InsyaAllah tak preggy, if tak kena waktu subur 🤭

      Delete
  7. Sis pil ni sy dh tinggal 3 bulan dh,lps tu nk start mkn balik,masalahnye sy dh lupa caranya.. Pil pertama tu diambil time period ke mcm mne?

    ReplyDelete
  8. Kalau period boleh mkn tak ubat perancang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Period selalunya kena berhenti sis, rest day kita 🤭

      Delete
  9. Kalau period boleh mkn tak ubat perancang ni

    ReplyDelete
  10. Macam cmna klau trlebih sebiji..patut stop dah..nie lupa tkmakan sebiji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau awak terlebih, awak dah takyah makan hari sepatutnya tu. Then sambung balik hari selepas tu. Kalau awak lupa sebiji pagi tu awak terus makan, malam tu pun awak makan.

      Delete
  11. Nak tanya kalau ambil pil oralcon ni 7 hari berehat tu mmg confirm period ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sy, habis je makan 21 hari dlm masa 7hari rehat tu mmg akan dtg period.. kadang hari ke 5 rehat, kadang hari ke 6 rehat.. tapi yg sy tak pasti, kalau nk di ikotkan, hari ke 28 tu masih ade kluar period, boleh terus sambung makan atau tggu habis period baru makan yg baru..?

      Delete
  12. Hye MCM sy kan full df...last bln ni Kene MKN Noriday..esok spttnya opp tp pkp pulak..JD nk tanya,sy xpnh period LG lps bersalin..if abis MKN oralcon ni Kene rehat 7 ari tok tunggu period kn..if sy xmasih period LG..hari ke8 blh sambung MKN pil blk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, haah betul sepatutnya rest day tulah kita supposedly period. If tak period, better awak refer doktor sis. 😊

      Delete
  13. Salam sis...saya dah makan oralcon dekat 2tahun...kenapa ye akhir2 ni ..keluar darah sikit setiap pagi subuh...tengahari kering...then malam makan pil subuh ade darah lagi sikit....normal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam sis, saya kurang arif. Kalau sis ada kelapangan sis cuba tanya dekat KK if masih follow up dgn nurse ambik suntikan dekat anak or sis pergi klinik refer Dr. Moga dipermudahkan urusan yer sis.

      Delete
  14. salam sis, kalau cuti rehat dalam masa 7 hari tu tapi haid datang hari yang ke 6 atau 7. bermakna hari ke 8 dah kena start ambi pil ke atau tunggu sehingga haid habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, saya kurang arif bab ni. Kalau dalam kes saya, selalunya rest day tu akan period dan period akan habis dalam 7 hari tu. Sebaiknya sis rujuk doktor yer

      Delete
    2. Mcm mna kaau slh hari mkn terbalik hr mkn

      Delete

  15. Salam sy nk tanye kalau sy dh 7 Hari tak mkn pil ni mcm mne ye...sy teruskn mcm biase ke or sy kene mkn pil tertinggal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sis, kalau terlampau lama macam ni saya taktau sis. Kalau boleh sis tanya nurse/doktor. Moga dipermudahkan urusan sis aameen.

      Delete
  16. Salam sis, tumpang tanya. Saya ni 1 hari dalam minggu kedua haritu terlewat 10 jam makan pil oralcon ni. Dan 1 hari dalam minggu ketiga saya ada terlewat 8 jam. Bahaya tak ?

    ReplyDelete
  17. Sebelum ni sy mkn pil yasmin. Lepas tu ingt nk tukar memandangkan pil oralcon harga murah sikit berbanding yasmin. Agak2 okay ke tak ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥