DEPO-PROVERA? OMG 😱

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga kita senantiasa berada dalam nikmat sihat dan iman🌼

InsyaAllah entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dalam family planning by using contraceptive injection; depo-provera.

Apa itu suntikan depo-provera?

Dalam bahasa mudah, depo-provera adalah sejenis suntikan untuk merancang kehamilan selain daripada penggunaan pil, implan dan IUCD. Satu suntikan mampu bertahan selama tiga bulan. Untuk maklumat lanjut, bolehlah klik di sini 🔹Perancang Keluarga🔹

🌼 Nilah rupa depo-provera.
🌼 Akan disuntik di lengan/punggung.

🌼 Tiga bulan sekali (which is mean satu suntikan mampu bertahan tiga bulan) 

Kisahnya bermula pada 17/6/2019 iaitu semasa aku ke klinik untuk check up Noah, nurse tanya aku sama ada aku dah fikir ke untuk perancangan keluarga. Dengan spontannya, aku cakap aku nak cucuk. Then, nurse tu cakap dekat aku baguslah sebab tu yang paling senang. Hari tu jugak aku ambik suntikan depo-provera dekat punggung.

Nurse ada pesan dekat aku, kalau lah aku period sepanjang bulan bermaksud perancang kehamilan jenis injection ni tak sesuai dengan aku. Aku pun dengar je lah. Alhamdulillah lepas injection tu, aku taklah rasa pening, loya atau muntah.

Antara kesan sampingan suntikan depo yang aku alami:

🌼 Selera makan aku bertambah tapi Alhamdulillah aku tak gemuk🐻

🌼Mood Swing asyik nak merajuk dan marah-marah.

Lepas je cucuk depo tu, period aku berhenti seminggu. Aku ingatkan dia akan berhenti terus. Sebab ada orang cakap, bila cucuk kita tak akan period selagi kita cucuk. Lepas je seminggu tu, keluar balik darah sampai 3/8/2019. Then, darah berhenti sampai 16/8/2019 lepas tu spotting lagi sehingga ke hari ini, 19/8/2019. Aku pun fikir tak boleh jadi ni, sebab darah on/off je. Susah nak beribadat semua dan kena kira manual seperti yang digariskan oleh Syara'


Pss// Masa jumpa bidan haritu dia ada bagi petua untuk hentikan darah dengan menggunakan pokok cabai melaka. Aku yang tak konsisten, makan sekali je weh 😥

19/8/2019 - 0955
Klinik Ummi

As a solution aku ke Klinik Ummi. Klinik ni selalu aku pergi sebab aku sangat selesa dengan doktor tu. Bila jumpak doktor, aku pun ceritalah yang aku spotting dan darah aku on/off. Doktor tu dah boleh agak yang aku ambik suntikan. Doktor pun bagi pencerahan dekat aku, yang spotting ni memang kesan dari suntikan depo sebab hormon tak seimbang dan doktor pun prescribe dekat aku ubat untuk stop period/bleading dan doktor cakap even darah  dah berhenti still kena habiskan ubat ni. Aku ada jugak minta untuk buat ultrasound rahim, Alhamdulillah rahim kosong dan saiz dia dah kembali ke bentuk asal.

Aku pun minta nasihat doktor dan tanya, sama ada aku kena teruskan dengan suntikan atau ambil pil. Doktor cakap, kalau dah spotting maksudnya badan kita bagi hint yang suntikan tu tak sesuai dan dia lebih prefer aku guna pil perancang. Doktor tu tambah lagi, apa apa bergantung dekat badan kita. InsyaAllah, aku akan ceritakan how these pills work on me pada entri akan datang ya?

🌼 Nilah ubat Norcutin
🌼 Untuk tiga hari yang pertama, 1 biji 2 kali sehari.
Untuk hari seterusnya, 1 biji 1 kali sehari
🌼 Total bayaran RM43

Alhamdulillah, selesai satu masalah. Lepas ni aku cuma tinggal berikhtiar untuk habiskan ubat dan 2/9/2019 ni kena bagitahu nurse dekat Melaka yang aku tak sesuai dengan depo-provera. Bye-bye depo-provera 👋🏻

Pss// Nasihat aku, kalau ada apa apa masalah kesihatan pergilah berjumpa dengan golongan yang arif. Sekurang-kurangnya kita boleh mencegah daripada jadi yang lebih teruk😚

Comments

  1. Blh thu x dktr bg awk ubt stop drh tu nme ye.. Sy pon jd mcm awk drh xstop Dr 8.2.24 - skrg 20.3.24..sy dh bg ubt stop drh traximnt acid.. Still xok.. Ada cr x nk stop kn bleeding ni😭

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥