JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Moga Tuhan sentiasa memberkati setiap usaha dan keringat kita.
Mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. 🦄

Entri kali ini aku nak kongsingkan kisah perjalanan aku sebagai pelajar undang-undang. Banyak orang kata study law ni susah. Ya betul, memang tak dapat dinafikan lagi, belajar undang-undang ni agak susah. Tapi kalau dah minat semua benda tu tak mustahil bukan?


Aku Atirah, Pelajar Undang-undang Tahun Dua, Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Impian aku untuk jadi peguam ni bermula sejak aku sekolah menengah lagi. Pada waktu tu, aku niat yang aku nak sangat tegakkan kebenaran dan bela nasib orang teraniaya sebab aku berdendam dengan share partner arwah ayah aku, it is a long story and nightmare of my childhood. Selain tu, aku nak sangat belajar undang-undang sebab aku taknak orang perbodohkan aku. Mak aku sokong je bila aku bagitau yang aku nak jadi lawyer. But, cikgu sekolah aku ada yang tak berapa setuju bila dapat tahu aku nak study law sebab mereka lebih prefer aku study Arabic or other courses rather than laws. One of them, tahu yang aku nak study law sebab aku berdendam and he asked me to forget about that revenge. Tapi, aku eager untuk study law because it's my dream. Why should I waste my time to kill my own dream? But now, aku dah tak berdendam lagi. Just, aku berniat nak tolong manusia yang teraniaya je 🦄

Jadi, kisah perjalanan impian aku bermula apabila aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Asasi Undang-undang di Pusat Asasi UIA, Kampus Petaling Jaya. Dekat sini, aku habiskan masa dalam setahun setengah lah sebab nak completekan level bahasa which are Arabic and English. Disebabkan aku dah decide dari awal untuk nak ambik Shariah Laws, jadi aku kena completekan band 6 barulah eligible nak study Shariah Laws waktu dekat degree nanti. Dekat asasi ni relaks je study, sebab subjek laws ada empat je, semuanya introduction which is basic law je. Yang lain tu skill dan Islamic Studies. One moment, aku frust study apabila semua kawan-kawan rapat aku pass band 6 in lump sum tapi aku tak just naik level je. That time, aku rasa kecewa sangat-sangat. Tapi, lepas ujian tu aku nampak banyak hikmah antaranya aku banyak belajar, lebih faham, banyak vocabulary baru, dapat kawan baru and from that moment, aku percaya yang apa yang kita tak suka tu tak semestinya buruk untuk kita bukan? Alhamdulillah, walaupun aku tak dekan setiap semester tapi last semester tu dapat juga dekan. Jadi tamatlah cerita dekat pusat Asasi🙈

Selepas tamat asasi, aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Bachelor of Laws di UIA, Gombak dan kemasukan pada Januari 2017. Jadi dekat sinilah bermulanya susah payah yang sebenar sebagai budak undang-undang. Dekat sini, aku memang dah sign up untuk Shariah Law Student, bermakna semua subjek Shariah aku akan belajar dalam bahasa Arab.

Pada Tahun Pertama Semester l, subjek yang paling mencabar bagi aku adalah Malaysian Legal System. Rasa macam benci betul subjek ni, CAM pun lulus atas urat. But I didn't expect yang result, aku dapat B+ 🙈 Alhamdulillah ! Sebenarnya, Tahun Pertama ni sangat mencabar sebab kita masih baru, fresh lagi tak tahu nak baca rentak lecturer macam mana. Once, kita dah tahu rentak dia, InsyaAllah kita boleh survive. Don't worry guys, all of the processes take time ! For the Shariah Subject, Alhamdulillah so far okay, sebab banyak menghafal je. Pada Tahun Pertama Semester II, Alhamdulillah subjek undang-undang masih boleh hadap. Tapi ada problem, dekat subjek Islamic Studies which is group mates aku semua foreigner. Kalau foreigner ni hang faham-faham je lah, tambah pulak dengan lecturer tu strict gila dekat assignment. Tapi Alhamdulillah, result sangat memberangsangkan!

Pada Tahun Kedua Semester I, that semester relaks gila. Tapi bila dah sampai hujung tu, serabut bhai. Serabut, sebab we were not well-prepared dengan Compulsory Moots. Dia punya submission tu nak dalam masa yang terdekat, kena pulak dengan hujung semester which is orang busy study untuk final examination. Dekat sini aku dah rasa, InsyaAllah aku lebih rela jadi solicitor daripad advocate. Bayangkanlah, tidur pun tak cukup, print kertas tebal-tebal, full case bagi setiap hujah kena print, statute lagi, untuk nak bagi BOA tu dekat lecturer. Itu dah satu hal, kena bagi dekat pihak lawan lagi. Sumpah, aku takmau jadi lawyer yang practise in court tu. Mimpi ngeri ! Pada Tahun Kedua Semester II, this semester sungguh mencabar. First, lecturer Islamic Studies aku memang strict gila, banyak orang drop subjek ni sebab kebanyakan orang cakap, lecturer ni strict dan banyak student failed. Second, final examination untuk Shariah Student sungguh syadid which is four papers straight, non stop and semua subjek tu boleh dikatakan killer which are Islamic Criminal Law (Arabic), Usul Fiqh II (Arabic), Constitutional Law II and Islamic Family Law. Pengajaran semester ni, fikirlah dulu kalau nak decentralised examination tu ya student-student ShariahBut, kita kena percaya yang Allah takkan menguji hambaNya kalau hambaNya tak mampu. Alhamdulillah, I did it!
Benda yang aku paling regret di Tahun Kedua Semester II was tak sempat nak jawab soalan which contains 15 marks, atas alasan tak cukup masa. In 28th January 2019, the result came out. Subjek yang ustazah selalu gagalkan pelajar tu, alhamdulillah aku dapat B. Subjek yang aku tak jawab 15 marks tu pulak, aku dapat B- 🙊Alhamdulillah walaupun tak dean list this semester, at least aku tak kena repeat 😌 

* Untuk survive dekat law school ni, CAM (Carry Mark) at least kena lepas half, kalau boleh score yang terbaik, scorelah ea. Lepas tu, lebihkan pemahaman and try not to memorize every single word in the books or slides sebab dalam final examination nanti soalannya berbentuk problem-solving not mere fact ya guys, except for the name of the case, the statute, Quranic verses and Hadith and kalau boleh performlah final examination ya ? I wish you all the best 🦄 *

Pss// Kisah Part 1 dah selesai. InsyaAllah, andai panjang umur dan murah rezeki, kita akan bersua lagi tiga tahun untuk Kisah Part 2 ya?

Comments

  1. pd adik2 yg ambik law .tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun...law ni dlm industry oil gas pun nak pakai..sbb nak wat kontrak semua kan.....btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi .rayuan dh dibuka ut bole aply...anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, teringin sangat nak amik course law ni , tapi saya masih kurang jelas apa ynag perlu dibuat untuk masuk asasi lepas spm TT. Macam mana nak contact akak untuk tanya lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sis, im so sorry ya Allah. Baru habis final akak baru tengok komen awak 🥺

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, nak tanya. Student dari asasi kptm macam saya ni.. boleh ke apply UIA? Sbb kami dekat asasi kptm ni tak ada belajar Arabic ni semua. Risau jugak kalau tak cukup requirements. Tapi, teringin sangat nak masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam awak. takda masalah, sebab banyak ja kawan akak yg tak pernah belajar arabic pun kat sekolah. Nanti awak akan masuk kelas arabic, tak silap akak ntuk law sampai level 4. sorry yer dik, akak baru baca komen awak 🥺

      Delete
  4. assalam , akak , kalau saya ambil f6 aliran syariah dulu , lepas tu keluar mbik degree law syariah ,, okay x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam dik, akak rasa takda masalah adik. kalau adik nak, boleh je ambik double degree law, first awak buat civil then graduate sambung pula shariah. sebab dah ada basic, insyaAllah boleh pergu lagi jauh 💪🏼

      Delete
    2. Ooo mcmtu . U yg mana sesuai kak utk smbng degree law yg mcm akak ckp tu ??

      Delete
    3. kalau adik nak senang, ambik law dekat uia, buat degree llb 4 tahun + degree shariah/llbs setahun. insyaAllah lepas tu boleh jadi peguam syarie. but kalau adik nak buat u lain pun boleh cam ukm, um ke tapi adik kena ambik dslp 2 tahun kalau tak silap. 🤗 all the best dik, moga Allah permudahkan langkah adik aameen.

      Delete
    4. Waa , thnx akak . Tkasih soaks 😍

      Delete
  5. Assalam kakak, bole tak akk ceritakan challenge for degree AIKOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, hi dik. kalau akak, alhamdulillah so far okay je belajar dekat AIKOL (even taklah semua subjek tu dapat skor + cukup cukup makan jer). Tapi yang paling tough untuk akak, third year lah esp 3rd Year 2nd Sem, sobsob dik sebab subjek trust tu. Akak rasa pemilihan lecturer ni main peranan jugak, sebab akak sendiri suka lecturer hat relaks tapi organise. Ada dua ke tiga kali gak boleh lecturer tak kena ngan jiwa, cam tawakal dik jawab final 🥺

      Delete
  6. Hi kak saya 4A spm termasuk bm bi sej pai. Chemistry D Addmath gagal. Yang lain lain semua either B n C. Saya lepas syarat asasi undang2 uitm n kpm tapi agak agak saya akan diterima tak? Sebab first upu tu saya apply politeknik pon tak lepas walaupon 7 out of 9 credits. Sebab saya apply jugak asasi undang undang untuk rayuan upu ni

    ReplyDelete
  7. Hi dik, first akak tak berapa arif dalam bidang ni. Tapi kalau tengok syarat kelayakan tu adik dah lepas requirements tu. Selalunya kalau adik buat rayuan, insyaAllah akan dapat. banyakkan berdoa tau, semoga dipermudhkan urusan.

    Stay safe !

    ReplyDelete
  8. menyesalnya kak saya tak apply law dulu masa diploma. sekarang dah final year dip :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe dik, "apa yg telah terjadi itu yang terbaik". Ada hikmah disebalik semua ni tau? All the best dik for what you're doing now 🤗

      Delete
  9. saya student dip in law di unisza , minta sesiapa yg membaca mesej ni dapat doakan saya dapat sambung degree law di uia . skrg saya tgh buat persiapan utk borg rayuan ke uia since muet saya tk lepas band 4 which is sy dapt band 3 dan cgpa sy 3.7 . mohon doakan urusan saya dan niat saya nk further study in law di uia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahumma ameen dik, moga dipermudahkan urusan dan dimakbulkan apa yg dihajati aameen 🤲🏼

      Delete
  10. Assalamualaikum kak , maaf saya nak bertanya. Saya pelajar STAM, resultnya pun alhamdulillah boleh lepas, result SPM pun cun, cumanya saya tak lepas MUET, dapat band 3 TT,,, jadi masih ada peluang tak nak ambil law di UIA? Saya teringin sangat nak belajar kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaiakumussalam adik, alhamdulillah dan tahniah atas result adik, adik dah apply ke uia? if adik apply takdapat, adik try apply lagi dalam rayuan mana tahu rezeki kamu. Akak doakan moga dipermudahkan urusan awak dik aameen

      Delete
  11. Saya stress kak tah la from subjek sastera ramai lak budak science. Dia punya susah tu xle bawak bincang baru sebulan tetiba exam🥲🥲koyakkkk wooo saya kat dengkil ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik, jangan putus asa tau? Akak doakan moga urusan adik dipemudahkan aameen. Adik usaha sungguh-sungguh ntuk dapatkan sijil. Lets say kalau adik nak ambik law, takdek masalah sebab subjek law ni macam takdek dalam silibus kita belajar tu. So semua orang akan usaha waktu degree untuk understand law. All the best dik !

      Delete
  12. Hi nak tanya i studied diploma in syariah and muet i Alhamdulillah pass band 4 and cgpa 3.6 agak2 an boleh lepas ke requirement for degree law dekat Uia? And kalau utk law civil or syariah law ada harapan x nak pass?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau exam utk first masuk tu kena pass level bape ye sis? And kalau org yg x pandai berdebat mcm mana eh?

      Delete
    2. Hi you, untuk nak tahu requirement for degree you boleh access uia punya degree requirements. Saya taktahu sangat, sebab saya dari asasi terus ke degree uia in which kena 2.5 pointer waktu asasi. Let say kalau tak cukup requirements awak apply je, then nanti mohon dekat rayuan InsyaAllah boleh tu sis. if degree tak silap EPT and APT tu nak masuk degree terus kena lepas band 6 or band 4 respectively. Jangan risau sis, saya tak pandai debat jugak. Belajar uia kaku je, koko pun tak masuk hahaha.. Saya nak belajar je, no worries sis. kalau you nak develop boleh ambik koko debate nanti.

      Delete
  13. Assalamualaikum akak . Saya student SPM 2021 . Now tengah buat prepation untk SPM . Saya minat law . My dream is want to be lecturer . Lecturer of syariah law . But Bahasa Arab saya memang lemah drdp skolah rendah . 🤲🏻😭 Saya nk further law syariah but saya sedar saya lemah . So saya pikir nk amik course lain tapi nmpknya cam tak dpt restu drdp parents . 😭🤲🏻Kebuntuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam dik, first of all, all the best untuk SPM awak tu ye? Moga dipermudahkan segala urusan, mudah menjawabnya. To answer yr question, akak rasa tak semestinya kena pro arab baru boleh belajar shariah law. Dalam degree syariah nanti pun ada pilihan, if adik masuk uia adik boleh proceed degree shariah law in arabic atau dslp in malay ( dslp ni ada jugak dekat UiTM). Takpa, adik jangan putus asa, arab tu boleh improve tau? Yg penting minat dan teruskan usaha adik ❤️

      Delete
  14. Saya nk tnya . Nnti buku ii law syariah tuh in English ke in Bahasa Arab ke dlm bahasa Melayu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau uia, if adik dah didaftarkan under LLBS (bakal ambik shariah tahun ke-5 nanti) buku dalam bahasa arab. Kalau LLB je, buku tu dlm bahasa inggeris, kiranya budak law biasa pun bakal belajar shariah jugak tapi dlm english. Ni ntuk uia lah☺️☺️

      Delete
  15. Salam kak, saya dapat masuk uia tapi course degree mlcom. Saya ada applu change op programme and saya dah interview pun tapi tulah tak ada rezeki, saya tak lepas interview. saya ingat saya nak cuba jugak sampai dapat and saya planned untuk apply rayuan. Kalau saya buat rayuan, saya kena hantar terus ke dean of aikol ke? Pastu akak tahu tak prosedur untuk buat rayuan ni? Perlu ke saya pergi ke department mlcom untuk berunding dan email amad? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik ! Akak takdek pengalaman sal rayuan ni and sorry for late reply. Apa kata adik call terus tanya Amad macam mana. Sorry ye akak tak dapat tolong banyak 🙏🏻

      Delete
  16. aslm kak..sy baru habis spm 2021..kalau akak tak kisah, boleh tak share result spm akak? and nak further asasi undang² di uia kena dpt berapa A?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik, waalaikumussalam ♥️ Akak okay jer share, lagipun dah bertahun tahun berlalu hehe. Akak haritu dapat 8A 2B (English + Math), 1D (add math). Alhamdulillah rezeki akak, sebah bahasa Arab akak A couple dgn English B+ kot. Tu antara requirement (yg dulu). Kalau sekarang ni dik cuba tengok requirements dia nak yg macam mana. 🥰

      Delete
  17. Assalammualàikum akak, semoga diberkati Allah selalu, saya ada soalan...
    1. Saya ada diploma pengajian islam dengan result 3..7 ... tapi saya takde spm arab agak2 boleh lepas tak syarat kemasukan most universiti utk bidang syariah and law ni.? Ada possibioity tak ?
    2.. dekat U nanti kalau tak berapa fasih bahasa arab, ada tak kelas untuk belajar bahasa arab tu sbb risau juga dgr bhasa arab untuk degree ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam terima kasih dik atas doanya. moga sgl kebaikan doa berbalik pada diri kamu aameen. To answer yr question :
      1. Alamak, akak taktahu pulak yg ni, cuba adik cari requirements for degree uia nanti diq bagi list apa perlu ada. So sorry akak dr asasi uia lompat terus degree dia 🥲
      2. Kalau adik diterima masuk,depa akan buat test dulu APT (untuk tengok adik dok kat band berapa?) if lepas band 6 kiranya adik boleh masuk syariah stream kalau tak, adik masuk law civil tu. Then, nanti adik join je kelab debate arab ke kelas bahasa arab uia ada InsyaAllah ♥️

      Delete
  18. Assalamualaikum kak nk tnya...blh x akak explain about how to be a lawyer syarie klw nnt amik asasi law je.. maafla sya baru f5😂 x brpa faham lg

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥