2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = πŸ”₯

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Moga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua 🀲🏼

Entri kali ini aku nak ceritakan sikit tentang Gestational Diabetes Mellitus (GDM) & Blood Sugar Profile (BSP) 😌 Mesti ada yang pernah dengar tapi tak berapa cakna tentang dua benda ni. Ada juga yang tahu sekaligus pernah mengalami GDM ni. Okay, senang cerita GDM ni ialah kencing manis sewaktu hamil dan kebanyakan akan hilang selepas melahirkan nanti. Dari research aku, GDM ni terjadi disebabkan gangguan hormon ketika hamil in which insulin tak cukup or tak proper ntuk process glukosa atau gula dalam darah.

Pss// If nak tahu lebih lanjut tentang proses GDM boleh baca dekat • KKM | Diabetes Semasa Hamil •

Once hang dah lekat GDM automatik nurse akan suruh hang buat BSP. BSP ni ialah nurse akan pantau hang bagi memastikan tahap gula di dalam darah hang berada pada paras yang optimum sepanjang hari. Pastu mesti ada yang tertanya-tanya, sampai bila hang nak kena buat BSP? Jawapan dia, sampailah hang bersalin weh πŸ˜‚ Jadi dekat sini, hang kena jaga pemakanan hang betui-betui in which we called it GDM on diet 🌼Let's say kalau paras gula tetap naik, doktor akan prescribe ubat in which we called it GDM on ubat and if tetap tak jalan, mau tak mau kena cucuk insulin dekat bawah kulit sendiri, and this we called it GDM on insulin 😒

Aku nasihatkan hampa yg overweight/obesity please turunkan berat badan kalau nak hamil tau? Aku dulu memang diet, tapi sementara nak tunggu lawatan kali pertama ke klinik berat naik mendadak sebab suka makan 😭 Menyesal tu mang menyesal, air mata jugaklah lepas dapat tau ada kencing manih. aku ambik yg positif ja lepas teriyak semua tu. Dan Alhamdulillah Tuhan tegur awal bak kata laki aku, tanda sayang 😒

Pss// Perlu diingatkan, kalau hang kena buat BSP, hang tak boleh makan dah lepas pukul 10 malam, hang kena puasa sampai pukul 8 pagi untuk ambik darah pre breakfast 😌


22 September 2021
Kak Iena (Nurse) mintak aku buat BSP on 26/9/2021 sekali dengan next appointment aku (kandungan 4 bulan). On 27/9/2021, aku kena pergi jumpak doktor untuk doktor nak review BSP aku. So aku okay je hehe πŸ₯°

Bila dengar aku dapat GDM on 21/9 haritu, terus aku ubah diet pemakanan aku. So dekat sini aku nak share jugaklah tentang pemakanan aku dalam sehari hihi.

πŸ₯ž Breakfast @ 8:00

Roti Wholemeal Gardenia | 2 keping
Air kosong secukupnya
Popia | 1 biji (If terasa nak makan πŸ˜‚)


🍏 Snacking (If lapar nak tunggu lunch)

Biskut Cracker | 3 keping atau;
Epal hijau | biji
Air kosong secukupnya


πŸ› Lunch @ 12:00

Satu senduk nasi perang
Air asam
Ikan cencaru bakar
Sawi celur, Ulam-ulaman i.e. pucuk gajus/kacang kelisa
Air kosong secukupnya


☕ Snacking (If lapar nak tunggu dinner)

Biskut Cracker | 3 keping atau;
Epal hijau | biji
Air kosong secukupnya


🍝 Dinner (Repeat Lunch tapi tukar sayur atau lauk) @ 18:00

Satu senduk nasi perang
Air asam
Ikan cencaru bakar
Bayam celur, Ulam-ulaman i.e. pucuk ubi kayu
Air kosong secukupnya


πŸ₯›Supper ( If terasa lapar)

Biskut Tawar
Air Kosong

Aku tak makan supper, just minum air masak + makan iberet  dalam pukul 9 malam πŸ₯° and pukul 6 pagi aku akan makan iberet lagi sekali ❤️Dari diet aku mesti hampa akan tanya, tak boleh minum manis langsung ka? Boleh je (dari apa yang aku baca) tapi tu pun depa minum milo kosong waktu breakfast. Tapi aku mang rasa tak berani lagi ni, tu yg aku minum air kosong + ambik manis dari buah/sayur je.


26/9/2021 @ KDUM
Harini nervous nak mati weh, bukan apa nak buat BSP. Awal bhai aku sampai ! Dah sampai tu macam biasa lah, kencing timbang berat dulu. Masa dekat timbang berat tu dalam hati aku pi dah, sebab berat turun 2.5 kg. Next, masa first check BSP tu, bacaan aku 5.7 mmol/l sepatutnya kena 5.3 mmol/l ke bawah. Allah rasa 😒 Masuk bilik nurse kena baring atas katil weh, lepas tu mana kena beletiaq ngan nurse lah. Dia kata kat aku jangan diet, makan macam biasa cuma gula ja jangan ambik, kesian kat baby ! Aku pun nak buat lagu mana weh, hang paham dak perasaan bila hang amalkan pemakanan sihat, berat hang auto drop πŸ˜‚ lepas nurse tu kata, aku balik terus pelahap mee goreng + teloq mata πŸ˜‚


Pss// nurse yang ambik BSP tu pesan kena makan sebelum pukui 10 pagi, lepas tu kena puasa sampai kul 12 then ambik BSP tengah hari pulak.


Waktu ambik BSP pukul 12 Alhamdulillah, bacaan aku okay. Aku terus tanya nurse tu, saya makan DSSS then berat drop 2.5 kg dan saya nak makan macam mana ye, untuk naikkan berat badan. Nurse tu kata dekat aku, makan macam biasa je tirah, tapi sayur mesti kena lebih dari nasi. Balik tu terus lunch, takdeknya aku nak suku suku separuh. Aku ambik nasi lebih dari separuh + banyak sayur, ikan seekor. Penat weh terlampau menjaga pun tak kemana πŸ˜‚πŸ˜†


Pss// Untuk lunch ni aku kena makan sampai pukul 4 petang jer, then kena puasa 2 jam ambik darah pukul 6 pulak.

Waktu ambik BSP pukul 6, time ni hujan aku dah otw nak pergi. Kak Iena pun Whatsapp lah aku kata nurse dok tunggu. Gelut tak sangga ! P check alhamdulillah okay BSP waktu ni. Balik jer dari ambik BSP pukul 6 petang tu aku terus dinner in which aku repeat balik lauk and ubah sayur menu lunch tu. Waktu BSP petang tu nurse lain yg bertugas and dia tak pesan weh nak kena stop makan pukul berapa, tapi aku ambik jalan tengah in which aku stop makan kul 7 petang and ada dua jam lah gap untuk ambik BSP pukul 9.15 malam.

Waktu BSP pukul 9 malam tu, alhamdulillah bacaan aku masih okay. Apa lagi, lepas je BSP pekena burger daging double tanpa sos cili πŸ”


27/9/2021 @ KKAH
Harini aku kena gerak pergi Klinik Kesihatan Air Hangat untuk review BSP semalam. Macam biasa lah kena kencing, ambik tekanan darah, timbang berat then baru jumpak doktor. Bila masuk jer bilik doktor then dia review terus dia kata BSP kamu sangkut ni, sepatutnya kamu kena ulang satu ni jer, tapi memandangkan kamu nak repeat FBC kamu buat semua lah yer. Doktor sambung lagi, kamu jangan makan pulut, nasi lemak roti canai sebab yang ni boleh naikkan bacaan ye. Aku pun iyakan jer. Pastu, dia kata result HVS kamu tak menunjukkan apa apa dan kamu takdak jangkitan apa apa (dalam hati aku alhamdulillah lega yakmat). Balik tu terus pergi kedai Kak Rah weh cari Mee Goreng Telur Mata 🍳


3/10/2021 @ KDUM
Harini aku kena repeat lagi BSP aku. Sumpah tak tengok tarikh langsung. Semalam dah makan macam macam and stop pukul 7 malam. Memang aku gelisah teruk malam tu sampai tak boleh lena, risaukan bacaan BSP pagi ni. Macam dok kata ler, bacaan BSP sangkut jugak waktu pagi kalini ada penurunan < 0.1; iaitu 5.6 mmol/l dari sebelum ni. Aku sempat tanya nurse awat BSP aku sangkut setiap pagi, nurse tu kata mungkin insulin aku waktu malam dirembeskan sikit tak cukup untuk makan malam tu (lebih kurang ler). Balik tu aku try nasib jer repeat menu 24/9/2021 tu for breakfast Mee Goreng Telur Mata + Pisang 🍳🍌 

Untuk tengah hari, bacaan BSP aku 5.7 mmol/l~ alhamdulillah masih bawah 6.0. So balik tu terus masak peria and terus makan. So menu lunch saya harini peria masak telur, nasi perang, singgang ikan gerut + epal separuh. Seksa yakmat, tak boleh habih sayur tu aku mang takleh telan peria tu, sampai termuntah aku, better jus peria katak + epal lagi okay kot πŸ˜… Aku pun cover lah peria yg dimuntahkan tadi tu dgn secekak kacang botol. Then, boleh pulak aku tertido dgn nyenyaknya. Lepas tu lapar nak mampus lah, ku makan kerepek pisang sebelum pukul 4.


Waktu ambik bacaan BSP kul 6 petang, mencanak naik weh sampai ke 7.3 mmol/l dahsyatnya ! Nurse sampai tanya aku makan apa. Aku habaq lah apa yang aku makan tadi. Nurse cakap dekat aku, takpa kalau macam ni doktor akan bagi ubat. Takpayah lah diet sangat, nanti asid perut naik ! Bila dengar nurse kata gini lega yakmat. Balik tu terus aku makan lauk lunch tadi and tukar sayur jer. Sebelum kul 7 aku stop terus.

Ambik bacaan kul 9 alhamdulillah tak mencanak dapat 5.9 mmol/l gitu alhamdulillah rasa. Then, aku baliklah melantak kek red velvet + kerepek pisang sho shedap πŸ˜‚


4/10/2021 @ KKAH
Harini aku kena repeat fbc + review BSP aku yg mencanak tu. Jujur aku redha je kalini ! Nak kena marah ke tak aku redha dah. Sampai ke kaunter pendaftatan lahai lupa pulak nak bawak phone πŸ˜… So masuk je klinik macam biasa ler ambik darah, kencing timbang berat dan tekanan darah. Then barulah boleh jumpak doktor. Masuk je bilik doktor, doktor tu tanya lah aku makan apa sebab bacaan aku tinggi. Aku pun ceritalah kata dia, dia kata cara kamu makan tu betul dah cuma gula dalam darah kamu tu yg bermasalah, jadi saya kena on ubatlah dekat kamu. Kalau saya on ubat kamu tak boleh lahir 16/3/2021 ni tau, kamu kena lahirkan dua minggu awal. Aku pun angguk jer 😌 Lepas tu, doktor sambung lagi~ masalah kamu yg kedua hb kamu drop, kamu ada missed ubat ke? Aku cakap yer, bila ada BSP aku tinggal sebab taktau cara makan yg betul. So doktor tu explain kat aku cara makan and dia ubah untuk makan dua biji terus sebelah malam. Then lepas keluar dari bilik doktor aku pun pergi lah kat farmasi dan terus dapat ubatπŸ˜‚ so aku kena makan pagi sebiji malam sebiji. Then repeat BSP lagi seminggu 😌


10/10/2021 @ KDUM
Harini aku kena repeat BSP lagi, dah kali ketiga guys asyik repeat je hahaha. Bacaan pagi mang mencanak ler 5.6 mmol/l lagi. Aku tanya nurse, berapa kali kena repeat dia kata dua kali on ubat ni. Aku sambung lagi, gaya nak kena insulin jugak, nurse tu cakap sampai 36 minggu. Aku pun dalam hati berhuhu jer. Aku pun taktau dah nak buat macam mana, sampai satu masa insulin pun insulin lah. Balik tu, aku makan bihun goreng plus telur mata. Terasa macam banyak sangat aku makan, so exercise ler sikit i.e. aku basuh pinggan, sapu sampah dan sidai baju. Lepas tu, aku pun gembur gembur lah tanah pokok hiasan depan rumah tu. Pukul 12 waktu aku pi ambik bacaan bsp tu, sumpah takut ! Kalini aku tawakal sungguh 😭 Tapi alhamdulillah 4.4 mmol/l ! Balik tu terasa nak makan sup terus pergi beli keow teow sup thai. Sedap yakmat le ! Taktau satgi nak naik berapa pulakπŸ˜‚ Tapi aku usaha lah cover minum air masak + banyak bergerak sikit 😌


So, pergi check BSP pukul 6 bacaan aku alhamdulillah 4.7 mmol/l. Balik tu terus makan malam in which aku makan nasi perang + sayur tumis bayam + ayam masak merah then aku stop makan pukul 6.30 petang. Pukul 9.30 malam, aku pergi klinik ambik bacaan pre-bed, alhamdulillah gula dalam darah aku 5.4 mmol/l ! Syukur, alhamdulillah πŸ₯° Balik apa lagi gasak ler burger, tak tahan ya Allah ! Makin besar kandungan, makin lapar teroks πŸ˜‹ Then siap siap tido lah esok appointment ngan doktor lak !


11/10/2021 @ KKAH
Harini aku sampai klinik tepat kul 10 sakit perut punya pasai. Pastu, terkandas dekat luar sebab orang ramai sangat ya Allah ! So pukul 10.30 pagi baru boleh masuk. Macam biasalah, kencing timbang berat, ambik bacaan tekanan darah then terus ke bilik doktor ❤️ Dalam hati sumpah takut, doktor nak kata apa pulak dekat aku 😌 Dup dap dup dap hati aku, dah pukul 11.34 pagi. Ya Allah, lambatnya harini. Kalau tidak sejam dah settle 😒 dengan sakit perut ni ya Allah, memulas rasa 😩 Aku taktau lah depa kelebek apa ya Allah, berat sangat ke kes aku tu, and... finally sampailah aku sorang je tinggal dekat ruang menunggu tu, nurse pun panggil nama aku😒 Masuk-masuk Alhamdulillah dapat Dr Teoh, bukan setakat hensem tau cakap dengan orang baik ya Allah. Then, doktor start lah tanya aku, aku makan ubat tu takdek rasa apa ke and kamu boleh makan noh, aku cakap so far semua okay doktor. Dia tanya lagi ada pendarahan ke, aku cakap takdek. Pastu, dia tanya aku malam sebelum ni makan apa, aku cakap ler brown rice, ikan bakar + sayur @ 8.30 p.m. Lepas tu aku terus tanya, kenapa ye doktor gula dalam darah saya still tak turun even on ubat? Ke sebab saya tak makan gula spike ? Pastu doktor tu kata, gula akan spike if you puasa lama. Tapi cara you makan ni should be okay. Pastu dia nasihatkan aku, kalau boleh tido tu  dua jam selepas makan. Jangan lepas makan tido terus darah akan naik ! So for the last, dia naikkan dos aku, kalau tak berjaya kalini dia akan suntik insulin 😩 So dia tambah dos dekat aku, aku pun p lah ambik ubat kat farmasi. Tak expect ler nak dapat sekotak, ambik kau ! And not to forget, repeat BSP lagi and lagi πŸ₯³


19/10/2021 @ KDUM
Sumpah ketaq dok kenangkan nasib semalam makan KFC, swiss roll + makan lewat ! Takut gula dalam darah naik 🀭 Lepas je birthday party adik bongsu, terus aku minum air banyak banyak + makan ubat kencing manis. Pagi bangun subuh tu, minum lagi air. Check BSP tadi, Ya Allah 5.5 mmol/l ! Lagi 0.2 je ntuk jadi 5.3 mmol/l jer 😭 Balik tu, terus aku melantak keow teow goreng telur mata. Insulin pun insulin ler 😩 Memandangkan harini Malidur Rasul, husband pun kerja and habis takdak kerja dah nak buat kami pun pergi ler Lubuk Semilang in which dekat je dengan rumah lima minit pun tak sampai hehe. Aku pun ambik ler kesempatan ni, mandi buat kuak lentang semua nak bagi gula dalam darah digunakan, ha gituh !

Balik dari mandi sungai, bilas je badan terus siap ntuk ambik BSP pukul 12. Sampai klinik tepat kul 12 tengah hari, then masa ambik bacaan tu Alhamdulillah 4.4 mmol/l ! Balik tu si baby dalam perut ni bergerak gerak ler lapar terus aku minum susu dutch lady, makan goreng pisang empat keping, keow teow sup thai + air kelapa muda (without sugar). Kenyang sangat ! Terus stop makan kul 2.30 petang and minum air bebanyak ~

Bacaan BSP pukul 6 petang aku ialah 5.1 mmol/l. Lepas tu, laki aku bawak pergi birthday party kawan tempat kerja dia. Aku dok aim dah nak makan satay. Waktu turun kereta, si Noah pulak buat hal ! Takmau masuk dalam rumah, so aku ni tunggu ler dekat luar rumah, dengan lapar nak mampus. Disebabkan aku tak masuk, akak tuan rumah tu bagi ler kek + satay alhamdulillah. Dalam keta sempat merasa satu cucuk setengah. Balik je dari birthday party tu, pergi pulak rumah kawan laki aku sebab mak dia nak bagi nasi arab. Jam pun dah kul 7 petang, aku takleh makan dah huwa, sedihnya ! Lepas tu mengamuklah aku. Balik tu disebabkan lapar teramat sangat, aku pun makan ler buah naga sebiji dalam hati dok doa bagi Tuhan hadirkan rasa kenyang 🀲🏼 Lapar mang terasa sebab tak makan berat, tapi aku usaha cover ngan air.

Pergi klinik untuk BSP yg terakhir ntuk harini and aku orang paling awal sampai 🀭 Alhamdulillah bacaan aku 6.2 mmol/l jer ! Rasa lega sangat 😩 Balik tu aku melahap ler bekal yg orang kasi sempena Maulidur Rasul harini. Alhamdulillah ! Esok get ready, pasang telinga siap siap nak kena berletiaq apa pulak 😭 


20/10/2021 @ KKAH
Harini aku sampai lewat 10 minit. Sampai je kat pagar tu, terkejut aku ramai gila orang. Dalam hati, hm pukul 12 jugak ler ni balik ! Aku cuak sungguh, takut masuk spital, sebab aku ni penakut yakmat 😩

Lepas hampir 40 minit menunggu alhamdulillah boleh ler masuk klinik. Prosedur macam biasalah, register, check urine, timbang berat and check tekanan darah lepas tu terus masuk ke bilik doktor. Aku jumpak Dr Teoh tu lagi, lepas tu doktor kata ni bukan sebab pemakanan kamu, ni memang sebab insulin dalam badan kamu tak sensitive. Ya Allah, tak pasai pasai aku kena tidoq wad malam ni. Haih, sebak ler pulak nak tinggai Noah 😭 Aku rasa cam nak teriak ni. Disebabkan nak kena admit ward, so kenalah buat Saliva RTK dulu 😌


Alhamdulillah negative result saliva tu ! Then, aku bagitau Dr Teoh yang negative, then nurse tu kata kamu balik ambik barang, jangan lewat sangat pergi hospital nanti depa call pulak. Keluar KK terus pecut balik rumah, atas motor sempat lagi weh teriyak, haih ~ aku takut sungguh nak pi hospital mana pikiaq jumpak hantu + rindu kat Noah, kesian Noah ! Tunggu apa lagi, balik packing barang ler untuk ambik insulin tu, huhu ! Jom, saya berundur dulu ye. Nanti aku cerita pengalaman aku bermalam kat hospital cane yer 😌 sampai berjumpa lagi πŸ–πŸΌ

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCONπŸ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) πŸ“‘