ATIRAH & AZREE'S SOLEMNIZATION

Assalamualaikum semua.
Moga Allah permudahkan urusan kita semua.
Mudah-mudahan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat.

Mrs Azree aka Puan Nora 
Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan aku dan suami yang berlangsung pada 20 Januari 2018, bertempat di Kampung Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah iaitu kediaman aku sendiri. Entri kali ni aku nak kongsikan sedikit pengalaman kenduri kahwin aku yang agak penuh dengan ujian dan alhamdulillah selepas selesai tu masing-masing tarik nafas lega. Dicadangkan nak 'publish' blog ni setelah sebulan perkahwinan, tapi apakan daya 'busy' memanjang jadi terlewatlah dua hari. Sebelum bercerita tentang pengalaman nikah aku dan suami, aku nak throwback gambar kad kahwin, sebab aku masih tak boleh move on lagi dengan kad kahwin yang sangat memenuhi impian dan cita rasa aku.

Sebenarnya, aku yang nak buat kad kahwin bertemakan airlines. Impian ni dah lama sebelum aku kenal dengan suami aku lagi, memang dah niat andai panjang umur, murah rezeki dan ada jodoh, aku nak sangat buat kad kahwin ala-ala ticket flight. Alhamdulillah, Tuhan perkenankan permintaan aku tambahan pula dapat suami yang bekerja under airlines. Memang modal besarlah nak buat kad kahwin tu, jawabnya. Jadi, bab kad ni suami aku yang uruskan aku cuma design jea, sebabnya time tu dia tengah cuti dan kedai kad kahwin tu kebetulan dekat dengan rumah dia, Masjid Tanah. Aku dan suami aku decide untuk buat tema malindo airlines alang-alang dia bekerja under company tu lagipun takdak lagi orang buat tema malindo airlines, mungkinlah. Servis kedai Xpert Printing ni boleh dikatakan berpatutan/berbaloi dan disertakan sekali dengan 10 barang percuma. Aku dan suami ambik pakej 300 keping kad kahwin berharga RM180 dan percuma 10 barang termasuk dengan banner, bunting dan sebagainya. Terima kasih encik suami, sayang ketat-ketat !


Yeay, kad nikah bertemakan malindo airlines !
Lokasi majlis pernikahan aka rumah aku.
Sebenarnya, aku tak buat pun reception yang betul-betul tu sebab aku taknak susahkan pihak lelaki, almaklumlah kahwin bukan murah zaman sekarang ni. Cumanya, aku akad nikah terus sanding untuk bergambar dengan ahli keluarga dan kawan-kawan jea. Jadinya, aku dan suami pakai baju yang sama untuk nikah dan sanding, berwarna offwhite and baju ni aku beli online dekat instagram dari _bajumelayuslimfit dengan harga sangat berpatutan iaitu satu set dalam RM450++ macamtu lah.

Alhamdulillah, selepas majlis akad nikah, isteri orang sudah.
17 Januari 2018

Sebenarnya, aku tengah final exam and harini ialah last paper aku, Contract Law II. Jujur cakap, memang aku goreng sampai hanguslah, last syndrome paper ni bukan boleh buat main main tau. Habis jea last paper dalam pukul 5 petang macam tu, aku terus balik bilik bersiap untuk balik kampung dekat Langkawi dengan bas sebab nak bawa barang yang banyak. Kalau naik flight macam tak worth pula, lagipun tengah berjimat kan? Masa ni, suami aku ikut balik sekali sebab dia nak tolong buat persiapan kenduri sebelah aku. Perjalanan macam biasa lah lama gila, maka nyenyaklah tidur, masing-masing letih.

18 Januari 2018

Aku sampai Langkawi pagi 18 haribulan tu, terus ambik grab balik rumah. Sedihnya hidup, takdak siapa yang boleh pickup sebab kereta takdak waktu tu. Apabila dah sampai tu, kami pun bersarapanlah, then terus kemas rumah sikit-sikit. Tengah haritu aku lena takpayah nak cakaplah tak ingat dunia ha, sebab penat perjalanan. Malam tu acah-acahlah nak prepare barang hantaran. Tapi nasib tak menyebelahi, hantaran tak boleh buat sebab kedai semua tutup awal. Takpa, ujian namanya. Sabar aku masih terkawal lagi masa tu, alhamdulillah dan waktu tu tak terasa lagi buat kerja last minute walhal dah kritikal sangat sangat !

Muka waktu sampai Langkawi bersama Encik Suami.
19 Januari 2018

Waktu ni dah bermulalah kestressan tahap dewa tu, mahu taknya preparation semua last minutes. Pagi-pagi lagi aku kena siang ikan sebesen, hang bayang bakal pengantin bersiang ikan sehari sebelum nikah. Takpalah, nak buat macam mana orang tak cukup, sebabnya petang nanti tu hanya sekadar kenduri arwah dan tahlil. Lepas siang ikan tu, dah mandi apa semua aku, kakak aku, dan suami aku pakat-pakat mula buat hantaran sikit-sikit, petang tu kami hanya buat tapak hantaran dulu. Sementara tu, kawan kakak aku iaitu Kak Yanie dengan adik dia tengah buat goodies waktu tu. Stress sebenarnya, penat banyak benda nak kena buat.

Tapi aku rasa lega bila tengok pelamin aku, cantik sangat-sangat. Kalau tengok tak padan dengan harga yang kami bayar sebabnya decoration dia nampak mewah sangat-sangatlah di mata aku, terima kasih Krysha De Touch (butik ni berdekatan dengan rumah aku, kawasan Ulu Melaka). Pakej yang aku ambil lebih kurang berharga RM1000++. Cukup dengan hanya bagitau akak tu apa yang kita nak waktu wedding, insyaAllah dia akan try her best lah dan lebih baik dari expectation kita. Alhamdulillah, aku sangat-sangat berpuas hati. Aku ambil sekali dengan pakej meja beradap juga sebenarnya tapi tak makan pun atas meja beradap sebab kalut tak sangga, kena layan tetamu.

Inilah pelamin anganku, simple-simple saja.

Ni gambar pelamin pada waktu malam.
Petang tu, ada lah sikit kenduri tahlil untuk arwah ayah dan ahli keluarga yang telah pulang ke rahmatullah. Banyak adik beradik belah ayah dan mak datang tolong kupas bawanglah, memasaklah, pasang khemahlah dan lain-lain lagi. Terima kasih diucapkan pada semua. Ops, lupa suami aku masa ni pergi ambik bebudak Tahfiz datang rumah. Maaf ea Encik Suami ! Starting tahlil arwah ayah, aku dah mula rasa sebak waktu budak-budak Tahfiz tengah buat tahlil dan masatu aku tengah cuci pinggan dekat dapur, rasa yang tak terungkap, sedih teringat semua kenangan dalam rumah ni dengan arwah ayah aku. Dalam hati aku bermonolog sendiri, "ayah lepas ni cek dah tak bawah tanggungjawab ayah dah kan."
Perasaan ni Allah Taala jea yang tahu. Allah ! Alhamdulillah petang tu semuanya berjalan lancar,syukur. Terima kasih dekat adik-beradik sebelah mak dan ayah, jiran tertangga, orang kampung, kenalan kami semua yang banyak menolong. Maka selesailah majlis tahlil petang tu.

Malam 19 Januari tu merupakan malam berinailah kononnya, aku ambik service berinai dari Che Ton Henna Art lawa gila tak bohong. Sebijik macam mana yang aku nak dia lukis. Cantik! Harga sangat berpatutan, yang aku buat ni berharga RM70 dan bergantung pada corak juga, harga ni hanya untuk tangan sahaja. Kalau sekali dengan kaki around RM120++. Pada bakal-bakal pengantin yang nak berinai, berinailah dengan Kak Ton bolehlah contact dia through instagram _Che Ton Henna Art. Waktu ni, lepas suami aku pakai inai untuk tiga jari pada dua-dua belah tangan, dia terus ke airport ambik family dia ke rumah aku, kebetulan kapal delay alhamdulillah sempatlah inai tu kering.

 Henna Art yang aku pakai time kenduri tu.
Lepas malam berinai, barulah aku terasa serabut. Mana taknya, baru pulun orang Kedah kata, nak siapkan barang hantaran, maksud aku hiasan untuk hantaran tu. Barai guys ! Dengan pertolongan kakak, mak-mak saudara dalam pukul 2:30 pagi barulah siap barang-barang hantaran aku dan suami. Lepas selesai barang hantaran tu, aku dan suami iron baju nikah pula, sampai pukul 3:30 pagi, dan kelikpoaq pi mai pi mai pukul 4:00 pagi jugak lah baru lena.

20 Januari 2018

Aku bangun dalam pukul 6:30 pagi macam tu, terus mandi dan kena siap awal sebab akad nikah dalam pukul 10:00 pagi. Dalam pukul 8:30 pagi, aku pakai contact lens dari _Love My Ainun sebelum apply make up, as usual beli online. Serious cantik dengan harga yang berpatutan around RM35 plus banyak gift and kotak exclusive yang cantik sangat. Lens dia memang selesa dan nampak cantik. Actually, aku pakai lens ni pun atas alasan aku tak nampak,rabun. Lagipun takkanlah hang kahwin still nak pakai spec pula kan haha. Jakun orang tengok ! Pukul 9:00 pagi bermulalah sesi make up, alhamdulillah nampak natural sentuhan dari sahabat aku sendiri, Fatin Nur Afiqah. Waktu ni kawan-kawan sekolah menengah aku aka bridesmaid pun datang masa sesi make up ni. Terima kasih Salihah, Nani, Ain dan Naimah. Tak cukup kuota sebenarnya, sebab Zulaikha ada kelas dekat KUIS haha apapun maaf nah bridemaids tak sempat nak planning, tak berapa jadi bridesmaid kita waktu tu, sebab semua makcik-makcik angkat dulang hantaran aku. Sadis !


Nilah bridesmaid, sahabat akrab dunia akhirat.
Terima kasih salihah, nani, ain dan naimah. I love y'alls, muah.
Lepas beberapa seketika muncullah Diyana Afrizal, roommate lama waktu dekat asasi dulu. Alhamdulillah, terubatlah sikit rindu dekat kawan-kawan lama. Lepas siap make up terus pakai baju nikah ngan veil. Serious nampak suci ! Suami aku waktu ni dah ada dekat rumah aku, awal gila dia siap. Biasalah kan lelaki.

Kiri, Fatin Nur Afiqah aka mak andam aku waktu wedding.
Kanan, Diyana Afrizal, roommate lama aku.
Actually, depa ni jugaklah sahabat aku dunia akhirat, muah.
Lepas bersiap, tibalah masanya sesi akad nikah. Baru duduk sangat-sangat ni, tok imam terus tanya aku kenal tak siapa, sambil anak mata dia pandang adik aku. Alahai, mestilah aku kenal adik aku tu, wali aku. Aku pun cakap dekat tok imam, adik saya Muhammad Zakiman. Tok imam pun mengiyakan jea. Waktu adik aku lafaz wakalah nikah dekat tok imam, banyak pulak songeh dia, bukan main lagi tok imam ni pun. Orang gelabah dia buat lawak pula. Lepas adik aku wakilkan wali kepada tok imam, mulalah aku sebak, taktau nak kenapa dan nak cakap macam mana. Sebak yang membuatkan aku rasa nak nangis.

Then, tok imam suruh suami aku beristighfar, mengucap dua kalimah syahadah dan al-Fatihah, Alhamdulillah dia lancar dan tenang jawab semua pertanyaan tok imam tambahan dipuji lagi. Tok imam tetap dengan gelagat dia, buat lawak lagi. Mana taknya, dia sebut nama suami aku berbinkan ayah aku. Alahai! Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tepat pukul 10:39 pagi aku bergelar isteri kepada suami aku dengan sekali lafaz. Terbantut rasa sebak tu dek tok imam dok buat lawak, tapi apabila aku cium tangan mak mertua aku, pandang wajah mak aku tetiba rasa nak teriyak. Ya Allah !

Alhamdulillah, waktu ni dah dapat pangkat 'puan'.
Lepas pada akad nikah tu, mak aku awalkan kenduri. Sebenarnya dijadualkan pukul 12 tengah hari, tapi diawalkan sejam. Masa time dok bersanding tu, alahai mat saleh pulak datang ambik gambar, terkejut aku. Takpalah raikan hari bahagia bersama, hihi. Lagipun rumah tepi jalan dan depa pun suka tengok culture orang lain.

pss:// Cincin saya longgar Encik Suami, haha.
Ramai kawan-kawan aku yang datang, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan universiti yang jauh-jauh tu terima kasih ea aku sangat hargai usaha hangpa mai. Mana lagi yang kirimkan hadiah, datang bersama hadiah. Yang paling terharu, Kak Elyn mai dengan baby bump dia berdramalah aku, termenangis waktu peluk cium dia. Mana taknya, dia lah yang banyak nasihatkan aku soal perhubungan ni. Terima kasih Kak Elyn ! Seterusnya, Cikgu Marina datang dengan mak dia, Ya Allah terharunya. Lepas tu kawan kak aku, yang tolong kenduri aku iaitu Kak Aza dan Kak Yanie. Apapun terima kasih juga kepada yang datang dari jauh semua, aku sangat menghargai usaha hangpa. Antaranya, Fatin Nur Afiqah, Diyana Afrizal, Ansarullah, Farah Husna, Afiqah Nurul Asyiqin, Hanna Hamizah dan semua sekali lah yang hadir.

Dalam pukul 3:30 petang aku dan pasangan memang balik rumah kami tak jauh dari rumah mak aku, letih gila. Maaf ea kawan-kawan yang datang bila aku takdak, call atau whatsapp tak berbalas. Tuan hamba memang tak mampu menahan kantuk. Terima kasih kepada semua yang hadir dan tolong dalam menjayakan majlis tuan hamba, yang mendoakan dari jauh, yang memberi sokongan moral dan ucapan tahniah. Moga Allah membalas segala jasa kalian ! Sorry for any shortcoming from my part. Memang tak sempat nak layan semua, sorry juga kalau sambal belacan habis, haha.

Terima kasih sangat-sangat untuk Mak, Elut dan Adik Man  banyak sangat tolong, mintak maaf diri ini selalu menyusahkan semua. Terima kasih sebab selalu memahami, bagi sokongan, nasihat. Terima kasih, hanya Allah yang mampu balas jasa semua. Hanya doa yang mampu mengiringi hidup kalian.


Elut, aku dan Adik Man.
Kesayangan dunia akhirat.


Alhamdulillah selesai sudah, mudah mudahan hubungan yang dibina berkekalan selama-lamanya. Allahumma Amin

**Photographer time kenduri aku takdak sebenarnya disebabkan masing-masing ada perkara penting yang perlu diselesaikan.
** Nasihat aku untuk kawan-kawan yang nak kahwin waktu study, kahwinlah waktu cuti semester yang panjang sikit dan plan betul-betul ea. Jangan jadi macam aku, last minute preparation okay ?



Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥