Posts

Showing posts from April, 2018

PROSEDUR PERNIKAHAN

Image
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang mendekatkan kita dengan Allah Taala. Mudah mudahan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat. Entri kali ini aku nak kongsikan prosedur nikah untuk yang beragama Islam . Susah untuk nak betul-betul faham sebenarnya terutamanya yang baru nak melalui fasa pra perkahwinan ni, tapi Alhamdulillah once dah lalui fasa pra perkhahwinan dan alam perkahwinan sebenarnya mudah sahaja. Dekat sini aku akan ceritakan langkah-langkah dari kursus kahwin hinggalah ke kad kahwin yang macam IC tu. Panjang ceritanya, tapi aku mudahkan okay ? Moga bermanfaatlah untuk semua # 1 KURSUS PRA PERKAHWINAN Dikenali juga sebagai kursus kahwin. Kursus kahwin ni bolehlah rujuk dekat pejabat agama masing-masing, dekat mana dan bila boleh buat kursus kahwin sebab sometimes ada urus setia lain yang conduct kursus kahwin ni. Kalau dalam kes aku urus setia yang conduct ialah ' Lagenda Unik Enterprise ' dekat Langkawi, Kedah. Yuran u