PROSEDUR PERNIKAHAN

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah atas segala nikmat dan ujian yang mendekatkan kita dengan Allah Taala.
Mudah mudahan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat.

Entri kali ini aku nak kongsikan prosedur nikah untuk yang beragama Islam. Susah untuk nak betul-betul faham sebenarnya terutamanya yang baru nak melalui fasa pra perkahwinan ni, tapi Alhamdulillah once dah lalui fasa pra perkhahwinan dan alam perkahwinan sebenarnya mudah sahaja. Dekat sini aku akan ceritakan langkah-langkah dari kursus kahwin hinggalah ke kad kahwin yang macam IC tu. Panjang ceritanya, tapi aku mudahkan okay ? Moga bermanfaatlah untuk semua

# 1 KURSUS PRA PERKAHWINAN

Dikenali juga sebagai kursus kahwin. Kursus kahwin ni bolehlah rujuk dekat pejabat agama masing-masing, dekat mana dan bila boleh buat kursus kahwin sebab sometimes ada urus setia lain yang conduct kursus kahwin ni. Kalau dalam kes aku urus setia yang conduct ialah 'Lagenda Unik Enterprise' dekat Langkawi, Kedah. Yuran untuk kursus kahwin ni pula dalam RM70 - RM80 dan kursus ni berlangsung selama 2 hari. Kursus Kahwin ni juga tak selalunya ada, tak salah aku lah, sebulan dalam dua kali. Jadi, apa-apa better rujuk pejabat agama nah, sebab nanti pegawai yang bertugas akan lekatkan tarikh dekat sana. Dalam kursus ni, biasanya akan ada ceramah soal asas-asas dalam agama, bermula daripada bab tauhid, akhlak, ibadah, perkahwinan, kesihatan sampailah pembubaran perkahwinan. Lepas tamatnya kursus ni, kita akan dapat sijil kursus pra perkahwinan. Apabila dekat-dekat nak nikah nanti, perlu serahkan dekat pejabat agama dan pejabat agama akan cop pada sijil tu, senang cerita untuk disahkan.

** Kursus Pra Perkahwinan merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi untuk prosedur pernikahan yang seterusnya dan valid sepanjang hayat bermakna sekali seumur hidup. Andai kata nak berkahwin lagi, tak perlulah nak buat kursus kahwin lagi.

# 2 BORANG KEBENARAN NIKAH

Sistem baru-baru ni, bakal-bakal pengantin perlu isi borang nikah melalui online dan boleh didiapati dekat laman web sppim dan hanya meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan. Langkah first, bakal pengantin perlu isi online dulu, once dah settle dan yakin semua maklumat pihak lelaki dan perempuan tu betul dan tepat, barulah print. Borang ni akan ada dalam sistem selama kurang dari sebulan bermakna semua pembetulan borang boleh buat dalam tempoh kurang sebulan tu lah. Dalam borang ni lah perlu disertakan dengan sijil kursus pra perkahwinan, ujian saringan HIV, cop tok imam dan salinan-salainan yang diperlukan. Perlu diingatkan, pihak lelaki perlu settlekan borang kebenaran nikah dahulu, barulah pihak perempuan boleh proceed. Tapi dekat tempat aku, kalau dalam kariah yang sama takdak masalah nak buat sama-sama, yang masalahnya berlainan kariah ni.



Dalam kes aku, aku berkahwin dengan orang luar kariah, orang negeri Hang Tuah. Maka pihak lelaki perlu settlekan bahagian dia dulu. Apabila pihak lelaki dah settlekan borang tersebut untuk dapatkan surat kebenaran nikah pihak pengantin lelaki barulah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan. Dah complete semua borang nikah, hantar dekat pejabat agama dan akan diproses, sampailah dapat surat kebenaran nikah pihak perempuan barulah bawa kepada tok imam semula, untuk nak dealing tarikh nikah. Bayaran yang perlu dibuat dalam RM50++ (tak ingatlah pulak exact price) dan pejabat agama akan bagi satu salinan borang berwarna pink, iaitu borang kad kahwin. Simpan tau jangan buang pulak sebab kalau dapat borang pink tu bermaksud kita dan bayar fee dia.

Dan apabila dah settle akad nikah, jangan lupa mintak dekat tok imam surat perakuan nikah sementara, biasalah kan bila dah nikah ni excited sampai lupa semua benda. Surat perakuan nikah sementara ni perlu dan sangat penting tau? Sebabnya nanti kena 'tangkap basah', kita ada bukti yang kita sebenarnya dah nikah hahaha.


** Dekat sini akan bermula fasa-fasa ketidaksabaran. Fasa dimana iman hang bakal diuji. Kebiasaannya masalah dekat fasa ni, pihak perempuan lah sebab bahagian perempuan ni rumit sikit.
** Kariah mengikut alamat yang tertera dalam kad pengenalan, jadinya kena hantar borang kebenaran nikah dekat sana tau?

# 3 SIJIL NIKAH ASAL

Untuk nak dapatkan sijil nikah yang asal, pengantin perlu buat salinan surat perakuan nikah sementara dan hantar dekat pejabat agama, dan bayaran permohonan sebanyak RM20. Apabila dah settle surat nikah yang asal, pejabat agama akan bagitau pengantin melalui sms untuk ambil surat nikah dekat sana . Kalau dah sebulan, still tak dapat juga call lah ye. Tanyakan tentang sijil nikah yang asal anda. Dalam kes aku, berkurun nak tunggu sijil nikah asal. Sampai suami naik bengang, hahaha. Sabar ya encik suami. Mungkin waktu tu, banyak permohonan *husnudzon*. Akhirnya, Alhamdulillah selepas dekat dua bulan nikah, barulah dapat sijil nikah yang asal. Sijil nikah terbaru, disediakan dalam dua keping untuk lelaki dan perempuan. Nak dijadikan cerita, Allah permudahkan urusan. Aku dan suami pun serahkan sekali borang berwarna pink iaitu permohonan untuk kad nikah. Kalau bukan disebabkan pertolongan Allah, dua tiga kali jugalah naik turun pejabat agama.


# 4 KAD KAHWIN

Bukan warganegara Malaysia dan budak baru lahir jea ada kad okay, orang yang kahwin pun ada kad tau. Nak apply kad nikah ni, perlu isi borang pink yang aku dah mentionkan dekat atas tadi dan perlu meyerahkan gambar berukuran pasport sebanyak dua keping dimana gambar tu, bagi lelaki perlu bersongkok dan bagi perempuan bertudung dan menutup aurat dengan sempurna, salinan kad pengenalan dan salinan surat perakuan nikah/sijil nikah yang asal. Apa-apa pejabat agama akan bagitau nanti. InsyaAllah, sabar ea dalam menunggu, mungkin paling lama tempoh untuk dapatkan kad tu enam bulan.
Aku dan suami aku stuck di fasa akhir ni. Doakan ya, moga mudah urusan untuk dapat kad kahwin ni.
Nanti once dah dapat, aku akan update blog ni lagi.
***
Setelah tiga bulan, alhamdulillah dah dapat kad kahwin.


Kesimpulannya, nak buat prosedure perkahwinan ni kena peruntukan bajet lebih kurang bawah RM300 ye. Dan anda dinasihatkan sabar dalam menjalani proses ni. InsyaAllah, tajdid niat. Allah akan permudahkan.



Pss:// Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.





Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥