Posts

Showing posts from December, 2018

MAAFKAN AKU TUHAN

Image
Maafkan aku Tuhan, Suatu ketika dahulu Aku marah Aku gusar Dengan kehadiran Sista ovari pada rahimku Aku mempersoalkan Aku mempertikaikan Mengapa aku yang Kau uji Dan bukan orang lain? Namun tidak pernahku sedar, Bahawa hikmah telah terselit Disebalik ujian dan cabaran itu Dan sebenarnya Kau mahu Kurniakan kepada aku Sesuatu yang lebih baik Setelah titisnya air mata ini ke bumiMu Melalui ikhtiar yang kau dorongkan Melalui si tabib dan ubat-ubatan. Dan pada hari ini, Kau telah menghadiahkanku Dengan anugerah yang terindah Janin yang sedangku kandungkan ini Sunggah tak terduga oleh akal fikiranku Bahawa aku juga normal seperti kaum hawa Yang mampu m engandungkan umat Muhammad Dengan pertolonganMu dan  ujianMu Yang telah k u pertikaikan dahulu. Kelu lidahku, Tiada kata-kata yang mampuku ucapkan Melainkan dengan rasa bersyukur Atas segala nikmatMu Ya Rabb Maafkan aku Tuhan Ampuni aku Tuhan Aku adalah hambaMu Yang tidak pernah Bersyukur dan bersabar A