MAAFKAN AKU TUHAN

Maafkan aku Tuhan,
Suatu ketika dahulu
Aku marah
Aku gusar
Dengan kehadiran
Sista ovari pada rahimku
Aku mempersoalkan
Aku mempertikaikan
Mengapa aku yang Kau uji
Dan bukan orang lain?

Namun tidak pernahku sedar,
Bahawa hikmah telah terselit
Disebalik ujian dan cabaran itu
Dan sebenarnya Kau mahu
Kurniakan kepada aku
Sesuatu yang lebih baik
Setelah titisnya air mata ini ke bumiMu
Melalui ikhtiar yang kau dorongkan
Melalui si tabib dan ubat-ubatan.

Dan pada hari ini,
Kau telah menghadiahkanku
Dengan anugerah yang terindah
Janin yang sedangku kandungkan ini
Sunggah tak terduga oleh akal fikiranku
Bahawa aku juga normal seperti kaum hawa
Yang mampu mengandungkan umat Muhammad
Dengan pertolonganMu dan ujianMu
Yang telah ku pertikaikan dahulu.

Kelu lidahku,
Tiada kata-kata yang mampuku ucapkan
Melainkan dengan rasa bersyukur
Atas segala nikmatMu Ya Rabb
Maafkan aku Tuhan
Ampuni aku Tuhan
Aku adalah hambaMu
Yang tidak pernah
Bersyukur dan bersabar
Atas ujianMu
Yang paling hina
Kerna telah pertikaikan seribu satu
Kebaikan yang kau hendak hadirkan
Melalui ujian itu.

Tetapkanlah aku
Pada Engkau,
Tuhanku Yang Maha Agung.












Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥