SURAT UNTUK SUAMI ❤️
Assalamualaikum suamiku ❤️ Mudah-mudahan kamu sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Dan mudah-mudahan juga kasih sayang kita kekal sampai ke syurga dan selama-lamanya. First sekali, sayang nak ucapkan terima kasih sebab bie dah berjaya menjadi suami yang terbaik (superhubby) untuk sayang dan ayah yang terbaik (superdaddy) untuk bakal anak kita. Sejujurnya dalam hidup sayang tak pernah lagi sayang rasa sebahagia macam detik ini bersama orang yang sayang selepas keluarga sayang. Terima kasih sebab memilih untuk hadir dari first time kita bertentangan mata.🙈 Dah hampir setahun kita berumah tangga, Alhamdulillah bie tak pernah abaikan tanggungjawab bie sebagai suami bahkan bie terpaksa berkorban, kerja sungguh-sungguh untuk sayang dan bakal anak kita. Sayang tahu bie tanggung semua susah payah, penat dan letih semuanya seorang diri untuk sayang dan bakal anak kita, bie sediakan segala keperluan sayang, bie lebihkan diri sayang dan bakal anak kita sampai keperluan dan kehenda