Posts

Showing posts from March, 2019

LUAHAN BUAT SUAMI ❤️

Image
Assalamualaikum wahai suamiku. Mudah mudahan kamu senantiasa sihat Moga Tuhan sentiasa melindungimu daripada bahaya di dunia dan di akhirat 🌸 Pertama sekali, sayang nak ucapkan terima kasih banyak-banyak, sebab sampai ke hari ini bie sentiasa sabar dengan karenah dan perangai sayang yang entah apa-apa dan semakin menjadi-jadi sejak mengandung ni. Sayang tahu, sayang susah untuk kawal emosi dari hari ke hari. Sayang selalu marah-marah, cakap benda yang bukan-bukan sampai menyinggung perasaan bie. Dah macam meroyan pun ada sayang ni. Sayang tahu bie sedih, stress, tension dengan perangai sayang sampai kerja pun bie tak boleh fokus, dalam perjalanan nak pergi kerja pun bie hampir kemalangan. Malah, sampai satu tahap bie pun dah taktahu nak buat apa, dan apa yang terbaik untuk legakan dan tenangkan sayang.  Kedua, bie maafkan sayang ya sebab selalu  buatkan bie seolah-olah terbeban dengan semua masalah sayang, luahan hati sayang. Walaupun bie selalu cakap sayang tak pernah be

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Moga Tuhan sentiasa memberkati setiap usaha dan keringat kita. Mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. 🦄 Entri kali ini aku nak kongsingkan kisah perjalanan aku sebagai pelajar undang-undang. Banyak orang kata study law ni susah. Ya betul, memang tak dapat dinafikan lagi, belajar undang-undang ni agak susah. Tapi kalau dah minat semua benda tu tak mustahil bukan? Aku Atirah, Pelajar Undang-undang Tahun Dua, Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Impian aku untuk jadi peguam ni bermula sejak aku sekolah menengah lagi. Pada waktu tu, aku niat yang aku nak sangat tegakkan kebenaran dan bela nasib orang teraniaya sebab aku berdendam dengan share partner arwah ayah aku, it is a long story and nightmare of my childhood . Selain tu, aku nak sangat belajar undang-undang sebab aku taknak orang perbodohkan aku. Mak aku sokong je bila aku bagitau yang aku nak jadi lawyer . But, cikgu sekolah aku ada yang