TIPS FOR SHARIAH LAWS SUBJECT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar fakulti undang-undang.
Moga Tuhan sentiasa permudahkan urusan kita semua di dunia dan di akhirat.
Moga result kita dari satu semester ke satu semester ada peningkatannya.
Allahumma Amin ๐Ÿ™ˆ

Entri kali ini, aku nak kongsikan tips untuk study dan score subjek Shariah. InsyaAllah kita semua akan lulus dengan cemerlang. Memandangkan aku ambik Shariah Laws dekat UIA, mungkin berat sikit disebabkan subjek Shariah ni dalam Bahasa Arab. Tapi jangan risau, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih bukan? Jujur aku cakap, study Shariah dalam Bahasa Arab ni enjoy gila sebab kita akan appreciate khilaf ulama' dan yang paling best,kita akan tahu sesuatu hukum dengan lebih mendalam walaupun agak susah pada awalnya.

Jadi benda first yang kita kena buat sebelum exam, is attending classes lah kan? Dalam kelas, tips aku adalah fokus dan tulis apa yang lecturer tu ajar. Kekadang lecturer tu akan bagi contoh atau kekadang dia cuma simplify perenggan yang panjang tu dalam ayat yang mudah. Jadi nanti, bila nak study balik memang mudah sebab bila kita baca balik, apa yang kita tulis dari lecture tu, confirm dia akan related dengan apa yang lecturer ajar, barulah dapat tangkap kesinambungannya. Kalau memang tak faham juga, tanyalah dalam tutorial ya?

Tips ni apa yang aku buat daripada sekolah menengah which is aku belajar semua subjek agama dalam bahasa Arab sampailah ke alam universiti ni. Dan ini jugalah apa yang cikgu sekolah menengah train students dekat sekolah dulu-dulu. Terima kasih ya cikgu-cikgu Maktab Mahmud Langkawi. Lagi satu, aku bukanlah student yang belajar 24/7. Aku ni jenis study last minutes dekat dengan final exam baru nak study. Dan apa yang aku buat untuk prepare for final is faham gist semua topik sesuatu subjek tu. Even aku ni study last minutes, tapi ada juga benda yang aku kena prepare awal. Antaranya, menghafal dan note semua tu, memang kena prepare awal. Jadi dekat bawah ni, aku akan kongsikan sedikit tips mudah dan simple.

Antara tips untuk score dengan mudah adalah:

#1 Ingat semua dalil Quran dan Hadith untuk setiap topik.

Dalam menghafal dalil Quran dan Hadith, antara tips untuk cepat ingat:
1) Tulis balik Quran dan Hadith.
2) Kemudian menghafal dan tengok tulisan sendiri.
3) Bulatkan perkataan yang kita mudah/sering lupa.
* Tips dari suami tercinta, khas dari DQ*

Waktu untuk menghafal seelok-eloknya lepas Subuh dan mengulang boleh dibuat pada waktu petang.
Dalil Quran dan Hadith dalam subjek Shariah memang sangat-sangat penting. Sama ada kita sedar ataupun tak, kebanyakan rukun akan di'establish' dari dalil nas tu lah. Lagi satu, ayat Quran dan Hadith tak boleh goreng tau rakan-rakan. Maka hafal lah awal-awal !

#2 Buat nota mudah especially untuk pandangan para ulama'.

Dalam subjek Shariah, khilaf ulama' ni adalah sangat penting. Biasakan diri dengan menghafal nama ulama' in detail untuk score markah lebih, selain dari meletakkan pandangan itu secara general sebagai contoh ู‚ูˆู„ ุงู„ุฃูˆู„ . Kalau lupa tu lain ceritalah, tu dah jadi case terpaksa.
Dalam buat nota, biasakan diri untuk asingkan pendapat-pendapat ulama'. Elakkan daripada sekadar meng'highlight' point tanpa menulis secara berasingan. Bahaya rakan-rakan ! Pendapat ulama' ni bukanlah sikit guys, tapi boleh dikatakan beribu. Yang paling utama adalah gist dalam pendapat tu, tak perlulah menghafal satu persatu ayat kitab.

#3 Ingat takrif dalam lughah dan istilah.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah takrif atau definisi dari sudut lughah dan istilah. Lebih-lebih lagi, kalau takrif itu dari ulama'. Kalau dalam case ni, mahu tak mahu kenalah hafal sebijik-sebijik macam dalam kitab.

#4 Faham bukan menghafal.

Perlu diingatkan, apa yang lecturer expect dari student ialah kefahaman dan mengaplikasikan ilmu. Bukan semata-mata menghafal tanpa memahami. Jangan takut untuk menjawab soalan menggunakan ayat sendiri ya rakan-rakan? Tapi pastikan grammar cantik tau?

#5 Letakkan pendapat rajih dan pandangan kita.

Apabila dah letak khilaf ulamak, concludekan dengan pendapat rajih. Kemudian sertakan pandangan kita dalam menyokong atau menolak pendapat rajih dan disokong oleh hujjah. Kalau nak kaitkan dengan isu semasa adalah dialu-alukan.

Tips untuk Bahasa Arab

Aku pun taklah hebat mana pun dalam bahasa Arab, kalau cakap pun broken. Don't worry guys! Apa yang penting dalam exam ialah penulisan. Dan benda yang memang kita kena alert ialah grammar. Bukanlah aku maksudkan speaking tak payah bagi perhatian ya? Jadi dalam penulisan ni, biarlah ayat simple tapi jangan lupa usaha untuk cantikkan grammar. InsyaAllah ayat kita akan nice and simple yang paling penting mudah difahami.. Lagipun bahasa Arab ni, mahu tak mahu memang kena biasakan diri dengan penggunaan istilah yang sesuai, tak boleh main hentam-hentam je. Jadi apa yang boleh kita buat selain dari belajar dan terus belajar bukan?

Pss// Alhamdulillah, aku sekarang dah 2nd Year, 2nd Semester (sepatutnya 3rd Year,  1st Semester) ๐Ÿคญ jadi hanya berbaki lagi dua subjek Shariah. Lain orang, lain teknik belajar dia bukan? Jadi aku hanya kongsikan tips apa yang aku buat apabila nak exam sebab aku jenis manusia yang kena tengok tulisan sendiri berbanding dengan tulisan dalam buku. Aku harap, mudah-mudahan tips ini bermanfaat untuk semua ya? Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen.


Rakan seperjuangan fakulti undang-undang,
Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL) ๐ŸŽ“


Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ