Posts

Showing posts from July, 2021

ALHAMDULILLAH, I GRADUATED πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πŸ‘‹πŸΌ Entri kali ini, merupakan antara entri yang  bermakna buat diriku dan seluruh orang yang menyaksikan perjuanganku dimana aku telah berjuang selama enam tahun (1.5 tahun di Asasi + 4.5 tahun di Ijazah Perundangan) untuk memperoleh segulung ijazah, LLB (Hons) ⚖️ dengan pertolonganMu ya Rabb ❤️  Dengan izin Allah, Alhamdulillah dapatlah aku jejak kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini. Dengan kasih sayang Allah jugalah, Alhamdulillah aku dapat tamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang/LLB (Hons). Rabu;14/7/2021 Result semester akhir aku akan keluar lebih kurang dua minggu lagi. Gementar di dada hanya Allah sahaja yang tahu. Aku tak henti dari hari ke hari membuka laman sesawang i-Ma'luum untuk melihat sama ada 'carry mark' sudah terupload ataupun tidak dengan harapan supaya aku lulus semua subjek. Ada enam subjek namun hanya dua subjek yang telah dimuatnaik oleh pensyarah. Ya Rabb aku berharap aku lulus semester ini, h...

OH MY COVID VACCINE πŸ’‰

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan yang tak terhingga. Entri kali ini aku nak ceritakan perjalanan vaksinasi aku dan suami. So sweet kan ? Sebab daftar dan dapat tarikh sekali weh untuk vaksinasi 😍 Pada mulanya kami memang takmau ambik vaksin sebab risau macam-macam dengan cerita orang such as komplikasi selepas dos yang kedua. But, kami decide untuk ambik vaksin lepas dapat tahu salah satu SOP untuk solat Jumaat di Negeri Kedah, individu tu mestilah dah ambik suntikan vaksin. Kemurungan ya Allah suamiku sebab dah lama tak pergi solat Jumaat 😒 Sebab daripada tu lah, aku dan suami pun tergerak hati untuk daftar vaksin. Senang nak buat apa-apa urusan nanti ! Petang, 9 Julai 2021 Kami, suami isteri pakat daftar masing-masing through apps MySejahtera. Memang mudah gila nak daftarkan vaksin ni, dan tak sampai 5 minit kalau buat dengan betul πŸ€— Aku buat alhamdulillah dah didaftarkan. Tapi, suami aku, sebaliknya lahai. Dia cakap tak boleh ler...

JERUK PETAI πŸ’š

Image
Hi Assalamualaikum Moga Tuhan sentiasa merahmati kita❤️ Entri kali ini, insyaAllah aku nak kongsikan cara-cara untuk membuat jeruk petai semudah ABC dengan hanya 5 langkah  😍 (taklah mudah jugak sebab susah nak kupas petai ni) Ni aku ambik gambar pada hari kedua, selepas aku buat jeruk petai πŸ˜‚ Alkisah aku terdetik nak buat jeruk petai ni sebab kulit petai yang kawan suami aku bagi dah naik hitam weh. Tapi bila kopek isi dalam dia, alhamdulillah elok lagi. Aku ni jenis sayang makanan, sayang nak buang, then inilah salah satu asbab aku nak buat jeruk πŸ˜‚ Lepas tu, aku ada mention yang susah nak kopek kulit petai tu tadi. Ceritanya, acah tahu nak buat jeruk petai tanpa tengok resipi dari Google. Sekali lepas buat, baru nak tengok resepi ha, most orang dia celur dulu petai tu, barulah senang nak penyet keluar biji petai. Aku tak wehπŸ˜‚ aku kopek petai, rendam seketika terus buat jeruk. Tapi takpalah in one week times, tengoklah apa jadi kat jeruk petai aku yang tak celur tu sebab most ...

TENAK πŸ₯—

Image
Hi Assalamualaikum semua Moga Tuhan sentiasa merahmati kita semua 🌺 InsyaAllah, entri kali ni aku nak share satu resipi iaitu tenak. Tenak tu apa? Mesti tak pernah dengar kan? πŸ˜‚ Relaks guys, I'm here to tell you about tenak πŸ˜‚  Basically, tenak ni salah satu makanan masyarakat Melayu Burma. Tenak ni senang cerita macam kimchi tu, sebab sayur like kubis panjang campur dengan sambal, but ada lain sikit dari cara penyediaannya. Mesti ada tertanya-tanya macam dari mana aku tau resepi ni kan? πŸ˜‚  Aku ni ada lah sikit berketurunan Burma sebelah mak aku, so aku ada lah belajar sikit pasal makanan Melayu Burma ni. Ni lah rupa tenaka tu guys. Rasa ada πŸ˜‚ tapi taklah macam orang sana buat, pekat sikit kuah dia  (macam warna merah kehitaman sikit which is sambal depa mang garing gila) Btw, aku letak kubis ngan kacang panjang jer sebab semua sayur yang boleh letak tu takdak. Al maklumlah PKP kan πŸ˜† Jom aku nak kongsikan resepi tenak ni. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Sayur-sayuran...

UNOFFICIAL GRADUATED πŸŽ“

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Moga kita semua sentiasa sihat dan dilindungi Allah πŸ’“ InsyaAllah entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman sewaktu di tahun akhir sebagai mahasiswa International Islamic University Malaysia πŸ˜…  Sebelum tu, Alhamdulillah ya Allah atas segala kurniaMu buatku yang dah semakin hampir ke garisan penamat. Tanpa bantuan dariMu, tak mungkin aku berada dalam situasi sekarang. Alhamdulillah ya Rabb 🀲🏻 Setelah berhempas pulas,membanting tulang + keeingat. Alhamdulillah rasa puas hati ya Allah ❤️ Tak jadi lawyer pun takpa,asalkan habis belajar😁 Alhamdulillah, ni muka sejurus habis jawab final paper Evidence II. Muka berminyak, mata nak terkatup sebab otak penat ! Yang penting tak tidoq malam weh, sebab takut terlepas exam πŸ˜…πŸ˜‚ Okay, jom ! Aku nak mula bercerita.. Kelas macam biasa masih lagi 'online learning' dan masih lagi penggunaan Data macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni Digi RM15/month + tebus hari-hari data free oleh Kerajaan. A...