Posts

Showing posts from February, 2018

ATIRAH & AZREE'S SOLEMNIZATION

Image
Assalamualaikum semua. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Mudah-mudahan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat. Mrs Azree aka Puan Nora  Alhamdulillah selesai sudah majlis pernikahan aku dan suami yang berlangsung pada 20 Januari 2018, bertempat di Kampung Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah iaitu kediaman aku sendiri. Entri kali ni aku nak kongsikan sedikit pengalaman kenduri kahwin aku yang agak penuh dengan ujian dan alhamdulillah selepas selesai tu masing-masing tarik nafas lega. Dicadangkan nak 'publish' blog ni setelah sebulan perkahwinan, tapi apakan daya 'busy' memanjang jadi terlewatlah dua hari. Sebelum bercerita tentang pengalaman nikah aku dan suami, aku nak throwback gambar kad kahwin, sebab aku masih tak boleh move on lagi dengan kad kahwin yang sangat memenuhi impian dan cita rasa aku. Sebenarnya, aku yang nak buat kad kahwin bertemakan  airlines. Impian ni dah lama  s ebelum aku kenal dengan suami aku lagi, memang

SEBETULNYA KAU SALAH

Image
Tika kau ingin menandingi Orang yang tinggi grednya Orang yang rajin tingkahnya Orang yang berjaya hidupnya Orang yang banyak ringgitnya Kau lupa Dan sebenarnya kau salah Dengar, bilang aku Kau salah. Buka matamu duhai kau Bukan orang yang tinggi grednya itu Saingan kau sebetulnya Bukan dia duhai kau yang ingin bersaing. Akan tetapi Dirimu sendiri Dengar, bilang aku Dirimu sendiri persainganmu Dirimu sendiri musuhmu dalam diam Kalahkan nafsumu Menangkan akal dan peganganmu Dengan kehendak Sang Pencipta Kau pasti akan berjaya !

6:16 PM, 9 FEBRUARI 2018

Image
Sore sudah beransur hilang Malam bakal menjelma Kicauan burung hanya sekali ku dengar Tiada kedua atau ketiga kalinya. Begitu juga dengan pendirian hatiku Detik ini Suamiku hanya yang satu dia hatiku Tiada kedua mahupun ketiga Ku harap kau juga begitu, kekasihku.

SUAMIKU TERCINTA ❤️

Image
Assalamualaikum semua. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Mudah mudahan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat 🌸 Entri kali ini, aku nak kongsikan sebab kenapa si dia terpilih sebagai teman hidup aku dunia akhirat, InsyaAllah. Setiap lelaki dia ada cara tersendiri untuk membahagiakan kekasih hatinya. Mungkin dengan kejutan, hadiah-hadiah dan macam-macam lagi. Same goes to my husband, he has his own ways to make me happy. Pasti semua kawan-kawan aku tertanya tanya kenapa dia juga yang aku pilih sebagai ayah kepada anak anak aku, mungkin ada yang rasa aku ni high taste. Sebenarnya, tidak sesama sekali okay. Here, the reason why. Waktu  mula-mula kenal dialah satu-satunya manusia yang tackle aku dengan cara yang paling sopan. Nampak gentlemen dan tenang ! Dia senyap jea, relaks orangnya. Dan pada waktu mula-mula kenal pun dia dah menjaga solat, fuh rasa lega bila dapat tahu. Waktu first date, he told me that dia nak pergi rumah nak jumpa dengan parents aku, sebab