SUAMIKU TERCINTA ❤️

Assalamualaikum semua.
Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Mudah mudahan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat 🌸
Entri kali ini, aku nak kongsikan sebab kenapa si dia terpilih sebagai teman hidup aku dunia akhirat, InsyaAllah.

Setiap lelaki dia ada cara tersendiri untuk membahagiakan kekasih hatinya. Mungkin dengan kejutan, hadiah-hadiah dan macam-macam lagi. Same goes to my husband, he has his own ways to make me happy. Pasti semua kawan-kawan aku tertanya tanya kenapa dia juga yang aku pilih sebagai ayah kepada anak anak aku, mungkin ada yang rasa aku ni high taste. Sebenarnya, tidak sesama sekali okay. Here, the reason why.

Waktu  mula-mula kenal dialah satu-satunya manusia yang tackle aku dengan cara yang paling sopan. Nampak gentlemen dan tenang ! Dia senyap jea, relaks orangnya. Dan pada waktu mula-mula kenal pun dia dah menjaga solat, fuh rasa lega bila dapat tahu. Waktu first date, he told me that dia nak pergi rumah nak jumpa dengan parents aku, sebab nak bawa aku keluar. I told him, takpayahlah kita jumpa dekat luar. But, he said mak dia cakap kalau nak kenal dengan anak dara orang kena pergi rumah. From that moment, aku observelah yang dia ni patuh dekat mak dia. That's relief ! Then, waktu keluar pun waktu solat dia jaga dan hantar aku sebelum isyak. Don't be confuse yang ni Islamic couple okay, we're not in that term. Tibalah, waktu mak aku serious dengan dia. Yang mak aku sampaikan hasrat nak kami berdua ni nikah. Aku nampak wajah dia cuak gila, aku pun taktau kenapa. Dalam diam dia plan dengan mak aku awal tahun 2018. That time, aku rasa ya Allah seriousnya lelaki ni. Jujur, Allah saja yang tau apa yang aku rasa. Ingatkan dah takdak lelaki dalam dunia ni, mana taknya sebelum ni banyak orang yang aku try get into tak impress aku pun dengan sifat kelelakian, aku yang rasa aku ni pula macam lelaki. Mungkin ni namanya jodoh kan ?  Syukur dapat peluang untuk kenal si dia. Dia ni selalu tunai kata-kata dia dan tepati masa kalau nak dibandingkan dengan aku jauh sekali.

Dalam setiap hubungan tak semua indah. Kami pun mengalami fasa-fasa ujian hebat.
Around April 2017, kata doktor berkemungkinan aku terkena breast cancer. I told my mom, and 1 told him that time. Tak semua yang tahu, only beberapa orang kawan jea. At that time aku cakap dekat dia, tinggalkanlah aku. And that time he said, no matter what dia akan stay sampai bila-bila. Waktu tu aku rasa ujian apakah ya Allah. Aku nak nikah, nak ada zuriat and so on. That time, dia tau kata aku sakit, dia balik ke Langkawi ambil ubat kampung untuk aku. Sanggup ! He's my hero dunia and akhirat 🌸 But Alhamdulillah, aku cuma terkena cyst macam tulah. Tapi stay kena jaga, bisalah sekali terkena mesti kena berjaga-jaga. Apa yang aku realize, ujian yang Allah bagi tu nak aku nampak siapa yang ada waktu susah aku. Alhamdulillah, si dia, keluarga and beberapa orang kawan-kawan.

Sekalipun dalam hidup aku, tak pernahlah dia bagi barang mewah sebelum aku jadi isteri dia. Tapi apa yang specialnya suami aku ni, dia akan sediakan semua keperluan aku especially waktu aku study. Obvious gila ! Aku bukan ada bantal pun waktu mula-mula datang, first semester of first year. Mana taknya, hang bayanglah bila mana hang nak usung bantal nak naik kapal terbang. Aku pun tak pernah tau area gombak, nak shopping barangan pun taktau. Lainlah kalau PJ, dekat dengan Jaya One. Jadinya satu sem jugalah, aku ni berbantalkan lengan, sedih hidup perantau ni weh ! So naik sem baru, dia ambik aku dekat KLIA dia bawak bantal, dia bawak juga payung sebab waktu tu musim hujan, dia bagi siap dengan penyidai pakaian. Hang rasa ? Dah macam mak mak dah suami aku ni. Then, waktu dia melawat aku, dia bawa buah mangga sekali dengan pisau, atas alasan boleh lah aku potong buah-buahan lepas ni, sebab dia tahu aku bukan jenis yang peka pun bab bab keperluan.

Then, mak aku bangga dengan dia. Sebab, mak aku cakap jarang orang kerja tak sampai setahun boleh nikah cepat macam ni. Alhamdulillah, dia pegang janji dia. And he supported his family nak sampai ke sini. Allahu, kalau aku taklah sampai tahap macam tu. Kalau ditanya, dia cakap dekat aku yang dia rasa tanggungjawab, sebab tu dia tunaikan apa yang perlu. Pabila dah nikah, you know what semua kerja rumah dia buat. Aku ni macam permaisuri jea rasa ! And from time to time I realized that dia sayang diri aku lebih dari dia sayang diri dia sendiri dan lebih dari aku sayang diri aku sendiri.

Baru-baru ni, betapa carelessnya aku waktu balik rumah mertua. Aku tinggal spec dalam bas. Ya Tuhan, tu nyawa aku waktu study. Beberapa minit lepas turun bas, aku baru sedar yang aku takdak spec. Aku dah gelabah ! Bapak, kena marah pula lepas ni. Memang kena marahlah jawabnya. Tapi marah yang biasa biasa sebab sebelum turun bas dalam 0530, mestilah mengantuk gila, so kelam kabutlah bila nak turun bas. Tapi aku dah check, dah ambil botol hundred plus, tak rasa pula spec dekat mana.
Ni spec yang buat perangai malam tu, kesian dekat husband i.

Bila dah tau tu, dia terus call company bas tu Cepat Ekspress. Alhamdulillah, dapat contact ngan driver tu then setelah berbincang thru phone malam aku nak balik universiti dia pergi ambil spec aku dalam pukul 2230 malam. Waktu tu aku rasa bersalah gila, dah lah pergi naik motosikal, kena exit tol Pedas pula tu nak patah balik kena lalu jalan jauh ! Berdosanya rasa susahkan suami.
So, nilah antara sebab kenapa aku pilih dia sebagai teman hidup dunia akhirat.

** For those yang masih mencari, carilah yang beragama. Bukan perlu bersongkok serban bagai, cumanya yang tahu batas dan tahu beza antara halal dan haram, yang menjaga solat dan hubungan antara makhluk dan Tuhan. Utamakanlah syarat agama daripada empat yang dimentionkan dalam hadith. InsyaAllah dengan agama ni, kita dapat memiliki dunia akhirat. Lepastu, biarlah orang sayang kita lebih daripada kita sayang diri kita sendiri. Perlu di highlightkan, aku bukan acah ustazah cumanya nak share kelainan yang aku rasa. Hihi 🌸

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥