Posts

Showing posts from August, 2019

26/8/2019; ❤️

Image
Duhai suamiku, Terima kasih atas setiap pengorbanan yang telah kamu korbankan untuk keluarga kecil kita Kamu terpaksa bangun awal pagi dikala manusia masih asyik melayari bahtera di alam mimpi. Terima kasih atas segala titik peluh kamu yang telah jatuh ke bumi Tuhan ini demi sesuap nasi keluarga kecil kita Kamu terpaksa bekerja dalam suasana panas, hujan, ribut dan petir yang bahkan membahayakan nyawamu sendiri. Terima kasih atas segala penat lelah yang tak berbayar demi membahagiakan anak dan isteri. Dimana hari ini kamu tak cukup tidur dan rehat demi munculkan diri di pulau yang penuh sejarah kita. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikanmu Saya sayang kamu, suamiku ❤️

DEPO-PROVERA? OMG ๐Ÿ˜ฑ

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Moga kita senantiasa berada dalam nikmat sihat dan iman๐ŸŒผ InsyaAllah entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dalam family planning by using contraceptive injection; depo-provera. Apa itu suntikan depo-provera? Dalam bahasa mudah, depo-provera adalah sejenis suntikan untuk merancang kehamilan selain daripada penggunaan pil, implan dan IUCD. Satu suntikan mampu bertahan selama tiga bulan. Untuk maklumat lanjut, bolehlah klik di sini ๐Ÿ”น Perancang Keluarga ๐Ÿ”น ๐ŸŒผ Nilah rupa depo-provera. ๐ŸŒผ Akan disuntik di lengan/punggung. ๐ŸŒผ Tiga bulan sekali (which is mean satu suntikan mampu bertahan tiga bulan)  Kisahnya bermula pada 17/6/2019 iaitu semasa aku ke klinik untuk check up Noah, nurse tanya aku sama ada aku dah fikir ke untuk perancangan keluarga. Dengan spontannya, aku cakap aku nak cucuk. Then, nurse tu cakap dekat aku baguslah sebab tu yang paling senang. Hari tu jugak aku ambik suntikan depo-provera dekat punggung. Nurse a...

NOAH'S FIRST THREE MONTHS CHECK UP๐Ÿ’‰

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apa khabar semua? Moga Allah senantiasa merahmati kita semua ๐ŸŒผ Entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman tiga bulan pertama check up baby Noah, memandangkan bulan keempat Noah akan rehat sekejab daripada injection ๐Ÿ˜Œ tapi still kena ke klinik untuk timbang berat dia. Bulan Pertama; 17/6/2019 - 14:00 Klinik Desa Ulu Melaka Hari ni merupakan hari ke-41 aku berpantang iaitu minggu ke-6 selepas aku bersalin. Petang tu, aku dan mak aku bawak Noah pergi ke klinik desa Ulu Melaka. Setibanya di klinik, aku kena check urine, timbang berat, check tekanan darah dan check haemoglobin. Manakala, Noah pulak nurse check tinggi, berat dan lilitan kepala. Petang tu, bukan baby Noah je yang akan kena inject, aku pun kena inject tau. Injection perancang kehamilan๐Ÿ’‰ Rasa kena cucuk tu macam biasa je, tapi kena cucuk dekat bontot lah. Kenapa aku pilih injection? Sebab ini cara paling mudah nurse suggest memandangkan aku nak sambung study lagi. Takut-ta...

OH MY CONFINEMENT ๐Ÿ˜ฑ

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Moga Allah senantiasa merahmati kita semua๐Ÿ™ˆ Alhamdulillah, harini merupakan hari yang ke-100 selepas melahirkan Noah. Jadi, InsyaAllah entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman berpantang aku yang pertama. Sejurus melahirkan, maka bermulalah tempoh berpantang. Fasa ni lah fasa paling getir dan sukar dalam hidup. Tambah pulak, aku jenis yang kuat makan. Satu perkataan untuk berpantang; merana ๐Ÿ˜‚ Jadi aku nak share sikit lah, do and don't during confinement ni. Antara perkara-perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan sewaktu berpantang ialah: #1 Pemakanan Antara makanan yang tak boleh dimakan adalah ❁ Makanan sejuk dan berangin seperti timun๐Ÿฅ’, anggur ๐Ÿ‡, kekacang ๐Ÿฅœ Pss:// Disebabkan buah anggur ni lah aku tak bercakap dengan mak aku tiga hari. Mana taknya, meroyan nak makan anggur, kena marah-marah dengan mak aku. Hati-hati ya berpantang. ❁ Minuman berais Pss:// Kalau nak jaga perut mak aku pesan, pantang ais ni se...

PENGALAMAN BERURUT SELEPAS PANTANG ๐Ÿคฉ

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mudah mudahan Allah sentiasa murahkan rezeki kita semua ๐ŸŒผ Entri kali ini, aku nak kongsi sedikit pengalaman aku berurut selepas bersalin. Macam aku ceritakan pada entri sebelum ni, aku tak berurut sejurus selepas bersalin/semasa berpantang atas dua sebab: 1) Episiotomy Aku kan kena jahit di bahagian tu. Adat keluarga kami turun temurun, kalau bahagian tu dijahit maka lambatlah sikit proses mengurut. Kira-kira minggu yang ketiga selepas bersalin barulah mak bidan akan mengurut. Sebab kami lebih menumpukan pijak sum(pijak mengunci) daripada berurut biasa. Cuba bayangkan kalau pijak awal-awal mau tertetas balik benang yg dijahit pada bahagian tu๐Ÿ˜… 2) Mak bidan pregnant first trimester. Disebabkan kandungan mak bidan masih baru lagi, aku decide untuk berurut lepas pantang. Faham faham je lah, kalau orang mula-mula pregnant ni letih teruk guys! First sekali, aku nak perkenalkan bidan yang mengurut aku. Mak bidan ni merupakan pupu poyang sebela...

PETUA MERAWAT CACING SUSU ๐ŸŒฟ

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Moga Allah senantiasa mempermudahkan urusan kita semua ๐ŸŒผ Entri kali ini, aku nak kongsikan sedikit petua mak aku untuk merawat cacing susu. Alkisahnya, Noah setiap bulan, terutamanya sewaktu dia nak beralih bulan/nak masuk bulan baru dia selalu kena cacing susu. Jadi, as a solutiom mak aku selalu mandikan noah dengan air daun nona memandangkan mudah untuk didapati, belakang rumah je guys๐Ÿคญ Sebelum aku bercerita panjang lebar, mari kita berkenalan dulu dengan penyakit cacing ni. Apa itu cacing susu? Selalunya, orang selalu cakap pakai kasut, nanti cacing! Tapi macam mana baby boleh kena cacing sedangkan baby mana boleh berjalan bukan? Okay, kecacingan ini boleh terjadi disebabkan oleh persekitaran yang kotor dan pemakanan yang tidak bersih. Dalam kes baby Noah ni, mak aku cakap mungkin orang sekeliling Noah ni, mulut tak bersih kemudian cium Noah dan mungkin jugak boleh terkena dari susu tu sendiri. ** Info lanjut bolehlah rujuk  Anak...

HOW TO GET A REFUND FROM SHOPEE ๐Ÿ’ธ

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera Moga Allah senantiasa mempermudahkan urusan kita semua ๐Ÿ’• Entri kali ini aku nak share step by step, macam mana nak dapat refund balik dari Shopee. Memandangkan sekarang ni, aku tengah layan Shopee and bershopping barang RM 1 di Shopee, Shocking Sale katakan ๐Ÿคญ Yang nak boleh dijadikan cerita, aku excited gila menunggu bracelet dari China, tetiba tergerak hati nak contact seller sebab aku nak tanya bila dia nak post barang aku memandangkan dekat profile dia ada tertulis yang shop ni fast delivery within 1-2 days. Tapi dah lebih dua hari masih takdak khabar berita. Bila chat, seller tu kata barang yang aku nak tu dah habis stock dan dia mintak aku untuk cancel order. Bila kita nak cancel order, hangpa semua pergi ke 'To Ship' and click dekat 'Cancel Order'. Nanti dia akan keluar window, hangpa kena state reason such as seller tak jawab pertanyaan kita ka, kita nak modify ka, lain-lain/ubah fikiran. Senang cerita...