21/1, ATIRAH'S HERO ❤️

Assalamualaikum.
Moga Allah permudahkan urusan kita.
Mudah mudahan kita semua bahagia di dunia dan di akhirat 🌸

Ramai yang cakap dekat aku jodoh jatuh dari langit, ramai juga yang selalu tanya macam mana boleh kenal. InsyaAllah, akanku kongsikan senaskah takdir Tuhan ini.

Kronologi pertemuaan:

20/10/2016, Khamis.
-
Around magrib macam tu, one of my friends Nurul Asilah, she told me that ada seorang akak perlukan staff nak buka cafe dekat kolej tepi airport. Disebabkan, nak cari duit lebih untuk duit poket universiti nanti, aku pun chatlah Kak Elyn untuk tanya kerja.
And aku pun bagitau mak aku. Mak cakap kerja jea lah and she said 'jaga adik, nanti 'melekat' pula.' Immediately, aku pun chatlah Kak Elyn, alhamdulillah murah rezeki.

27/10/2016, Khamis.
-
Dalam pagi macam tu Kak Elyn ajak pergi tengok cafe, set up barang cafe serious tak tipu berdebar. Mana taknya, manalah aku pernah kerja dekat cafe, lepastu ramai lelaki pulak tu. Takpa, niat asal nak cari duit poket. Lepas dah siap kemas barang masukkan barang dalam cafe, malam tu Kak Elyn cadangkan untuk buka cafe esok, nak tengok sambutan macam mana so aku pun on jea lah.

28/10/2016, Jumaat.
-
That day, kami pun startlah buka cafe. Alhamdulillah semua okay. But, depa cakap aku bancuh air manis. Haha

Before 6/12/2016 ( Ralat, sebab tak ingat tarikh )
-
Panjang ceritanya, jadi aku pendekkanlah. Alkisah bermulanya, ada seorang student ni, dia cakap dekat aku around 8:30 pagi to 9:30 pagi, tak ingat exact time, 'wei aku lapar ni, duit tinggal dekat atas nak karipap RM1 nanti aku bayar.' Aku pun bagilah. Student tadi datanglah dekat aku, dia bayar then mulalah tanya aku, kenapa tak sambung study, berapa umur dan sebagainya. Aku pun cakap tengah cuti sem, so dia pun busy pulak tanya belajar mana. Bila aku cakap, UIA then ada lagi student tetiba datang dan tanya pasal UIA. Dekat sini mulanya, pertemuan antara aku dan dia. Dah tau UIA, ajak aku bercakap arab. At that time, hanya Allah yang tau betapa berdebarnya jantung aku, bila tertatap mata gitu. Tapi aku act acah cool, even macam nak terkeluar jantung ni. Lepas pada approach tu setiap kali datang dan balik kolej, dia menyapa aku dalam bahasa Arab dari hari ke hari. Bagi aku he's so amazing, nak dipendekkan cerita lepas pertemuaan untuk beberapa ketika tu aku langsung tak nampak dia. Serious tak !

6/12/2016, Selasa.
-
At that time, masa tu lunch time kalau tak silap, tetiba dia muncul. Aku pun cakaplah dekat dia, dah dapat tawaran U so intake bulan Januari. Dia pun cakap, 'savelah nombor saya, nanti bila dekat UIA boleh lah roger kalau ada apa-apa.' Aku pun tak fikir lain, mungkin dia nak tolong aku dalam study maka aku pun tak cakap banyak terus bagi phone. Lepas lunch tu, aku terfikir nak chat ke tak. Sampailah lepas asar around 6:22 petang aku decide untuk chat dia. At that moment bermulalah bibit-bibit rasa tu.

9/12/2016, Jumaat.
-
Moment paling sedih, bila dia nak balik Melaka rasa macam tak kena taktau kenapa. Sedih ! Rasa macam ala jauhnya, mungkin waktu tu Allah dah buka pintu hati aku untuk dia.

12/12/2016, Isnin.
-
At that time, waktu malidur rasul. Alhamdulillah dia melamar aku.
'InsyaAllah hubungan ni dijaga sampai jannah, saling nasihat menasihati.'

1/1/2017, Ahad.
-
That day, our first date. Dengar nasihat Kak Elyn, alhamdulillah semua okay. Bila dia sampai rumah, aku takut sebenarnya. Takut mak aku marah, haha al-maklumlah tak pernah bawak lelaki yang istimewa dekat rumah. Apa yang aku fikir tu sebaliknya, mak dan keluarga aku terima dia seadanya.. Alhamdulillah, seolah olah dipermudahkan. Agar terus dipermudahkan.

20/1/2018, Sabtu.
-
Tepat 10:39 pagi aku sah bergelar isteri kepada Mohd Azree bin Abu dengan sekali lafaz, Alhamdulillah.

* Nurul Asilah, Kak Elyn, Nurul Assyifaq and Nur Salihah. Thanks for witnessing what happened between us. Terima kasih atas semua nasihat dan doa kalian. Appreciate !

Bie, this is your present for your birthday.
Selamat Hari Jadi yang ke 25
Moga Allah sentiasa murahkan rezeki, kurniakan kesihatan yang baik,
Dan selamat mendidik keluarga kita.
Allahumma amin 🌸

Alhamdulillah sesungguhnya Allah tu menggantikan setiap kesusahan dengan yang lebih baik buat kita. Moral dari pengalaman aku, apa pun kalau pengharapan soal hati perasaan mohonlah dekat Tuhan. Insyaallah yang baik pasti menanti 🌸

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥