HOW TO APPLY LEAVE OF ABSENCE / STUDY LEAVE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Moga Tuhan sentiasa permudahkan urusan kita semua, Amin ๐Ÿ™ˆ

Entri kali ni aku nak kongsi, langkah-langkah untuk nak apply study leave but ni hanya untuk UIA je lah, yg universiti lain aku taktau. Sorry yer!

Awal bulan dua, aku ada apply study leave atas alasan maternity lah, which is masa tu aku dah lima bulan pregnant. The reason why aku apply awal, first sebab faktor pemakanan yg sangat susah dapat dekat UIA and second, nak elak stress. Jadi antara step-step nak apply study leave as below:

#1 Pergi ke General Office AIKOL, 3rd Floor / Download form through Online.

Dekat GO, pergi ke kaunter cakap dekat akak tu saya nak apply study leave. Nanti akak tu akan tanya sebab then dia akan kasi borang, warna kuning. Borang tu, kena isi then perlu disertakan dengan dokumen sokongan dan surat rasmi kepada dean yg menyatakan kita nak study leave. Lepas dah lengkapkan form dan dokumen sokongan hantar dekat situ balik ya.

*Dalam kes aku ni, kawan aku yg tolong hantarkan sebab masa ni aku ada dekat Melaka. Jadi aku sertakan salinan due date (ada dekat depan buku pink tu) and surat untuk dean. Terima kasih ya Atiqah Hashim dan Mashitah*

Same goes to borang yang kita download dari IIUM official website, perlu isi dan sertakan dokumen sokongan dan surat rasmi kepada dean lepas tu hantar ke GO.



#2 Tunggu panggilan dari person in charges(PIC)

Lepas dah hantar application tu, kita kena tunggu call dari akak yg in charges bahagian study leave nih. Sebab, application kita tu akan diberikan kepada dean, kalau dean berpuas hati InsyaAllah akan dapat approval. Tapi kalau bab kesihatan ni jangan risau, insyaAllah akan di approve.

*Dalam kes aku ni, akak tu call. Lepas tu deputy dean nak cakap dgn aku. Sembang punya sembang, dia cakap InsyaAllah dia akan approvekan application aku. Dengar pun rasa lega sangat. Terima kasih Dr Tajul*

#3 Buat Bayaran dekat Finance

Lepas dean dah approvekan study leave, maka kenalah buat bayaran which is fee ntuk application tu. Satu semester RM50. First kena pergi dekat GO tu ambik application kita, bawak ke Finance sebab ada bahagian yg Finance kena cop.

*Step ni, Atiqah Hashim dan Mashitah tolong. Kawan aku cakap, cuma guna paywave jer. Tak perlu nak bagi in cash*

#4 Dapat panggilan dari Kuliyyah & Bercuti dengan tenang.

Lepas dah settle, akak tu akan call untuk confirmkan betul tak alamat kita. Sebab, surat offical dari UIA akan dihantar ke rumah which menyatakan kita ni study leave. Jadi bolehlah bercuti dgn tenang ya.

Sekian saja perkongsian aku kali ini. Hope bermanfaat untuk student-student UIA lah๐Ÿ™ˆ

Comments

  1. salam sis, macam mana nak contact sis ek? Saya ada soalan regarding this issue jugak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ