MY BEAUTIFUL PREGNANCY JOURNEY (2) ❤️

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Moga kita senantiasa diberkati dan diredhai Tuhan.

Entri kali ini, InsyaAllah aku nak sambung bercerita pengalaman semasa aku mengandung. Dekat sinilah perjalanan suka duka, pahit manis aku sebagai bakal ibu kelak🤭

 KANDUNGAN 3 BULAN 

Sebelum aku balik ke rumah mak mertua aku di Melaka, aku pun pergilah Klinik Desa dekat dengan rumah aku. Dekat sini satu ujian yang membuatkan aku menangis disebabkan aku tak boleh bukak buku merah. Nurse dekat klinik tu suruh aku buat dekat tempat aku bermalam. Jadi, mak aku pun bawak aku pergi Klinik Kesihatan pulak. Dekat situ pun nurse kata tak boleh bukak buku merah, memang kena bukak dekat tempat yang berhampiran dgn tempat tinggal. Balik tu aku terus moody, taktahu apa sebab jadi macam tu.
*Maybe bawakan anak kot, sensitif tak tentu pasai. Ala tak boleh bukak buku merah je pun*

Masa dalam perjalanan dari KLIA ke Melaka tu, aku cakap dekat suami aku nak singgah UIA, nak ambik sijil nikah, kalau sempat nak pergi tanya sekali Klinik Kesihatan dekat sana. Tapi apakan daya dah pukul lima lebih, mana ada klinik nak bukak. Jadi kami pun terus balik Melaka.

Di Melaka dengan harapan bolehlah bukak buku merah, malangnya Klinik Kesihatan dekat sana pun suruh kami bukak buku merah dekat Gombak. Lagilah bertambah susah hati, Dalam hati 'please lah aku nak settle semua ni cepat-cepat' .

2/11/2018

Memandangkan awal lagi waktu tu, suami aku terus naik gombak. Waktu tu seingat aku hari Jumaat! Sampai je dekat KKIA Gombak tu, husband aku pujuk punyalah pujuk nurse tu, dia suruh kami datang semula pukul dua petang. Dalam tempoh menunggu pukul dua tu, aku rasa loya, then termuntah dalam kereta. Ni lah first time aku muntah sepanjang pregnant baby junior. Dah tiba pukul dua, kami pun ke KKIA tu, Alhamdulillah, nurse tu tolong jugak siapkan buku merah baby junior, lega rasa hati ni. Terima kasih Jururawat Sarah 🙈

Apabila dah check up, aku ada dua masalah dan  waktu ni kandungan aku dua bulan lebih, nak menjangkau tiga bulan. First, masalah haemoglobin aku rendah which was 10.1 g/dL waktu tu. Nurse mintak aku makan supplements, sayur sayur hijau, ikan bilis dan hati ayam untuk tambah darah. Masalah aku yg kedua, lepas doktor scan dia dapati ada tiga ovarian cyst. Apa lagi aku kena refer dekat HKL. Lagi bertambahlah susah hati aku ni.

29/11/2018

First appointment dekat HKL, best gila. Nurse pun semua baik-baik dan sepantas kilat buat kerja. Tak perlu nak tunggu lama-lama. Turn aku pun dah sampai, masuk bilik scan tu. Penolong pegawai perubatan tu scan dia cakap ada dua cyst. Then, jumpa doktor dia scan sekali lagi dia cakap hanya ada sebiji yg berukuran tiga sentimeter lebih. Rasa lega, tapi still kena jaga pemakanan jugak.

 KANDUNGAN 4 BULAN 
3/12/2018

Appointment kedua dekat KKIA Gombak, haemoglobin aku drop ke bacaan 9.7 g/dL Ingatkan lepas makan ubat yg KKIA bagi, semua dah okay. Malangnya, haemoglobin dropped. Doktor Gombak tu mintak aku datang semula esoknya tu untuk buat ujian Thalassemia, dengar pun takut. Sepanjang perjalanan balik aku termenung je, then menangis. Mana taknya risaulah, takut baby junior kena apa-apa. Husband lah yang banyak tenangkan aku. Terima kasih ya 🙈 Lepas habis drama air mata tu, terus pergi ke Farmasi Big untuk tukar supplements baru, which is Iberet Folic® 500. 

Selepas hampir sebulan, result pemeriksaan Thalassemia tu pun keluar. Alhamdulillah semua menunjukkan normal. Cuma pemakanan je aku kena jaga sungguh-sungguh. Barulah haemoglobin aku okay!

27/12/2018

Appointment kedua dekat HKL, cyst aku memang ada satu jer dan ukuran dia still sama macam sebelum ni 3.8cmx4.3cm. Waktu scan tu, terdetik nak tahu jantina baby jr. Then, kami pun tanyalah penolong pegawai perubatan tu, dia cakap baby ni tengah kepit. Zoom punya zoom nampak macam baby boy. Alhamdulillah! Lepas jumpak doktor tu, dia dah tak kasi date for follow up, sebab aku dah nak balik Langkawi.

 KANDUNGAN 5 BULAN 
31/12/2018

Masih lagi check up dekat KKIA Gombak. Macam biasalah masalah aku ialah haemoglobin. Kali ni haemoglobin aku hanya naik 0.1, which was 9.8 g/dL. Maybe sebab tukar supplements walaupun sikit masih ada peningkatan. Disebabkan aku decide nak balik Langkawi, doktor pun scan sekali lagi nak pastikn cyst tu betul betul ada ke tak. Ultrasound memang menunjukkan takdak cyst! Tapi doktor still refer aku ke Pakar dekat Kedah.

 KANDUNGAN 6 BULAN 

Habis jer 2nd Year 2nd Semester, aku duduk dengan mak mertua aku lebih kurang sebulan. Dekat sini sepatutnya, aku kena pergi check up perut. Tapi disebabkan nak balik Langkawi, suami decide untuk check up dekat Langkawi je lah. Dekat Melaka, mak mertua aku memang jaga pemakanan aku gila-gila. Hampir tiap hari makan sayur dengan hati ayam untuk naikkan haemoglobin aku. Terima kasih mak mertuaku sayang!

Lepas hampir sebulan tinggal dengan mak mertua, aku pun baliklah Langkawi sebab plan nak berpantang dengan mak aku. Takut balik lambat nanti tak boleh fly pulak. Hehe🤭 Selepas beberapa hari balik dari Melaka, aku dan husband pergilah ke Klinik Desa berhampiran sebab nak check up untuk bulan keenam. Alhamdulillah, haemoglobin aku naik 11.4 ! Berkat mak mertua jaga. Hehe 🙈Cumanya, nurse dekat sini refer aku ke KKIA Ayer Hangat untuk nak confirmkan cyst aku tu, betul hilang atau tak.

 KANDUNGAN 7 BULAN 
19/2/2019

Dekat KKIA tu, alhamdulillah doktor scan memang tak nampak cyst. Jadi doktor tu refer aku ke Hospital Langkawi untuk nak confirmkan betul-betul.

6/3/2019

Aku ke hospital dengan sahabat baik aku, Salihah Subri. Dekat sana, ramai gila patient yang tunggu turn, berkat sabar menunggu selama tiga jam, aku pun jumpaklah doktor. Doktor pun scanlah, dia cakap memang taknampak apa apa cyst, jadinya aku tak perlu risau. Cyst ni normal untuk menyediakan diri untuk pregnant, katanya. Doktor ni baik gila, siap wish all the best untuk study. Love it lah! Disebabkan cyst dah takdak jadinya aku dah takdak temujanji dengan hospital. Alhamdulillah!

17/3/2019

Waktu appointment seterusnya dekat Klinik Desa, haemoglobin aku dari 11.4 drop ke 10.6 😢 ni mungkin kesan daripada tak makan sayur hijau dan main teguk jer air teh. Jadi nurse dekat situ pun referlah aku dekat Klinik Kesihatan Ayer Hangat untuk buat FBC. 

27/3/2019

Bila dah keluar result, doktor tak berapa kisah pun soal haemoglobin aku, sebab dia cakap kalau haemoglobin awak maintain >10 ke atas, takpe. Tapi dia fokus dekat White Blood Cell aku yang tinggi tu. Dia mintak aku datang balik buat FBC untuk nak tengok ada tak jangkitan kuman/UTI.

 KANDUNGAN 8 BULAN 
31/3/2019

Check up aku seterusnya dekat Klinik Desa, alhamdulillah haemoglobin naik mendadak ke bacaan 12.4, alhamdulillah berkat makan buah jambu dan ikan bilis selama 4 hari berturut turut. Nurse Zira kata, aku sebebnarnya ada IDA which is kekurangan zat besi tapi boleh cover balik dengan pemakanan. Apa-apa pun kena jagalah pemakanan tu 🤗

1/4/2019

Dekat KKIA Ayer Hangat, result pemeriksan tu, memang sah menunjukkan aku ada jangkitan kuman dekat air kencing. Jadi doktor bagi aku antibiotik untuk habiskan dalam masa seminggu. Patut kerap jer kencing dari doktor suspected aku tu. 

 KANDUNGAN 9 BULAN 

Alhamdulillah, masuk je bulan akhir haemoglobin dah kembali normal. Masalah lain pun alhamdulillah takdak. Baby pun alhamdulillah duduk pada kedudukan nak bersalin. From now on, lebih kurang dua minggu lagi aku nak bersalin. Doakan aku ye awak semua

Pss:// Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih terutamanya dekat mak aku, mak mertua aku, husband aku dan best friend aku, Salihah Subri sebab banyak sangat membantu jaga makan minum, teman ke hulu ke hilir waktu check up. Tak lupa jugak untuk kawan-kawan yang tak henti hulur doa untuk kami. Sayang semua ♥️ Memandangkan hari ini Hari Ibu, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu di luar sana terutamanya mak aku, Zainab Che Mat dan juga ibu mertua tersayang. Jasa dan pengorbananmu amat besar. Tahniah Ibu-ibu semua. 

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥