Posts

Showing posts from June, 2019

MY BEAUTIFUL LABOUR JOURNEY ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Moga Tuhan sentiasa merahmati kita semua. Alhamdulillah, hari ini tamatlah tempoh berpantang aku selama 44 hari dan InsyaAllah, entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman bersalin putera sulung aku di Hospital Langkawi. ๐Ÿ™ˆ 6/5/2019 Aku dan suami PJJ. Sejak haritu, suami nak sangat balik. Tak sedap hati katanya. Dari awal memang suami aku plan nak ada dengan aku waktu aku bersalin nanti. Sampaikan suami aku bagitahu baby junior yang kalau dia nak keluar kena tunggu ayah ๐Ÿ˜‚ 7/5/2019 Aku kerap rasa macam nak period dan perut mengeras dalam beberapa harini. Jadi aku bagitahu suami dan dia pun decide nak balik. Malam tu suami aku pun sampai. Waktu tu semua macam biasa lagi, sakit macam nak period tu datang sesekali je, perut pun mengeras biasa-biasa je.  8/5/2019 Dalam 7:30 pagi, aku turun tanda nak bersalin which is lendir bercampur darah. Jadi aku bagitahu mak dan suami aku. Cepat-cepat mak aku ajak  pergi ke hospital. Siap m

PETUA DEMAM KUNING ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi. Moga Tuhan sentiasa merahmati kita semua. ๐Ÿ˜ Entri kali ini aku nak kongsikan dua petua mudah dan berkesan untuk menurunkan bacaan kuning bayi baru lahir. Demam kuning adalah normal dalam kalangan bayi. Untuk mengelakkan kita berulang-alik ke klinik untuk check kuning bayi, terdapat dua petua yang mak aku gunakan untuk redakan kuning baby Noah adalah seperti berikut: #1 Asam Jawa ๐Ÿ”นRendam asam jawa ke dalam air di dalam satu bekas ๐Ÿ”นMandikan bayi dengan air rendaman tersebut *Pastikan mandi waktu tengah hari ya? Waktu pagi sejuk, kesian dekat bayi* Pss:// Air rendaman asam jawa ini tidak perlu direndam semalam, tapi kalau semalaman itu lebih bagus. #2 Daun Nona ๐Ÿ”นRendam daun nona ke dalam air di dalam satu bekas semalaman ๐Ÿ”นMandikan bayi dengan air rendaman tersebut. *Pastikan mandi waktu pagi ya* Pengalaman aku ๐Ÿ”ธFirst check up: Bacaan kuning baby Noah, 204.1 umol/l ๐Ÿ”ธSecond check up: Ba

PETUA MELEGAKAN KEMBUNG PERUT BAYI ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Moga Tuhan sentiasa permudahkan urusan kita semua. ๐Ÿฆ„ Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit tips untuk melegakan kembung perut bayi. Kembung perut bayi adalah sesuatu yang sering berlaku dalam kalangan bayi dan boleh dikatakan normal. Namun, kembung perut ini akan membuatkan bayi berasa tidak selesa, sukar tidur malam dan menangis. Terdapat beberapa petua yang boleh melegakan kembung perut adalah seperti berikut: #1 Membersihkan uri dengan menggunakan garam yang banyak Penjagaan kembung perut bayi ini telah pun bermula sejurus selepas bayi dilahirkan. Cara pembersihan uri juga memainkan peranan yang penting.  Tips ini diberikan oleh mak aku sendiri ketika aku melahirkan baby Noah. Sewaktu membasuh uri Noah, mak aku petuakan kepada suami aku supaya menggunakan 1/2 kilogram garam dan asam jawa sebesar telapak tangan. *Kembung perut bayi memang tetap ada tetapi tidaklah begitu teruk* #2 Tuam perut bayi dengan kera

SATU KATA

Image
Pss, Dikala egoku menguasai diriku Dikala perbalahan memisahkan kemesraan kita Namun aku sedar Hari-hariku terasa sunyi hari tanpamu Hatiku terasa rindu bila kau jauh.  Sejujurnya, Mata ini ingin terus menatapmu Diri ini ingin terus merasa belaianmu Telinga ini ingin terus mendengar kalimah dari bibirmu Hidung ini ingin terus menghidu baumu.  Suamiku,  Hanya satu kata dariku Aku rindu.

PETUA UNTUK HAMIL

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Moga Tuhan memakbulkan segala permintaan kita. Moga Tuhan menganugerahkan kepada kita cahaya mata yang sihat dan comel ๐Ÿ™ˆ Entri kali ini, InsyaAllah aku nak kongsikan tips untuk mengandung. Sejujurnya, aku bukanlah perempuan yang senang melekat. Ada orang yang senang melekat which is bunting pelamin dan ada juga orang yang berbulan-bulan malah bertahun-tahun berusaha tapi belum rezeki. Semua bergantung pada rezeki masing-masing, kita hanya perlu berusaha bukan? Jadi, aku nak kongsikan beberapa tips untuk mengandung yang anda semua boleh cuba. 1) PERIKSA/CHECK RAHIM Kalau kita sudah berusaha berbulan-bulan atau bertahun-tahun, tetapi tak melekat-lekat juga dan belum rezeki, sebaiknya berjumpalah dgn bidan dan doktor. Andai kata rahim kita sihat, cuba minta cik abang untuk periksa kesihatan dia juga ya. Dalam case aku, mula-mula aku jumpa bidan. Masalah aku yang pertama ialah rahim senget sebelah kiri. Then, masalah kedua ialah