MY BEAUTIFUL LABOUR JOURNEY πŸ‘ΆπŸ»

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Moga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.

Alhamdulillah, hari ini tamatlah tempoh berpantang aku selama 44 hari dan InsyaAllah, entri kali ini aku nak kongsikan pengalaman bersalin putera sulung aku di Hospital Langkawi. πŸ™ˆ

6/5/2019
Aku dan suami PJJ. Sejak haritu, suami nak sangat balik. Tak sedap hati katanya. Dari awal memang suami aku plan nak ada dengan aku waktu aku bersalin nanti. Sampaikan suami aku bagitahu baby junior yang kalau dia nak keluar kena tunggu ayah πŸ˜‚

7/5/2019
Aku kerap rasa macam nak period dan perut mengeras dalam beberapa harini. Jadi aku bagitahu suami dan dia pun decide nak balik. Malam tu suami aku pun sampai. Waktu tu semua macam biasa lagi, sakit macam nak period tu datang sesekali je, perut pun mengeras biasa-biasa je. 

8/5/2019
Dalam 7:30 pagi, aku turun tanda nak bersalin which is lendir bercampur darah. Jadi aku bagitahu mak dan suami aku. Cepat-cepat mak aku ajak  pergi ke hospital. Siap masukkan barang-barang baby junior ke dalam kereta untuk ke hospital. Takut-takut kena warded.

Sampai je hospital terus ke bilik saringan bersalin, aku bagitahu nurse yang aku turun tanda, nurse minta aku kencing, timbang berat, check jantung baby dan contraction. Contraction tu ada tapi irregular, doktor pun seluk lah nak tengok bukaan aku, baru 1 cm. Then, doktor scan tengok baby, alhamdulillah semuanya okay. Jadi doktor suruh aku balik dulu. Kalau ada apa-apa tanda seperti turun air ketuban, contraction datang dengan kerap, bayi kurang gerak, then cepat-cepatlah datang semula ke hospital. Jadi aku pun baliklah rumah.
*Pss// part menyeluk tulah aku paling trauma*

Balik je rumah, contraction tu makin kuat selepas Zohor. Setiap kali contraction tu datang, aku pun bangun berjalan, tarik nafas panjang-panjang hembus ikut mulut, baca doa nabi yunus dalam hati. Alhamdulillah semakin berkurang. Setiap kali contraction tu datang, aku pun buatlah benda yang sama berulang kali. Tapi, selepas Asar contraction dia lain macam, kerap sangat-sangat. Aku ada bagitahu mak aku. Mak aku suruh pergi makan, mana tahu besar kemungkinan aku nak bersalin, so kena guna banyak tenaga. Ingat lagi waktu tu, sempat aku mintakkan mak beli murtabak dekat bazar Ramadhan. Time contraction datang, aku pun guna lah contraction timer dalam apps baby center, dalam 5 minit sekali contraction tu datang. Aku pun decide dan cakap dekat suami, aku nak ke hospital selepas Maghrib.

Selepas Maghrib, aku memang rasa taktahan sangat dah, rasa macam tak menyempat pun ada. Semua serba serbi tak kena. Sampai je hospital sekali lagi aku masuk ke bilik saringan bersalin , nurse check air kencing, timbang berat, check jantung baby dan contraction. Kali ni, doktor dah tak scan sebab pagi tadi aku dah di'scan'. Aku pun ada bagitahu nurse yang ni dah masuk kali kedua aku datang, nurse cakap kalau dah datang dua kali memang kena warded lah. πŸ˜…

Then, doktor tu seluk aku buat kali kedua. Dia cakap bukaan dah 3 cm so dia suruh nurse buat surat untuk admit. Doktor tu pun ada cakap yang confirm aku akan datang balik within harini. Doktor tu cakap, dia nak bagi aku painkiller. Aku pun tanyalah dia kalau tak ambik boleh ke, dia cakap nanti aku yang tak tahan sakit. Jadi aku ikutkan je lah.

Doktor tu ada explain dekat aku, sebelum ambik painkiller ni, aku kena settlekan semua urusan such as solat ke makan ke apa ke sebab nanti kesan painkiller ni buatkan aku pening dan rasa nak termuntah. Then, dia explain lagi. Kalau aku tertumpah darah waktu bersalin, aku memang kena tambah darah and risiko untuk dapat HIV/AIDS tu tipis. Waktu ni aku dah tak fikir pasal HIV ke apa ke, dalam otak ni rasa sakit nak bersalin je aku fikir. πŸ˜…

Lepas siap je surat untuk admission tu, nurse pun mintak aku salin baju hospital. Lepas salin baju nurse suruh pergi jumpak suami maklumkan yang aku kena warded. Aku pun pergilah jumpak mak dan suami aku. Then mak dan suami aku pun pergi ambik kereta untuk bawak barang-barang baby ke ward. Mak dan suami dah tak boleh masuk ke ward sebab dah malam waktu tu, jadi guard je lah yang tolong aku bawak masuk barang-barang baby. Alhamdulillah, aku selesa sangat dalam ward tu. Ingat lagi katil aku nombor 20 waktu tu πŸ™ˆ Dekat sana, aku ada kenal kawan-kawan/bakal-bakal ibu which is Aisyah and Kak Shima. Terima kasih nah, both of you sebab banyak sangat tolong. Hope, lepas ni kita dapat berjumpa lagi. Amin!

Malam tu, nurse dah datang. Inject painkiller dekat punggung aku, rasa pedih tapi boleh tahan lagi lah. Aku cuba untuk nak tidur tapi tak boleh nak tidur, jadi aku pun sembang lah dengan adik sebelah katil aku tu, Aisyah. Tetengok nurse tu datang nak tutup lampu, dia marah-marah aku sebab tak tidur lagi. Dia kata awak tahu tak kesan ubat ni akan buatkan awak pening dan muntah. Rasa nak menangis pun ada. Mana taknya, dekat-dekat nak bersalin kena marah. Dah lah duduk tempat baru πŸ˜₯ Jadi aku pun cubalah untuk tidur. 

9/5/2019
Tengah malam tu, aku rasa serba tak kena. Tidur kejab-kejab pusing kanan rasa tak kena, pusing kiri pun rasa tak kena. Aku pun kerap pergi ke toilet, rasa macam nak terkencing. Tanda still macam biasa turun darah, tapi tak sakit lah. Bila tidur balik, aku akan bangun tiap lima minit, si baby junior ni pun menendang luar biasa sangat, tak pernah dia aktif sampai tahap macam ni. Aku pun cakap dengan dia, sabar nah anak ibu nah. 

Aku tersedar bila nurse kejutkan aku untuk check contraction dan jantung baby. Sebelum tu, nurse tu suruh aku kencing dulu, aku cakap aku dah cuba kencing tapi tak boleh. Dia kata takpalah kalau macam tu. Aku pun pergilah check jantung baby dan contraction tu. Tapi aku berasa lama gila aku check tu, aku cakap dekat nurse boleh tak nak pergi toilet nanti aku check balik. Dia cakap, kan saya suruh awak kencing dulu tadi, takpalah pergi dulu nanti check balik. Aku pun pergi toilet, nak terkencing tapi tak kencing. Aku pun pergi lah balik nak check jantung baby dan contraction. Aku cakap dekat nurse nak kena mula semua balik ke? Dia cakap ya, kena mula dari awal. Aku cakap dekat dia, saya tak tahan ni nurse, tak tahu apa yang saya rasa, nak terkencing pun tak, nak terberak pun tak. Nurse tu kata, takpalah kalau macam tu saya akan check bukaan. Bila nurse tu check dia cakap dekat kawan dia, 8-9 cm almost. Nurse seorang lagi cakap dekat aku, kamu dah nak bersalin ni sebab tu kamu rasa macam tu. Nurse-nurse tu pun cepat-cepat suruh aku call suami bagitahu yang aku dah nak masuk labour room, dan minta suami tunggu dekat pintu depan. Aku call suami, cakap yang aku nak masuk labour room. Dia boleh tanya macam-macam pulak. Aku rasa macam angin, sempat rasa nak marah dekat suami. Maaf nah encik suami πŸ˜”
*Pss// first time dalam hidup naik wheelchair πŸ˜‚*

4:25 am
Masuk je dalam labour room, nurse terus suruh aku tukar baju labour room. Then, nurse check jantung baby, check contraction dan check bukaan, masa tu dah nak dekat 9 cm. Doktor pulak datang untuk reconfirm berapa bukaan laluan aku. Aku siap minta doktor tu tolong ambikkan buah kurma sebab nak mudah bersalin dan bagi ada tenaga nak meneran. Waktu tu aku dah rasa serba tak kena, macam nak terkencing, kejab-kejab rasa macam nak terberak, kekadang sakit macam nak period pun ada, hanya Allah yang tahu macam mana kesakitan tu. Taktahu nak gambarkan macam mana kesakitan tu. 😭

Dalam masa yang sama, aku pun ada jerkah nurse dekat situ kata sakit, rasa macam nak terberak. Nurse tu datang then check bukaan aku dan dia kata dekat aku okay mengiring dan teran macam nak berak tahi keras tu. Aku pun teran punya teran, menggigil satu badan. Sakit contraction tu kuat sangat, aku dah rasa memang tak boleh tahan dah. Then, aku pegang besi katil, besi drip air tu sekuat-kuatnya. Tetiba waktu sedang meneran tu, aku rasa ada sesuatu yang meletup, which is air ketuban. Aku pun panggil doktor kata air ketuban aku meletup. Doktor dan nurse cepat-cepat datang, check bukaan dan dia suruh aku kangkang dan mula meneran.

Part meneran ni part paling seksa buat aku😭 Cuba bayangkan hang meneran tapi apa pun tak keluar, at the same time badan hang automatik nak meneran-neran. Sehinggakan aku rasa nak give up dan nak mintak doktor ceaser je. Macam tu lah aku rasa. Allah! Masih terpinga-pinga apa yang nurse tu cakap dekat aku. Antara ayat dia, 'meneran kena sungguh- sungguh tidak baby tak keluar, sekarang ni baru nampak rambut'. Aku rasa aku teran-teran tu dah all out, tapi kenapa tak keluar-keluar. 

Aku meneran then aku rehat, aku meneran then aku rehat. Penyambut kelahiran tu pun tunggulah aku dengan muka tak berapa elok sebab shift dia dah habis waktu tu. Hihi, sorry ya nurse. Then, masuklah seorang lagi nurse. Aku rasa bila nurse ni masuk berkobar-kobar semangat aku untuk nak meneran. Dia kata, suami dekat luar tertanya-tanya isteri selamat ke tak? Meneran betul-betul! Aku pun meneranlah. Dia kata, pandai ! Teran lagi teran lagi.

Waktu teran-teran tu aku rasa dan sedar nurse tu gunting miss V, then terasa something keluar. Aku pun stop meneran. Nurse tu kata, teran lagi badan anak tak keluar lagi ni. Aku pun teran sehabis tenaga. Alhamdulillah, tepat 6.05 pagi, 9 Mei 2019 kedengaran tangisan baby junior. 😭 Nurse pun angkatlah baby letak dekat dada aku. Sebak! First terpandang hidung anak aku, ya Allah terletaknya hidung dia. Aku pun cakap dekat baby, shhh shhh ibu ada ibu ada. Alhamdulillah lega rasa. Muka aku dah sebek. Nurse tu tak kasi aku menangis, dia cakap aku dah jadi seorang ibu πŸ˜‚



Sementara baby atas dada ni, penyambut kelahiran tu pun tunggulah uri keluar. Dia pun putar-putar perut aku, sekali lagi rasa hangat je uri tu keluar. Dah settle bab uri, bab menjahit pulak. Waktu ni tak rasa dia menjahit sebab bahagian paha aku dah disuntik ubat bius. Aku tetap rasa seriyau waktu dia matikan jahitan. Aku pun taktahu berapa jarum aku kena. Yang pasti lama lah dia menjahit. Dah settle menjahit tu, aku sedar yang dia masukkan kain dekat dalam miss V then dia keluarkan kain tu. Aku rasa dia keluarkan darah dalam rahim. Dalam masa yang sama, nurse seorang lagi ada minta baby untuk dimandikan. Aku pun cakap, ambil lah. Then nurse-nurse tu gelak dekat aku. Time tu jugak, penyambut kelahiran tu still keluarkan darah. Dah selesai semua, doktor pula datang check sekali lagi. Dia check jahitan, check miss V, check lubang punggung. Sumpah! Aku rasa seksa sangat waktu tu. Then, dia bagi aku rest dua jam dalam labour room tu. Sempat lagi aku minta dia tolong ambikkan telefon aku 🀭

Lepas dua jam tu, ada nurse dan temporary nurse datang. Bapak garang gila nurse tu, waktu tu dia tengah bagi tunjuk ajar dekat nurse yang temporary tu! Dia suruh aku turun katil perlahan- lahan, then dia suruh aku ganti baju ward yang baru dan duduk atas wheelchair. Bila dah settle ganti baju, dia bagi baby dekat aku dan suruh nurse yang temporary tu bawak aku jumpak suami untuk azankan baby dan bagi uri.

Buka je pintu aku nampak mak, suami dan adik aku. Aku bagi baby dekat suami aku. Adeh! Dia buat tak tahu nak pegang baby pulak. Geram pun ada πŸ˜‚ Aku bagi baby dekat mak aku, mak aku pun pass dekat suami, then dia pun azankanlah dekat baby junior. Waktu azan tu baby menangis, lapar susu gamaknya. Kesian dia! Sebelum masuk ward, nurse tu bagi uri dekat suami aku.

Sampai je dekat ward, aku pun trylah nak susukan baby tapi waktu tu susu aku memang takdak dan baby pun taknak cuba hisap. Dia menangis slow je then tertidur. Kesiannya anak aku! Aku tahu dia lapar sangat dan aku pun call mak aku suruh bawa botol susu which is prohibited dalam hospital. Terpaksa! Ibu mana yang sanggup tengok anak dia lapar bukan? Waktu melawat tu mak pun bawak lah botol susu. Dan sampai sekarang ni, botol susu tu lah susukan anak aku πŸ˜‚

Alhamdulillah, selesai sudah urusan bersalin aku pada 6.05 pagi, 9 Mei 2019. Betul kata orang yang berpengalaman. Apabila dah bersalin rasa macam serik taknak beranak dah tapi rindu gila nak mengandung! Akhir kata, aku doakan moga Allah permudahkan urusan bakal-bakal ibu yang baca entri ini. Allahumma amin! Nasihat aku, enjoy your contraction and follow the flows okay? πŸ™ˆ

Pss:// Ada yang tanya, kenapa suami tak masuk sekali dalam labour room? Jawapannya, suami tak dibenarkan masuk. Aku pun tak tahu kenapaπŸ˜‚

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCONπŸ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) πŸ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = πŸ”₯