PETUA UNTUK HAMIL

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Moga Tuhan memakbulkan segala permintaan kita.
Moga Tuhan menganugerahkan kepada kita cahaya mata yang sihat dan comel 🙈

Entri kali ini, InsyaAllah aku nak kongsikan tips untuk mengandung. Sejujurnya, aku bukanlah perempuan yang senang melekat. Ada orang yang senang melekat which is bunting pelamin dan ada juga orang yang berbulan-bulan malah bertahun-tahun berusaha tapi belum rezeki. Semua bergantung pada rezeki masing-masing, kita hanya perlu berusaha bukan? Jadi, aku nak kongsikan beberapa tips untuk mengandung yang anda semua boleh cuba.

1) PERIKSA/CHECK RAHIM

Kalau kita sudah berusaha berbulan-bulan atau bertahun-tahun, tetapi tak melekat-lekat juga dan belum rezeki, sebaiknya berjumpalah dgn bidan dan doktor. Andai kata rahim kita sihat, cuba minta cik abang untuk periksa kesihatan dia juga ya.
Dalam case aku, mula-mula aku jumpa bidan. Masalah aku yang pertama ialah rahim senget sebelah kiri. Then, masalah kedua ialah rahim aku jatuh. Alhamdulillah dua-dua masalah ni dah selesai.

Then, aku pergi jumpa doktor untuk check rahim aku ada masalah ke tak. The result was, aku ada ovarian cyst yang berukuran 3.17 cm. Jadi, doktor bagi supplements dan kena follow up dua/tiga bulan sekali untuk nak tengok perkembangan cyst tu, whether membesar atau mengecut.



Supplement yang doktor bagi untuk proses pengecutan cyst.
Other than that, fungsinya untuk menjaga kesuburan rahim😁

Nasihat aku, jangan takut jumpa bidan dan doktor. Kalau ditakdirkan kita ada masalah di bahagian rahim, berikhtiarlah. InsyaAllah, Tuhan pasti menyembuhkan.

2) ELAKKAN MAKANAN SEGERA DAN MAKANAN YANG DIPROSES.

Kalau boleh jangan consume makanan segera/ fast food dan makanan yang telah diproses dengan terlalu kerap. Berjinak jinaklah untuk meninggalkan semua jenis makanan ini apabila kita berikhtiar untuk hamil. Sebab rahim kita pun perlukan nutrisi untuk mengekalkan kesihatan dan kesuburannya. Pengalaman aku, aku tinggalkan totally air berkarbonat. McD/KFC tu hanya sekali sekala je aku makan bukan selalu.

** Sebut bab pemakanan, ada petua dari bidan Melaka. Andai kata rezeki kita baru sangat sangat melekat, tolong elakkan beberapa makanan ini ya.

Air Kelapa
Air Berkarbonat
Jeruk/Asam
Ais Batu atau Minuman berais
Cuka
Nenas

3) KERAP 'BERSAMA' DI WAKTU OVULASI

Nah, ni salah satu petua yang sangat penting. Ada orang yang berusaha bertahun-tahun tapi belum rezeki, bila check semuanya okay, dua dua sihat. Di antara salah satu sebab lambat melekat ialah salah timing.

Waktu ovulasi dalam bahasa mudah ialah waktu subur seseorang wanita. Setiap perempuan memiliki waktu subur yang tersendiri bergantung kepada haid/period masing-masing sama ada period kita teratur ataupun tak.

Untuk mengira waktu ovulasi secara manual bolehlah cari dekat google ataupun dengan cara yang paling mudah, beli je ovulation test kit tu dekat drug store atau klinik. Kebiasaannya, waktu subur bagi period yang teratur ialah seminggu selepas period berakhir.

4) JANGAN TERLALU MENGHARAP

Yang ni paling penting, jangan terlalu mengharap ya bakal ibu dan ayah. Kita hanya perlu berusaha, selebihnya tawakal kepada Allah. Bak kata mat saleh, '' Do your best and let Allah do the rest ''

Pengalaman aku sepanjang percubaan untuk mengandung ni, aku dan husband terlalu mengharap sangat. Tiap-tiap bulan kalau period lambat, both of us too excited for having a baby. Tapi bila terlalu sangat mengharap, terasa sangat kecewa. Lepas dari peristiwa tu, kami pun bertawakal. Alhamdulillah, rezeki dari Tuhan, kami pun duga secepat ini Allah berikan !

Akhirul kalam, cubalah berikhtiar dan amalkan empat tips mudah untuk mengandung ni ya kawan-kawan. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal selebihnya biar Allah tentukan. Saya doakan moga anda semua dimurahkan rezeki untuk merasai dengupan jantung kecil di dalam rahim. Allahumma amin. 

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥