PETUA MELEGAKAN KEMBUNG PERUT BAYI ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Moga Tuhan sentiasa permudahkan urusan kita semua. ๐Ÿฆ„

Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit tips untuk melegakan kembung perut bayi.

Kembung perut bayi adalah sesuatu yang sering berlaku dalam kalangan bayi dan boleh dikatakan normal. Namun, kembung perut ini akan membuatkan bayi berasa tidak selesa, sukar tidur malam dan menangis. Terdapat beberapa petua yang boleh melegakan kembung perut adalah seperti berikut:

#1 Membersihkan uri dengan menggunakan garam yang banyak

Penjagaan kembung perut bayi ini telah pun bermula sejurus selepas bayi dilahirkan. Cara pembersihan uri juga memainkan peranan yang penting. 

Tips ini diberikan oleh mak aku sendiri ketika aku melahirkan baby Noah. Sewaktu membasuh uri Noah, mak aku petuakan kepada suami aku supaya menggunakan 1/2 kilogram garam dan asam jawa sebesar telapak tangan.

*Kembung perut bayi memang tetap ada tetapi tidaklah begitu teruk*

#2 Tuam perut bayi dengan kerap

Tuamlah perut bayi sejurus selepas mandi. Jangan lupa juga tuam perut bayi setiap petang kerana dua waktu ini memudahkan angin masuk ke dalam perut bayi.

Terdapat beberapa cara untuk menuam perut bayi, antaranya ialah dengan menggunakan campuran rempah ratus yang diikat seperti sup bunjut dan layurkan api pada daun sirih. 


๐Ÿ”นCara yang aku gunakan untuk menuam perut bayi:

1) Letakkan sedikit minyak telon
Minyak telon yang aku gunakan ialah cap Bebiku dari Indonesia.


Alhamdulillah, minyak telon ni
yang paling sesuai dengan baby Noah๐Ÿ’•


2) Layurkan tangan atas lilin
Cara ini adalah cara yang terpantas. Layurkan tangan atas lilin untuk dapatkan haba, kemudian letakkan tangan pada perut, kawasan pusat, betis, belakang dan kemaluan(bagi bayi lelaki). 

#3 Berikan bayi susu setiap satu jam

Kejutkan bayi setiap satu jam dan berikannya susu dalam kuantiti yang sedikit. Perut bayi yang kosong memudahkan angin masuk ke dalam perut. Tambah pula, bayi akan tidur lama dan sedar ketika lapar sahaja. Jadi, masa yang panjang diambil oleh bayi itu untuk bangun dari tidur dan minum susu itu akan menyebabkan perut masuk angin.

*Macam kitalah guys, kalau lambat makan. Logik bukan perut akan masuk angin?*

#4 Elakkan penggunaan kain lembab

Jangan sesekali gunakan kain yang lembab untuk membalut/membedung bayi. Ini akan mendorong kepada kembung perut.

#5 Jangan dedahkan kawasan pusat bayi

Tutuplah pusat bayi daripada terdedah dengan menggunakan baju atau napkin kerana pusat adalah tempat yang senang dimasuki angin. 

Sekian, itu sahajalah tips yang dapat aku kongsikan. Moga bermanfaat untuk semua ya? ๐Ÿ™ˆ

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ