PETUA MERAWAT CACING SUSU 🌿

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah senantiasa mempermudahkan urusan kita semua 🌼

Entri kali ini, aku nak kongsikan sedikit petua mak aku untuk merawat cacing susu. Alkisahnya, Noah setiap bulan, terutamanya sewaktu dia nak beralih bulan/nak masuk bulan baru dia selalu kena cacing susu. Jadi, as a solutiom mak aku selalu mandikan noah dengan air daun nona memandangkan mudah untuk didapati, belakang rumah je guys🤭
Sebelum aku bercerita panjang lebar, mari kita berkenalan dulu dengan penyakit cacing ni.

Apa itu cacing susu?

Selalunya, orang selalu cakap pakai kasut, nanti cacing! Tapi macam mana baby boleh kena cacing sedangkan baby mana boleh berjalan bukan?

Okay, kecacingan ini boleh terjadi disebabkan oleh persekitaran yang kotor dan pemakanan yang tidak bersih. Dalam kes baby Noah ni, mak aku cakap mungkin orang sekeliling Noah ni, mulut tak bersih kemudian cium Noah dan mungkin jugak boleh terkena dari susu tu sendiri.

** Info lanjut bolehlah rujuk Anak Kecacingan

Tanda-tanda cacing susu

🔹Najis berbau daripada kebiasaan
🔹Kurang selera makan

Kesan cacing susu apabila ibu bapa tak ambil peduli

🔹Keletihan
🔹Bayi nampak tak sihat

Jadi, di sini aku nak kongsikan petua dari mak aku sendiri untuk merawat cacing susu dengan menggunakan daun nona.

#1 Ambik satu ranting pokok nona


Sebelum mengambil ranting pokok nona ni, berilah salam dan niat untuk merawat penyakit.

السلام عليكم يا إلياس إنهم من عباد المؤمنين

Pss// Ini adalah perkongsian dari Ustaz Sharhan Shafie dalam Rawatan Kanser, Buah Pinggang & Batu Karang Menurut Islam


#2 Asingkan daun dari tangkai ke dalam satu bekas


#3 Basuh daun yang telah diasingkan tadi sambil-sambil berselawat. 

#4 Rendamkan air ke dalam satu bekas bertujuan untuk keluarkan pati daun nona ni.


**Seeloknya rendam semalaman. 


#5 Ramas daun nona, kemudian tapis.

Mandikan bayi macam biasa. Sebelum jirus ke badan bayi, ramaskan dulu daun nona sambil selawat tujuh kali, niat supaya hilang penyakit. Kemudian tapis air daun nona ni sebab kita nak gunakan airnya sahaja. 

** Daun yg ditapis tadi boleh direndamkan sekali lagi, untuk kegunaan kali kedua

#6 Jirus badan bayi

Cara menjirus badan bayi adalah jiruskan air daun nona tadi dari kaki sampai ke badan. 

Sekian saja perkongsiaan aku untuk kali ini. Moga entri ini bermanfaat ntuk kita semua. 🙈

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥