HOW NORCUTIN WORKS ON ME 💊

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah senantiasa meredhai kehidupan kita di dunia dan di akhirat🌼

InsyaAllah seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, aku nak kongsikan sejauh mana keberkesanan pil norcutin ke atas aku. Ha gituh!

Seperti yang sedia maklum, doktor prescribes Norcutin dekat aku selama tiga minggu dan aku dikehendaki menghabiskan ubat ni, tak boleh berhenti even spotting dah takdak.

Apa itu Norcutin💊?

Dalam bahasa mudah, Norcutin ni sejenis pil dan berfungsi untuk menghentikan period/darah.
*If you wanna more information regarding to Norcutin, just click here*


Cara makan pil Norcutin as below:

🔹Untuk tiga hari pertama, 1 biji 2 kali sehari
Aku makan pagi dan petang selepas makan.

🔹Selepas tiga hari tu, 1 biji 1 kali sehari.
Aku makan pagi sahaja selepas makan.

Pil ni rasa dia biasa je, tak pahit tak kelat. Okay okay jer gituh 😙

Harga Norcutin:

Alamak harga pil ni taktau sebab aku tak mintak bil pulak. Tapi kalau harga combo tu RM 43.00 😍
Consultation + Ultrasound + Norcutin-tablet

Now, how these pills work on me?

🔹Day 1
Aku nampak spotting merah terang. Dalam hati, hm boleh ke spotting ni berhenti.

🔹Day 2
Harini, spotting dah tak berapa kelihatan dan berwarna coklat nak hitam-hitam.

🔹Day 3
Spotting bertukar warna hitam nak hijau-hijau sikit.

🔹Day 4
Alhamdulillah, kering guys😊

🔹Day 5
Ada sedikit kekuningan

🔹Day 6
Macam dah kering

🔹Day 7, 8 & 9.
Alhamdulillah memang betul-betul kering.

🔹Day 10 (28/8/2019)
Darah keluar lagi dan sedikit berbau. Aku stop ambil ubat ni sebab dah macam period jer ciri-ciri darah ni. Alhamdulillah, period sama macam sebelum ni which is 7-8 hari. Mungkin ubat tu dah stabilkan hormon aku, I hope so🙈

Sekian saja perkongsian aku untuk kali ini. Jumpa lagi nanti dalam entri yang akan datang ya? InsyaAllah 🌼

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥