MY FIRST TIME PAP SMEAR TEST EVER♀️

Assalamualaikum dan salam sejahtera cantik!
Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan kepada kita semua 🤲🏻

Entri kali ini, aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku sewaktu menjalani ujian pap smear.

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya, pap smear tu apa? Here, aku bagi general idea untuk hangpa. Selebihnya boleh baca dekat portal kesihatan kerajaan. 🌼

Apa itu ujian pap smear? 
Satu ujian bagi mengesan kanser serviks pada peringkat awal.

Siapakah yang perlu menjalani ujian pap smear? 
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 tahun hingga ke 65 tahun.

Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum menjalani ujian ini? 
◾Pastikan anda tidak berada dalam keadaan haid dan nifas
◾Pastikan anda tidak berhubungan seksual dalam tempoh 24 jam
◾Pastikan anda tidak menggunakan sebarang ubat di dalam vagina.

** Menurut apa yang aku baca, selepas 3-4 bulan bersalin, ibu-ibu perlu menjalani ujian pap smear.
Awalnya, aku ingat aku nak boleh lari dari ujian pap smear. Sebelum dari aku keluar hospital waktu bersalinkan Noah, doktor tu mintak aku ambil perancang dan jangan lupa buat pap smear katanya.

Waktu aku pergi ambik pil perancang dekat Nurse Betty tu, dia tanya aku, aku ada buat ujian pap smear ke belum. Aku cakap belum, then terus dia set appointment untuk aku hari jumaat pulak tu. Mana boleh lari😂

Suami aku pun nasihat aku untuk buat je ujian ni kalau ada apa apa kita boleh ambik tindakan. Then aku pun okay je lah. Huhu, takutnya😱

13/9/2019
Jumaat, 0930

Pagi ni, aku pergi Klinik Kesihatan Ayer Molek dengan suami. Memandangkan klinik tu dekat dalam taman tu je, kami pun jalan lah kaki.
Terima kasih bie, temankan 😚

Sampai je klinik, terus bagitau nurse yang bertugas dekat situ yang aku nak buat ujian pap smear. Then, nurse pun minta kad pengenalan aku. Then, tanya sejarah haid aku dan sebagainya.

Then, tak lama kemudian giliran aku pulak. Aku dah nervous gila😱 Berulang kali aku cakap dekat suami aku yang aku takut. Dia cakap takdak apa-apa lah tu. Aku punya mind set terpikir istilah "muncung itik", rasa ngilu yang amat.

Masuk je dalam bilik tu, kebetulan aku pakai kain. Jadinya aku tak perlulah nak tanggalkan seluar. Aku ada tanya doktor tu beberapa soalan. Antaranya:

Kalau berlaku pendarahan selepas ujian ini macam mana? 
Pendarahan yang berlaku tu mestilah dalam kuantiti yang sedikit, dalam sehari dua dah berhenti. Tapi kalau pendarahan tu dalam kuantiti yang banyak, datang balik ke klinik. Mungkin ada something wrong dengan servik kamu.

Kalau berlaku pendarahan boleh bersama suami tak? 
Takdak masalah jika bersama suami.

Bila keputusan dia keluar? 
Ia memakan masa hampir dua bulan macamtu.

Antara alat yang aku perasan sebelum aku nak buat ujian ni ialah:

Ni namanya speculum atau muncung itik yang digunakan untuk membuka ruang vagina.
Bahagian warna merah tu untuk memasukkan berus which is untuk nak ambik tisu permukaan serviks. 🌼

Yang warna biru tu namanya broom atau penyapu.
Yang bekas tu untuk letak tisu yang diambil tadi. 🌼

Then, ujian tu pun bermula. Aku takut, doktor tu suruh aku relaks sebab bila aku takut "muncung itik" tu tak boleh masuk ke vagina. Aku take time sikit waktu tu, Alhamdulillah everything is okay! Tetiba doktor cakap dah siap, aku pun agak surprised lah! Kejab je ujian ni.

Doktor minta aku jaga kebersihan bahagian intim sebab waktu dia ambil sampel tu ada sedikit keputihan.

Perasaan aku, of course aku cuak dan berasa sedikit tak selesa lah waktu ujian tu. Then, balik rumah waktu zohor macam tu ada sedikit pendarahan, maybe kesan dari ujian tu. Kuantiti dia sikit sayang tak sampai setitik macam tu lah.

Sampai sini saja perkongsian aku kali ni. Nasihat aku kepada perempuan di luar sana yang memenuhi syarat-syarat ujian pap smear tu, buatlah. Mencengah lebih baik daripada mengubati. InsyaAllah takdak apa apa! Jumpa lagi di entri yang akan datang ya? 😚

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥