SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT ๐Ÿฐ

Assalamualaikum sahabat,
Nukilan ini khas buatmu. 

Sahabat,
Sewaktu kuterjumpa buku yang kamu baca
Subhanallah, Maha Suci Allah !
Sungguh tidak kusangka
Kamu manusia yang hebat
Dalam diam kamu mencari Rabbmu.

Sahabat,
Kamu sangat gemar berkongsi rezeki dengan orang lain
Sehinggakan pada satu hari ketika engkau pulang ke rumahmu
Seorang hamba Allah ini bertanyakan tentang keberadaanmu
Dan menceritakan segala kebaikanmu kepadanya
Subhanallah, Maha Suci Allah !
Kau memang manusia yang berhati mulia.

Sahabat,
Sewaktu kita semua bersua kembali setelah berakhirnya liburan
Kamu pasti akan mengeluarkan ringgitmu untuk santapan kita
Lalu kamu menolak untuk menerima wang dari kami
Atas alasan ini adalah sedekah atau kenduri
Subhanallah, Maha Suci Allah !
Kau memang manusia yang selalu memberi.

Sahabat,
Ketika doktor mengesyakiku dengan kanser payudara
Kamu lah manusia yang sanggup membawaku ke hospital
Untuk membuat temujanji
Dan engkau juga telah membawaku ke klinik kerajaan
Untuk menerima rawatan di sana
Kamu duduk disitu, menemaniku dengan doa
Subhanallah ya Rabb ! 
Masih wujud lagikah manusia seperti ini di dunia?

Sahabat,
Sewaktu aku mengidam 'laicikang'
Dengan senang hati kamu menunaikan keinginanku
Bahkan menghantarnya kepadaku
Dan seperti biasa, kamu menolak untuk menerima wang dariku
"Ini untuk bayi", itu sahaja katamu.

Sahabat,
Ketika hati ini gundah-gulana
Jujur kataku,
Kau seperti malaikat kecil
Yang melegakan hatiku seusai sahaja
Aku menceritakan segala yang tertanggung di sanubari ini.

Sahabat,
Terlalu banyak kebaikan yang telah kau lakukan
Untukku dan manusia disekelilingmu
Mungkin kau lupa apa yang kau telah lakukan
Akan tetapi sahabat,
Kami tidak akan sesekali melupakan kebaikanmu
InsyaAllah kamu akan selalu berada dalam doa kami.

Sahabat,
Terima kasih kerana engkau telah membuka mataku
Dan membuktikan benarnya kata-kata Muhammad
Bahawa teladan melalui perbuatan itu lebih berkesan daripada melalui lisan
Alhamdulillah, pada saat ini juga semua sahabatmu telah berubah ke arah yang jauh lebih baik dari sebelumnya
Kerana berkat dakwahmu dan kesabaranmu.

Sahabat,
Kamu selalu membuatkan aku sedar melalui perbuatanmu 
Aku tahu kamu berusaha untuk menyembunyikan setiap kebaikan yang telah kau lakukan
Aku bersyukur dan bangga kerana diberi peluang untuk mengenali dirimu
Yang dulunya masih merangkak mencari Tuhan
Namun, hari ini telah menjadi manusia yang hebat
Bahkan jauh lebih baik dari diriku
Alhamdulillah.

Sahabat,
Selamat Hari Lahir
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki buatmu dan keluargamu
Teruskanlah dakwahmu, aku mendukung apa yang kau lakukan untuk Islam
Jadilah seperti Siti Khadijah yang tak pernah henti berdakwah sehingga akhir hayatnya
Semoga sukses dalam menyebarkan dakwahmu dan kehidupanmu
InsyaAllah, kamu akan senantiasa berada di dalam doaku
Sayang kamu sahabat lillahi Taala ❤️

28 SEPTEMBER 2019






Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ