JOURNEY AS A LAW STUDENT (2) πŸ“‘

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mudah-mudahan Allah senantiasa mempermudahkan urusan kita 🀲🏻

InsyaAllah, entri kali ini aku akan sambung bercerita tentang perjalanan aku sebagai pelajar undang-undang. Lepas je selesai 'final examination', aku terus bercuti hampir lapan bulan πŸ˜‚ Bagi yang tak tahu kenapa aku bercuti dengan begitu lama, especially bagi yang baru visit blog aku or bagi yang baru kenal aku, aku sebenarnya ambik maternity leave masa tu, aku decide untuk berehat di rumah sementara menunggu kelahiran Noah. Law Attachment Programme (LAP) pun aku tak buat lagi, okay? Sebab waktu tu aku berpantang. Here some reasons why I decided to take study leave:

1) During pregnancy, my haemoglobin was low. Untuk elakkan keadaan semakin parah, aku ambik keputusan untuk tangguhkan satu semester dek dekat UIA susah nak dapat bekalan buah buahan dan sayur sayuran yang dapat tingkatkan haemoglobin. πŸ₯¦

2) Suami aku kerja dekat Subang Airport, aku dekat Gombak. If anything happens, macam mana kan?

3) Due aku, waktu orang tengah final exam, imaginelah, kalau terberanak dalam dewan peperiksaan tu, tak gelabah lecturer? 🀣

Selepas menikmati cuti yang agak panjang, aku pun kembali ke bumi UIA. Memang tak dinafikan, dalam fikiran aku, sumpah risau sebab tak kenal batch bawah aku.😨 Ada jugaklah kawan-kawan yang aku kenal tapi tak pernah work as groupmate. Alhamdulillah aku tak keseorangan, ada rakan seperjuangan yang menemani, iaitu Anis Amani sebab dia pun on leave, attended programme exchange student dekat USA. Tapi malangnya, ada dua kelas je aku sama dengan dia, yang lain tidak guys. Allah Maha Kaya, dia hantar aku kawan yang sekepala and so understanding gitu namely Akmal Nur Hazimah & Reen Jazleen. So far batch bawah ni okay, Alhamdulillah. Disebabkan aku pun tak kenal sangat depa, ada yang aku kenal tapi beberapa kerat jer. Jadi aku pun buatlah hal aku😁

Subjek untuk Tahun Ketiga, Semester Pertama ni agak mencabar. Aku rasa macam agak berat dan padat, namely: Land Law, Company Law, Public International Law, Bahasa Melayu Perundangan, Equity & Trust, Islamic Law Of Property (Elective), Usul Fiqh III (Arabic) and Family Management & Parenting (Cocurriculum).πŸ“š

Untuk subjek Usul-Fiqh III (Arabic) ni, hanya kami dua ketul je (aku dan Anis Amani) dalam kelas. Tiga jam straight setiap Jumaat. Baca, i'rob, tak tahu maksud semua lalu sama-sama. Sebab, kami batch last guna silibus lama. Jadi Head of Department nak kami follow silibus lama, jadi inilah penangannya. Tapi tak dinafikan best sangat, sebab dapat belajar tu mendalam sikit😍

Pengalaman yang paling mencabar dan berharga yang tak dapat aku lupakan dekat 3rd Year ni adalah tiga fasa yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mental aku ini. After, all of these things settled, aku rasa puas sangat-sangat. That three phase are;

#1 Seminggu sebelum cuti mid-semester.

Bermula dari Jumaat, non-stop sampailah Khamis seterusnya.

🌱 Mid-sem Examination : PIL (Friday)
🌱 Mid-sem Examination : Land (Monday)
🌱 Presentation : Company Law (Tuesday)
🌱 Quiz : Equity & Trust I (Wednesday)
🌱 Mid-sem Examination : Usul Fiqh III (Thursday)

#2 Seminggu sebelum Final Examination

Penat tak habis lagi sebab balik dari settlekan bab Noah, ditambah lagi dengan non-stop assessment, namely:

🌱 Presentation Islamic Law of Property (Monday)
🌱 Perbicaraan Olok-olok (Monday)
🌱 Presentation Problem Based Learning Land Law (Tuesday)
🌱 Syafawi Usul Fiqh III (Wednesday)

#3 During Study Week

🌱 Final Islamic Law of Property (23/12)
🌱 Final Usul Fiqh (24/12)
🌱 Written PBL Land Law (26/12)
🌱 Assignment Islamic Law of Property (26/12)

Pss:// Aku rasa sedih waktu ni sebab groupmate aku semua pentingkan diri sendiri dengan alasan 'nak baca buku, ada exam'. Come on guys, aku pun ada exam. Takkan nak lulus sorang-sorang kot πŸ™„ Ada juga yang menghilang entah kemana, Am sho shad ! 

Lepas apa yang jadi dekat aku berhadapan dengan orang yang pentingkan diri sendiri ni, aku rasa sangat puas sebab dapatkan selesaikan tugas dengan baik. AlhamdulillahπŸ’• Satu yang aku belajar dari semester ni, walaupun hati aku sangat  sedih pada waktu itu tapi Allah tetap hiburkan hati aku dengan cara Dia telah permudahkan urusan aku dengan apa yang aku betul-betul faham & ingat tu lah yang ditanya dalam final examination. Maka terbuktilah, doa orang teraniaya ni dimakbulkan.



🌱 Final Equity & Trust I (27/12)
🌱 Submission Law Attachment Programme Application Form (27/12)


Another thing yang sangat memorable dalam 3rd Year, First Semester ni ialah Perbicaraan Olok-Olok. Dekat sini, aku rasa macam puas hati sangat-sangat bila boleh perform 'segempak' itu and kumpulan aku ialah kumpulan favourite cikgu. Tak sangka kami semua 'the best'. Alhamdulillah semua went well. My mark for that 22/25, Ah! Thank you so mmuch script team, prop team (team aku), videography team and the most thanks to Yasser selaku director, yang berjaya buatkan cikgu confuse siapa pembunuh si Suhaimi πŸ˜‚ Feel like Big Family bruh 🎬


Barisan belakang dari kiri: Aina(Peguam Bela), Atirah (Jiran), Fauwaz (Pegawai Penyiasat), Firdaus (Hakim), Saed (Peguam Bela/Pembunuh sebenar), Yasser (Si mati/Jurubahasa), Ainis (Bibik), Iffah (Kawan OKT), Naznin (Isteri Si mati).
Barisan hadapan dari kiri: Tasha (Pemandu), Marrisa (OKT), Sofea (Pakar Pathologi) dan Najjah (Pendakwaraya) 

Then, thing that I can't forget in this precious semester was presentation of Problem Based Learning of Land Law I. Pada pendapat aku, aku rasa this time, memang group aku all outπŸ“š
Terima kasih hangpa semua, being part of my student life. We did it!


Dari kiri: Syaheera Aina, Reen Jasleen, Noratirah, Akmal Nurhazimah selaku consel Encik Rafee pada hari ini. 


Paper yang paling teruk semester ini adalah Land Law dan Company Law. Land Law tu taktahu apa yg aku bohongkan, sumpah rasa blur sungguh. Yang Company Law tu, hanya satu soalan yang aku agak confident yang lain tu tulisan dah macam cakar ayam. Rugi rasanya dua paper ni. CAM dah melayakkan diri untuk B and above. ALLAHU😭
Moga Allah luluskan Noratirah Binti Ahmad. Allahumma Amin !

The result;
 Land Law : B-
Company Law : B

Alhamdulillah dapat banyak ni dan setakat ini. Walaupun ada sedikit sesalan kenapa tak buat betul-betul duluπŸ˜ͺ
Takpa semester depan ada lagi insyaAllah. Fighting six day to go πŸ’ͺ🏼

Okay! Setakat ini dulu perjalanan aku sebagai pelajar undang-undang bahagia ketiga. InsyaAllah, panjang umur akan kusambung bercerita. For now, Alhamdulillah boleh tarik nafas lega sikit. 1½ semester to go. Doakan aku ya kalian?πŸ’•

Pss; Thank you, my husband bcs you're always with me, support me ilysm !

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCONπŸ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) πŸ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = πŸ”₯