TIPS MERAWAT RUAM LAMPIN ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah senantiasa merahmati kita๐Ÿคฒ๐Ÿป

Entri kali ini, aku akan kongsikan sedikit tips untuk merawat ruam lampin. Dari mana aku dapat tips ni, sudah pastilah dari kesilapan gitu. Kata orang tua-tua belajar dari kesilapan๐ŸŽˆ

Apa itu ruam lampin?

Ruam lampin adalah sejenis keradangan kulit yang lazim dan dicirikan oleh warna kemerah-merahan yang merengsakan sehingga bayi rasa terganggu dan tidak senang. Hal ini biasa terjadi kepada bayi yang berumur antara sembilan hingga dua belas bulan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dgn ruam lampin boleh rujuk laman web Baby Center & The Asian Parent

Antara punca-punca ruam lampin adalah seperti berikut:

๐Ÿ‘ถ๐Ÿป Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

๐Ÿ‘ถ๐Ÿป Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

๐Ÿ‘ถ๐Ÿป Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Untuk maklumat lanjut berkenaqn dgn punca-punca ruam lampin, boleh lah rujuk laman web Sirap Limau

Sebelum ni, Noah tak pernah lagi kena ruam lampin. Dalam tahun ni, waktu dia berumur 8 bulan lebih baru dia kena ruam lampin. First sekali, aku just nampak merah-merah dekat alur bontot dia, sebab waktu tu najis dia agak keras. Jadi aku ingatkan perkara biasa. Selang dua tiga hari, aku perasan ada macam biji-biji dekat kemaluan dia. Waktu aku sentuh merah-merah dan biji-biji tu, dia mula tak selesa dan nangis-nangis.

Aku pun tak tahu apa punca utama Noah jadi ruam ni, sebab semua punca dekat atas tu ada for example, najis noah memang cair selepas najis dia keras and Noah pun tumbuh gigi dalam masa yang sama.


Jadi apa yang aku buat :-

1) Beli ubat sapu khusus untuk ruam lampin

Aku tak survey pun ubat untuk ruam ni. Terus pergi farmasi tanya berkenaan dgn ubat untuk ruam lampin. Then, pharmacist tu tanya aku, usia budak berapa tahun dan dia suggestkan Calamine Cream untuk aku.

๐Ÿ’Š Calamine Cream
๐Ÿ’ต Price: RM 7.50
๐Ÿ“Farmasi Teratai, Langkawi
2)Beli pampers yang sangat menyerap

Waktu Noah kena ruam lampin, aku beli pampers yang sangat menyerap which means that, bila baby kencing, pampers tu tetap kering. Aku pilih brand Drypers; Wee Wee Dry ๐ŸŒผ


๐Ÿ’Š Drypers Wee Wee Dry
๐Ÿ’ต Price: RM 28.90
๐Ÿ“KH Nizam, Padang Matsirat




Bila dah ada dua benda ni, barulah kita boleh mulakan dengan langkah-langkah yg kita perlu buat terutamanya selepas kita bersihkan bayi atau selepas bayi mandi untuk mengelakkan ruam lampin yg parah.

Langkah-langkah untuk merawat ruam lampin :-

#1 Lap bahagian kemaluan dan bontot bayi sehingga kering.

#2 Sapukan Calamine Cream dekat bahagian yg terkena ruam.

#3 Pakaikan pampers Drypers atau apa-apa sahaja pampers dgn syarat pampers tu sangat-sangat menyerap.

#4 Jangan biarkan bayi pakai pampers dgn begitu lama. Sentiasa salin pampers untuk kesan yg lebih efektif.

Nasihat aku, pilihlah pampers yg sesuai untuk bayi kita. Jagalah kebersihan mereka. Jangan biarkan air kecing ataupun najis lama-lama. Jadi sampai disini sahaja coretan petua dari aku. Moga bermanfaat untuk semua ๐Ÿ’•


Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ