ONLINE LEARNING'S JOURNEY📚

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mudah mudahan kita semua sentiasa berada dalam nikmat iman dan Islam 💗

Fuh! Berhabuk sudah blog aku. Lama tak update dek sibuk pabila berada di rumah sekarang ! Al-maklumlah UIA bagi students cuti dari 18 March 2020 hingga 31 May 2020 disebabkan oleh PKP ini. InsyaAllah, dalam entri ini aku akan kongsikan pengalaman aku sepanjang belajar atas talian ni atau dalam bahasa omputeh we called it online learning gituh. Sebelum becerita panjang lebar ni, aku nak bagitau yang aku rindu dekat meja study aku kat UIA 😪

Rindunye nak tulis notes dekat meja ni, sambil memandang awan gituh. 


Pada hujung bulan Mei, pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengumumkan T&C akan diteruskan melalui atas talian atau 'online' dek penularan wabak COVID-19 ni dimana kerajaan telah memutuskan untuk menagguhkan sebarang aktiviti yang melibatkan perhimpunan beramai-ramai atas apa jua tujuan termasuklah pengajian di universiti. The first two weeks, started from 1 June 2020 adalah minggu percubaan or trial weeks for the lecturers and the students in adapting the new norms of e-learning. Alhamdulillah, everything was quite good. Selepas trial weeks ni, on 15th June barulah bermula sesi pembelejaran yang official. Disinilah bermulanya susah payah belajar secara online,even nampak simple sangat. Just duduk depan laptop then belajar, not at all ye guys, tak sama langsung macam physical class gituh 😂 Secara peribadi memang tidak dapat dinafikan pembelajaran secara online ni memang sangat mencabar tapi  bagi aku, aku rasa macam best pulak pembelajaran online ni, mungkin sebab aku dekat dengan keluarga dan yang paling utama, anak aku si Noah Ramadhan.

So, there are my highlighted points during e-learning ni 😘 

#1 Medium Teaching & Learning

Medium pembelajaran yang digunakan oleh lecturers adalah berbeza dan mengikut citarasa masing-masing. Ada lecturer yang suka bila ada interaction dengan students, maybe buatkan kelas tak 'krik-krik' thus they inclined to choose live punya learning such as Zoom or Google Meet. On the other hand, ada jugak lecturers yang suka pre-recorded lecture sebab took into consideration students yang takdak connection dan students yang ada problems dengan e-learning.

Tips ketika e-learning secara live

  • Sila pastikan camera anda 'off' ye anak-anak kalau anda belum lagi ready.
  • Sila pastikan microphone anda 'off' ni yang paling penting guys, mana tau ada bunyi bunyi yang tak diingini behind the scene tu mau kena sakat setiap next class 😂
  • Jangan dok buat pala tahu and faham nah. Ambik kertas, jot down isi penting by lecturers, insyaAllah nanti kita akan cepat faham !

#2 Preparation for E-Learning

Okay, yang ni part paling penting sekali guys. Merana kalau takdak materials untuk hadap e-learning ni. Dekat sini aku akan bahagikan beberapa points lah ya yang perlu sangat-sangat untuk kita ambik berat, which are:
  1. Devices for E-learning

    Laptop and hand-phone are really important tau guys dalam buat online learning ni. Kalau nak lagi mudah better download apps such as Zoom, Google Meet and so on siap-siap dekat phone. Malas nau kan nak bukak laptop? Jadi, senangkan cerita download je apps tu, gituh ! In case, kalau bangun lewat still boleh catch up lagi sebab phone selalu di tangan kan? Undeniable 😜

  2. Line & Data

    Yang ni pun paling pentinglah untuk kita alert because if takdak data macam mana lah kita nak buat e-learning ni bukan? Pastikan data ni betul-betul lah kuat and macam mana nak tau line kita betul-betul kuat kenalah download apps open signals. Dalam apps ni, kita boleh tahu which line yang paling kuat, so if line yang kita pakai tu agak kuat alhamdulillah, if not better tukar huhu. Sebab nanti jab-jab kita akan terkeluar atau muka lecturer kejong dekat phone/lappy. Then, untuk data pulak, ni yang boleh bawak gaduh weh ! Dalam hal ni kita kena bijak memilih data. Lagipun sepanjang PKP ni, kerajaan bagi data 1GB sehari, kalau Zoom mungkin akan habis 1GB ni, kalau through Google Meet, insyaAllah jimat.

    🌵 Cara Uruskan Data/Pelan Internet

    Aku guna pelan Digi Prepaid, jadinya aku beli data untuk sebulan RM 15. Package aku ambik ni as below:

    - Unlimited Social - Facebook, Twitter, Instagram
    - Unlimited Youtube
    - 6GB Internet per month
    - Free 1GB per day ( given by the government which is aku pun tebus tiap-tiap hari)

    🍀Monday Class

    Land Law & Company Law guna Facebook live, so dekat sini aku dah jimat data sikit sebab Unlimited Social untuk Facebook. Line pun agak laju dan tak buffering gituh. Then, sebelah petang pulak aku ada tutorial Land which used Google Meet as medium for learning, and this Google Meet tak makan data banyak sangat serious, satu kelas dalam 300-500 Mbs gitu je. Untuk Tutorial PIL pulak, Madam decided untuk tak buat, only for the presenters je nak present guna Google Meet. 

    🍀Tuesday Class

    Okay, hari Selasa ni memang makan data sikit, sebab memang agak pack lah Selasa aku. First class which was Trust guna Google Meet, then PIL guna youtube sebab Madam prerecorded lecture and Usul Fiqh II guna Zoom. Jujurnya Zoom memang makan data weh. Aku rasa hampir 1GB untuk satu jam. Then, tutorial Usul ni kami guna Google Meet. Sebelah petang pulak, tutorial Company & Class ILM kami guna Google Meet jugak. So macam boleh kampoi sikitlah data ni untuk hari Selasa yang  agak pack ni.

    🍀Wednesday Class

    Kelas untuk hari Rabu ni macam okay jugaklah. Land Law & Company Law guna Facebook live, jadi jimatlah dekat sini sebab aku ada Unlimited Social for a month. Untuk Tutorial Trust takdak kelas sangat pun. Then, untuk ILM kelas, kami guna Google Meet.

    🍀Thursday Class

    Kelas hari Khamis macam okay jugak, Trust kami guna Google Meet, PIL macam biasalah through Youtube and Usul Fiqh, kami guna Zoom. Untuk kelas ILM yang sebelah petang pulak, kami guna Google Meet.



  3. Place to Study

    Allah, inilah yang penting jugak taktaulah nak kata semua penting weh, haha. Aku ni memang tak boleh study dekat rumah sumpah doh dengan anak kecik lagi, waktu aku kelas online tu lah dia nak nangis lah apa, nak mintak cebok, minum susu. Allah, stress jugak weh ! Serious aku tak tipu. Jadinya, aku cakap dekat mak aku aku nak study, mak aku suruhlah aku study dekat rumah belakang which is rumah mak aku kasi dekat aku untuk aku stay lepas habis study nanti dengan Azree and Noah. Alhamdulillah, okaylah study dekat sini dapat catch up banyak jugak. Thank you mak !

    Aku tau tak semua orang dapat suasana yang kondusif, jadinya duduk berbincang dengan parents elok-elok. Beritahu mereka jadual anda semua untuk memudahkan pembelajaran anda. Kalau lah tak boleh sangat suasana di rumah ni, mintaklah dekat pihak universiti untuk stay dekat hostel. Benda ni tak boleh buat main sebab dia melibatkan mental health kita ! Ada some of my friends depressed sampai nak bunuh diri sebab susah nak belajar dekat rumah, adik tak faham, main dekat dengan tempat kita tengah belajar. Allahu ! Moga Allah permudahkan urusan hangpa semua.

  4. Material to Study - Books, Slides and Printer.

    Yang ni pun kira penting guys, betullah semua penting huhu 😅 Personally, aku rasa time study online ni slides pun dah mencukupi sebabnya bila lecturer explain kita rujuk slide alhamdulillah semua okay, kita boleh je catch-up ! Tapi bila ada open book test ni yg bermasalah kalau takdak buku weh, sebab ada benda yg takdak dalam slides ada dalam buku, huhu.

    Bab buku ni pun bermasalah, sebabnya aku tinggal semua weh buku dekat hostel dengan harapan UIA akan tangguh sem, mananye dia teruskan jugak sedih oh aku ! Lepas tu, kan tak boleh rentas negeri, memang terlepas weh nak isi form for retrieving study materials, terfikirlah if nak isi pun takdak guna sebab flight pun takdak waktu tu ada pun one way sampai RM300++, then kena naik turun balai mintak kebenaran nak rentas negeri sakit o. Tapi Alhamdulilah, Allah mudahkan urusan aku sebab sebelum second round dah boleh rentas negeri, then kebetulan suami aku ada dekat belah KL sebelum nak balik datang jumpak aku dan Noah. Then aku pun teruslah, texted principal Mahallah cakap husband aku nak ambik buku sebab aku ada examination and submission within this week and she allowed my husband to take my belongings. Jadinya, husband aku tolong ambikkan buku untuk aku, terima kasih hubby dan sister-in-laws 💞 Serious weh lepas susun buku tu rasa semangat lain macam weh. Haha, tapi bukan ku perform sangat pun! 

    Bab printer ni pulak, aku angan lama dah nak beli printer ni dari dekat universiti lagi tapi biasalah bila dah RM150++ jadi malas lah pulak sebabnye aku ni kedekut. Lepas je suami aku balik sini bawak buku aku, aku happy giler. Then, dia belikan printer dekat kawan mak dia which kawan mak dia taknak ambik duit tapi hubby aku tetap bayar RM80. Bukan satu weh, tapi dua dia bawak balik. Alhamdulilah semua dalam keadaan baik walaupun second hand. Banyaklah printer ni membantu aku, aku just beli ink ntuk tank tu semua total dalam RM105 ceggitu je. Aku ni pulak kalau nak study jenis kena jot down notes tak boleh baca slides dalam phone/laptop per se gitu, tak reti. Hahaha 🤣

#4 Assessment/ Carry Mark

Okay, yang ni yang paling takut sekali tapi insyaAllah okay saje. Assessment macam biasa cuma submission dia through online sahaja. Ada jugak subject yang macam leceh sikit. So, dekat bawah ni aku akan ceritakan one by one assessment method by subject.


  • Land Law II by Dr. Sharifah Zubaidah  (Total Carry Mark aku : 39.4/50)

Okay subject ni agak interesting tapi banyak benda yg kena mengingatnyer. Antara assessment oleh Madam as below:

- Take Home Test

- Participation which consists three presentations per group throughout semester

- Problem Based Learning 

- Quizzes

- Final Examination


  • Company Law by Dr. Halyani (Total Carry Mark aku : 43/60) 

- Presentation & Written Assignments

Aku dan partner aku, kak Fatin Zulaikha consult Madam untuk presentation through Google Meet, lepas consultation tu, Madam mintak kami submit slides untuk disemak. Malam tu, Madam texted aku, she asked me whether I am free or not, aku cakaplah aku free then dia call aku weh through whatsapp. Dr. Halyani best sangat kalau ambik dengan dia, dah lah faham weh. Lepastu, dia sanggup call untuk terangkan yang aku salah and supposedly jawapannya macam lain. Dia terang aku satu per satu, sebaknya rasa sebab ada lecturer yang sanggup buat macam ni. Ku doakan moga Tuhan mudahkan urusan Dr. Halyani dunia dan di akhirat 💗

- Take Home Test

- Legal Opinion


  • Trust by Dr. Noriah

Sumpah subject paling relaks throughout semester sebab sepanjang online learning takdaklah pulak tutorial, memang kosong ler tiap Rabu. Tapi, final dia aku taktau nak kata apa, banyak weh batch aku yang repeat subject ni sem sebelum ni. Moga aku lulus dengan cemerlang. Antara Assessment oleh Madam as below:

-Mid-term Examination

-Oral Test

-Quizes consists Cnstructive Trustee + Presumed Resulting Trust & Completely & Incompletely Constituted Trust

- Common Quizes


  • Public International Law II by Dr. Areej ( Total Carry Mark Aku : 45/60)

- Mid-term examinantion

- Presentation

- Written Presentation


  • Usul Fiqh IV by Dr. Halima (Total Carry Mark Aku : 54/70)

Subject ni paling best sebab kita belajar usul fiqh yang lebih kepada pemahaman dari sudut lughah/bahasa Arab tu sendiri. Lepastu, ustazah pun ajar faham dan dia selalu ulang dan buat mind map tu. Tapi aku seram doh dekat presentation dia. Memang aku gagap dan jadi blank gile bila dia tanya dengan muka dia yang nampak macam marah. Dia keep asking sampai boleh dekat dia ! Tapi best dan memang lebih faham kalau kena macam ni. Antara assessment ustazah as below :

-Group Assignment 

-Individual Assignment

-Oral Presentation 

-Group Project

- Participation

- Final Continuous Assessment


  • Islamic Legal Maxims by Dr. Muhammad Naim

Sumpah, ustaz ni paling sempoi ya Allah. Memang relaks gile masuk kelas dia. Assignment pun tak membebankan walaupun banyak, mostly boleh tengok buku, hehe. Sumpah weh, recommended ambik ngan ustaz ni. Bahasa mudah jangan dok habaq. Antara assessment dia as below:

-Weekly Discussions

- Mid-term examination

-Group Assignment

-Individual Assignments

-Oral Test

-Group presentation

-Final Continuous Assessment 


  • Cooking Skills I

Untuk kelas Cooking Skills ni, not bad lah sangat sebab kelas ni bukan selalu ada. Aku rasa empat kelas jelah kot sepanjang e-learning ni. Antara assessment yang chef tu bagi adalah :

- 7 Individuals Video Assignment

- 1 Group Video Assignment

- Take Home Test

🌱 Semua Assessment ni macam biasa sebab macam physical class cara buatnye. Tapi, dia punya assessment tu macam banyak sikit and time untuk submit tu non-stop weh. Aku rasa macam tak boleh bernyawa, tidoq semua tak cukup sampaikan mata takmau lelap sebab akhir semester asyik berjaga je. Tapi Allahu Akhbar, Allah Maha Kuasa dan Alhamdulillah aku manage untuk harungi saat-saat getir tu.

#5 Final Examination

Nilah part yang aku paling benci sekali sebab macam biasa tak cukup masa weh. Haih! Untuk hadap final ni, aku memang baca dan fahamkan gists dia dulu even final kalini hanyalah open book test, but tak menyempat weh. Jujur aku cakap! Ada pilihan untuk type or handwriting, dua dua aku rasa tak sempat doh, kalau type nak download dan upload kalau handwriting pulak nak scan pulak, nak convert and hantar. Allahu Rabbi! Antara submission yg aku lambat submit as below:

  • Public International Law II : Aku lewat 2 minit
  • Land Law II : Aku lewat 7 minit
  • Trust : Aku lewat 4 minit
  • Company Law II : Aku lewat submission 9 minit

Aku harap sangat tak kena penalty. Memanglah selak buku je tapi kita yang nak buat ni tak menyempat weh, mana nak apply dalam current case lagi. Soalan pun dah cecah dua muka surat. Memang sakitlah! Ni part yg paling aku tak suka weh final during online learning, menyusahkan! Tapi time management memang penting, tapi tu lah taktau nak manage macam mana sebab aku rasa semua penting and banyak sangat benda nak tulis 😂 Kalau aku preferlah jawab final dekat Kuliyyah even tak boleh refer buku huhu😭

Untuk siapa-siapa yang baca ni, doakanlah aku tau? Ya Allah permudahkan urusan Noratirah untuk dapat result yang okay, Allahumma Aameen 🤲🏻
Pss// Result aku paling teruk deh semester ni, tapi okay lah masih bertahan untuk tak cipta C or C+ dalam result examination sepanjang degree ni ! Alhamdulillah. Takpa kita usaha lagi next semester. hahahah

Sekian sahaja, perkongsian dari aku yang sengaja melalut nak tulis blog sebab rindu weh lama tak buat luahan dekat sini. Moga kita berjumpa lagi di entri yang akan datang, InsyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥