INTERNSHIP'S STORY πŸ“‹

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Moga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat πŸ’œ

Entri kali ini, insyaAllah aku nak ceritakan sedikit perjalanan aku sebagai 'internee' di sebuah firma guaman di Langkawi which will be ended lebih kurang dalam dua minggu lagi (waktu aku mula tulis this entry, haha) . Yeay ! Tak sabarnya πŸ˜‚ Penat ulang alik tu jer! 


Sebagai mukhadimmah, internship atau praktikal sememangnya familiar di kalangan mahasiswa terutamanya yang tengah degree. Di UIA, Praktikal memang menjadi salah satu syarat untuk graduate. Hang takkan boleh grad selagi hang tak intern! Dekat AIKOL, kami panggil Law Attachment Programme or 'LAP' and untuk LAP ni kami boleh pilih dekat mana kami nak intern i.e. Court, IPD, Custom, Firm and so on. Jadi aku memilih untuk intern dekat Firm for the sake of my fourth year. Acewah πŸ“š

Aku intern dekat M.Fairuz & Partners yang beralamat di No. 74, Persiaran Mutiara 2, Pusat Dagangan Kelana Mas, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah, Malaysia. This legal firm practises all area of laws including civil litigation, criminal litigation, Shariah litigation and conveyancing. Sebelum aku intern aku dah cari siap-siap dah tempat yang bakal aku intern ni, untuk nak jimatkan masa waktu first day nanti. Acah nak datang awal gituh.

Cakap pasal first day, aku datang ke firma ni punyalah awal, tengok-tengok tak bukak lagi weh dia punya firma ni. Gabra punya pasal, aku pun textlah senior aku, Kak Teha untuk tanya about this firm bukak bila, haha dia pun tak pasti sebab dia intern dekat court. Then, aku tanya kak Ten Hosna pulak, dia pun intern dekat court. Pergh, cuak habis bhai ! Lepas tu, aku tak tau nak tanya siapa, aku call office tak berangkat! Aku pun email lah ke firm ni, nasib baiklah dia reply. Pastu lawyer suruh aku tunggu for his staff to come. Tunggu lah aku ni ! Tetiba pintu office tu dan terangkat, aku pun tolak lah pintu tu, pelik weh still terkunci. Tetiba ada staff firm ni tanya aku, "ada apa tah datang ke sini?" Aku pun jawab lah, saya intern dekat sini. Dia cakap lagi, Intern? Tak diberitahu apapun. Aku dalam hati 'ha, sudah!' Aku macam pelik, takkan ada internee nak masuk bos tak bagitau staff. Lepastu, sembang punya sembang, rupa-rupanya kak ni merupakan  conveyancing clerk, dia cerita yang dia lewat sebab ke Pejabat Tanah dulu memandangkan firm ni takdak runner. Lepas beberapa minit kemudian litigation clerk datang, sumpah first expression aku 'muka garang nak mampus'. Aku tanya dia tarikh lawyer ke court dia pass diary macam tu je. Aku dah macam haih ! Tapi bila lama-lama kenal baik jer.

Suasana dalam firm ni memang bersih, kemas dan teratur. Rasa sejuk jer. Yang paling aku happy sebab ada bilik air dan tempat solat yang amat kondusif, lepas tu telekung pun disediakan. Minggu first, bila lunch je aku banyak luangkan masa dengan Zulaikha kawan sekolah menengah aku. Alhamdulillah, ada jugak kawan. Lepas je Covid naik, terus Zulaikha taknak makan dekat luar, hehe. Aku pun bungkus je nasi makan dalam office waktu lunch. Senang tak payah terkejar kejar nak solat. So, aku beli nasi dekat kedai Kak Timah, sumpah nak bagitau puas hati gile, harga jangan cakap memang murah sangat ! Btw, saja nak bagitau yang aku pergi kerja naik moto lebih kurang dalam 15 minit jugaklah dari rumah aku.




Aku banyak belajar dengan kak Salezah, iaitu conveyancing clerk. Ya Allah baik gila, tak kedekut ilmu dan banyak gila ilmu kak Salezah ni ! Mudah faham bila dia terangkan something related dengan conveyancing siap bagi sample agreement apa yang kita tanya, tak pernah takdak ! Memang rasa selesa gila dengan kak Salezah ni. Lepas tu, aku adore gila dengan dia cara dia bercakap memang tegas dan dia seorang yang kalau tak boleh buat agreement/kalau betul client has no right, memang dia kata tak boleh buat ! Adore kak Salezah. Kak Salezah banyak jugak kongsikan cerita, petua dan resepi, best sangat ! Kalau dengan kak Maryati pulak, kami banyak kongsi pasai deco-deco rumah, dia selalu tanya pendapat nak beli perabot ker, tudung ker. Hihi comel weh ! Dia memang baik even sebelum ni aku cakap muka dia nampak garang. Kami selalu beli lunch sama-sama. Actually kak Maryati ni isteri kepada Encik Fairuz. Apart from that, memandangkan aku dah kahwin so that's why we can go this far, agak rapat jugaklah. Kalau dengan bos, aku tak berapa cakap sangat. Sebab aku macam segan, sometimes je aku bukak mulut tanya dia pasal procedure dekat court dan sebagainya. Aku banyak belajar conveyancing jer !

Lepas tu pengalaman ke mahkamah, alamak memalukan ! Phew. Dekat Mahkamah Majistret Langkawi, aku ni dah lah tak pernah jejak kaki ke court ni. Apatah lagi nak langkah masuk court room, macam orang taktau apa weh. Atas nasihat senior aku, benda pertama aku buat bila sampai ke court tu, aku pergi jumpa akak jurubahasa untuk minta kebenaran nak dengar hearing/mention. Alhamdulillah depa semua okay, baik je. Lepas tu, aku jumpa Encik Fairuz dekat court sampai aku tanya dia nak duduk dekat mana dalam court tu, sebab risau kena tegur dengan hakim. Sumpah first time weh, sampai Encik Fairuz tanya aku first time ke? Hahahahahaha ! Perak weh.Tapi best weh bila attend Mahkamah Majistret ni, rasa welcoming sangat !


Dekat Mahkamah Rendah Syariah lain pulak ceritanya. Macam biasalah aku p masuk jumpa encik yang jaga counter tu, minta kebenaran untuk masuk tengok perbicaraan. Encik tu bagi tapi kena ada supervisor sekali, senang cerita aku mai tengok kes supervisor aku je lah. First time experience, jejak kaki dekat sini lagi memalukan weh ! Aku p duduk sebelah audience lelaki, sampai polis mahkamah tu tegur aku. Sumpah malu ! haih. Setiap masuk mahkamah ni, aku rasa sedih dan dalam masa yang sama takut. Bukan apa, bila dengar kes kebanyakan sampai cerai. Main dengan feeling and emotion betul ! Ada sekali aku p mahkamah ni, aku rasa macam nak teriyak dan benci dekat polis mahkamah tu. Dia tau aku ni internee dia tak bagi aku masuk weh tengok kes supervisor aku, jadi tunggu bapak lagi, aku pun terus balik office. Sejak haritu, ada kes kat Mahkamah Syariah aku memang takmau pi dah. Tak rasa welcoming langsung **emotional**

Tapi the best moment dalam hidup aku waktu attend Mahkamah Syariah ni, bila aku tengok penghakiman berpijak kepada Defendant yang diwakili oleh Peguam Fairuz (Master), ya Allah kepuasan dia tu buatkan aku teruja. The ultimate happiness for the client when he won the case, I think! Doakan moga Noratirah Ahmad boleh jadi lawyer yang berjaya di dunia dan di akhirat 🀲🏻


Aku mati-mati ingat lawyer ni kerja dekat office pergi court, pergi court kerja dekat office. Padahal, bukan tu jer. Alhamdulillah aku dapat pengalaman ikut Kak Wa (bekas lawyer firm ni) ke pelaksanaan writ pemilikan. Bahasa mudah, lepas dapat penghakiman, so pihak yang menang ada hak lah, dalam kes bos aku ni, client dia nak robohkan rumah defendant yang buat atas tanah dia. Jadi lawyer kena pastikan client dia dapat hak seperti yang dinyatakan dalam penghakiman tu. Bila kali pertama attend writ pemilikan ni, rasa macam luas pandangan. Ada lawyer, ada bailiff,ada polis, ada orang yang bawa backhoe tu, ada defendant ada plantiff. Tapi, sebelum apa apa nak mula mesti ada drama. Isteri pakcik ni meninggal beberapa hari sebelum pelaksanaan writ ni, then dia mintaklah penangguhan, hakim pun benarkan. Jadi tunggu apa lagi? Baliklah office !



Then, hari last aku intern boss belanja pizza wuhhu. Alhamdulillah rezeki waktu tu. Bos cakap, nanti kalau nak chambering kalau dia still ada dekat sini, mai lah chambering sini. Alhamdulillah berasa semangat weh nak masuk 4th years hahahah. 



Memang best sebenarnya bidang undang-undang ni, tapi tu lah kena be ready sedia sebab orang akan tanya kita on the spot, tak dak masa dah nak tengok buku waktu tu. Pastu, kena pandai main psychology lak. Aku ni dah ler jenis emotional, confirm kena belajar banyak lagi! Pss, jangan lupa buat report nanti stress Hahaha.

Cerita pasal report ni, memandangkan keadaan COVID-19 yang tak menentu ni, UIA memutuskan untuk pelajar belajar through online. Jadi, report semua aku kena post. Total dalam RM 20 lebih jugak lah (Print + Postage) πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ


Report ni termasuk LAP REPORT + FORUM 1 + FORUM 2 + LOG BOOK + SUPERVISOR EVALUATION
 

Lepas report submission, interview will be held. Alhamdulillah aku kena dengar Dr. Najibah. Sebelum iv tu, aku tunggu lah Madam, tetengok Madam lupa, salah aku juga sebab tak ingatkan Madam hehe. Tapi takpa, sebab best sangat iv dengan Madam, dia okay je cakap bahasa campur campur. Relaks and madam sangat lah keibuan.  


Aku whatsapp Madam untuk tanya berkaitan
dengan masa yang Madam available for the interview.

For the LAP, itu sahaja weh. Lepas iv tu, tunggu result jer. Doakan lah aku bagi pass. Aku dok check result still not available. Ya Allah takut jugak bhai πŸ€ͺ

Sekian, ini sahaja pengalaman aku ntuk internship atau budak AIKOL panggil LAP and insyaAllah kita berjumpak di entri yang akan datang yer guys πŸ•Š️

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCONπŸ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) πŸ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = πŸ”₯