OH MY COVID VACCINE πŸ’‰

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan yang tak terhingga.

Entri kali ini aku nak ceritakan perjalanan vaksinasi aku dan suami. So sweet kan ? Sebab daftar dan dapat tarikh sekali weh untuk vaksinasi 😍 Pada mulanya kami memang takmau ambik vaksin sebab risau macam-macam dengan cerita orang such as komplikasi selepas dos yang kedua. But, kami decide untuk ambik vaksin lepas dapat tahu salah satu SOP untuk solat Jumaat di Negeri Kedah, individu tu mestilah dah ambik suntikan vaksin. Kemurungan ya Allah suamiku sebab dah lama tak pergi solat Jumaat 😒 Sebab daripada tu lah, aku dan suami pun tergerak hati untuk daftar vaksin. Senang nak buat apa-apa urusan nanti !



Petang, 9 Julai 2021
Kami, suami isteri pakat daftar masing-masing through apps MySejahtera. Memang mudah gila nak daftarkan vaksin ni, dan tak sampai 5 minit kalau buat dengan betul πŸ€— Aku buat alhamdulillah dah didaftarkan. Tapi, suami aku, sebaliknya lahai. Dia cakap tak boleh ler pulak. Then, aku pun buatlah untuk dia, alhamdulillah dia telah pun didaftarkan. Sementara tunggu dapat appointment first dose for vaccination, memang aku sentiasa check MySejahtera. Kalau lah boleh bercakap apps tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Lagi triggered lepas kawan-kawan aku kebanyakan dah dapat tarikh untuk vaksinasi (padahal baru daftar je weh, buat kalut jadi lah haha)

Pagi, Khamis 15/7/2021
Suami aku text minta nombor kad pengenalan sebab boss dia nak tolong untuk percepatkan tarikh vaksinasi. Suami aku kata mungkin 17/7 ni tapi tak pasti lagi lah. Aku mula cuak dah weh, 17/7 dalam masa dua hari lagi.. Aku tak period lagi ! Risau weh, kita ingatkan lambat period tetiba mengandung, lepas tu pergi vaksin. Allahu πŸ₯Ί Pastu aku cakap dekat suami, esoklah kita pergi Guardian beli pregnancy test.

Pagi, Jumaat 16/7/2021
Suami aku cakap yang dia dah dapat date untuk vaksinasi, 27/7/2021 - 8.30 pagi. Aku pun nak tengok jugak, tapi cari telefon tak jumpak pula sebab si Noah main phone semalam + aku tidur awal. Cari punya cari, bawah katil rupanya ! Lepas tu, aku check alahai sama tarikh dengan suamiku, finally taklah lama sangat tunggu dalam seminggu jer 😍 Appointment aku 9.00 pagi. Yeay boleh pergi sekali !

Okay, this one guys ! Bertempat di LICC baru dua tiga hari lepas
Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi up status yang vaksin
dah sampai Langkawi, Mega punya Program ❤️

Sebut pasai tempat vaksinasi ni, mesti ramai tertanya-tanya bukan? Sebab sebelum ni tak pernah dengaq pun. Perform tak perform Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, tudia siap bagi peta weh kat Facebook depaπŸ˜‚ 

Tudia, kemaih takdak dah tempat cucuk vaksin pun.
Rezeki orang Langkawi Alhamdulillah !πŸ˜‚


Tapi.. aku risau ya Allah sebab aku ni belum period and waktu suami aku bagitau dia dapat vaksin tu aku baru jer baca post lecturer aku, pasal fikir banyak kali kalau nak conceive waktu pandemik ni πŸ₯ΊπŸ˜’ Macam mana nak confirm appointment tu. Untuk pengetahuan y'alls, ibu mengandung bole ambik suntikan vaksin tapi kena between 14 weeks and 33 weeks. Aku suh suami aku confirm dulu sebab aku nak check dulu ! Dalam pukul 7.30 pagi tu, suami aku nak pergi beli sarapan aku suh dia belikan sekali pregnancy test kat CHOIS (tak sempat dah nak pergi Guardian bagai), takut mengandung punya pasal. Dia balik ja aku terus test, put three drops (grrr aku nampak dia naik dua line) and krik krik seketika. Sumpah, dalam hati confirm mengandung ! Aku pun buat slumber, pergi breakfast dengan harapan nak tunggu lagi 5 minit untuk keputusan yang tepat. Sekali kau..

Pada 16 Julai 2021, Hari Jumaat yang barakah ni,
Pertama sekali, Alhamdulillah kehadrat Ilahi.
Hanya Allah tahu perasaan yang bercampur baur ni.
Mana taknya, saya mengandung during pandemic guys 😌

Aku tunjuk kat husband aku, senyum bukan main lebar. Ulang taktahu yang ke berapa kali weh,  boleh kata dari ke pagi sampai ke tengah malam. Ayat lakiku be like 'sayang dulu kabur yang kali ni pekat kan?' Aku dalam hati "RIP my vaccination". Bukan main semangat suami aku harini, buat semua kerja rumah πŸ˜‚πŸ˜‚ Kelaku dia pun lain macam weh, happy teruk 😌 Plan aku esok/lusa nak pergi check dekat Klinik Ummi dan dapatkan nasihat pasal vaksin COVID ni, kalau betul mengandung 😁 Nampak tak yang aku ni kalot sungguh nak vaksin ! Tapi takpalah, ada hikmah disebalik semua ni kan ? And lambat laun pasti akan dapat jugak insyaAllah !

Pagi, Ahad 18/7/2021
Dalam pukul 8.45 pagi, aku dah mula siap weh untuk ke Klinik Ummi. Dalam pukul 9.30 pagi, baru bertolak ke Klinik Ummi (bawah 10 minit dah sampai) tapi disebabkan tunggu mak aku siap, hehe faham-faham ja lah. Sampai je kat klinik, aku terus gi daftar i.e. just bagi IC pastu tunggu duduk je. Masa tunggu turn tu, ya Allah ada drama pulak, seorang makcik tu (kata mak aku dia tak berapa okay sikit) tetiba masuk kat pintu receptionist, dia tanya tak boleh berak nak makan apa, ya Allah kesian weh. Pastu, dekat semua orang dia cerita benda tu. Sedihnya 😒 Lepas dua orang dah jumpak Dr., then giliran aku pulak. Aku ni biasalah gementar tak sudah😌 Aku pergi ngan mak aku sebab suami aku kerja, btw. 

Masuk bilik rawatan tu Dr Ummi tanya lah aku ada apa-apa masalah kesihatan ke? Aku cakaplah aku lambat period and Dr. tanya dah buat urine test ke, aku cakap ye and positif. Pastu, Dr. kata kalau macam tu kita just scan. Sementara nak scan ni, Dr tanya aku, habis belajar ke belum then kenalah ceramah sikit πŸ˜‚

"Kita sebagai perempuan kalau boleh ada kerjaya sendiri, ada duit sendiri. Untuk masa depan"

Masa Dr scan, aku tak nampak apa-apa lagi, dalam hati eh aku tak mengandung kot πŸ˜‚ Tapi bila tekan dalam sikit, baru nampak kantung baby. Amboih duduk dalamnye awak ! Baby belum nampak lagi😌 Comelnye kantung awak sayang πŸ₯Ί

Saya baru 4 minggu 1 hari πŸ‘ΆπŸ»Alhamdulillah ala kulli hal ya Allah 🀲🏼


Lepas check tu, Dr. Ummi sembang dengan mak aku. Memang geng kalau hak wanita ni πŸ˜‚ Lepas tu Dr. tengok mata aku, dia tarik sikit kelopak mata aku ke bawah and she told me that 'Atirah macam sikit pucat, ambik vitamin ye'. Then, aku sempat tanya, aku rasa cam sesak nafas bila lepas makan. Dr cakap sebab angin aku jadi macam tu, then Dr prescribe dekat aku ubat angin and makan bila perlu. Lastly, aku tanya sal vaksin. Haha, ni sebenarnya tujuan aku pergi klinik πŸ˜‚ Dr cakap, ibu mengandung boleh ambik vaksin tapi kena 13 weeks ke atas and no harm for vaccination πŸ₯° Dengar ni alhamdulillah lega banyak weh 🀲🏼 Bayaran semua RM 63 ❤️

Yang red tu vitamin, yang pink tu ubat angin πŸ₯°

Apa yang aku buat bila aku baru je dapat tahu yang aku mengandung and at the same time aku dah dapat appointment vaksin ?

Sebenarnya takdak masalah sangat pun weh. Just, masalah bagi aku, sama ada aku perlu tekan butang confirm ke, reject ke atau biarkan saja dalam apps MySejahtera. Aku fikir banyak kali ni, nak call ke hotline tu (mesti orang tengah sibuk), last sekali aku messenger je Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi.

Alhamdulillah, good respond dari Admin.
Thank you so mmuch Admin πŸ’“

Admin mintak aku pilih tak hadir temu janji dan nyatakan sebab tak hadir. Banyak bhai pilihan dia, aku taktau nak pilih apa sebab tengok semua tak berkenaan dengan pregnancy, last sekali aku cakap ada perkara lain yang hendak dilakukan πŸ˜‚ Lepas aku submit, status dekat MySejahtera pun berubah.



Sekali, admin Pejabat Kesihatan suruh aku ambik nombor 3 ni, nasib baik hehe tidak naya aku (buat kepala tau sangat). Apapun, terima kasih nah Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi memang recommended sangat, baik layanan dari admin especially ❤️πŸ€—

After beberapa hari, status dekat MySejahtera aku dah berubah weh. I have no idea at all sampailah aku tergerak hati nak check that apps. Kiranya status kat MySejahtera aku tu dia berubah jadi asal balik/assessment ❤️







Pagi, Selasa 27/7/2021
Waktu main phone, tetiba ada notification MySejahtera tu. Ya Allah, aku bukak esok weh appointment, pukul 10.30 pagi. Cuak weh aku ! Aku dah taktau nak buat macam mana, sebab banyak kali sangat dah nak tanya admin Kesihatan Langkawi, kesian pulak dengan kes naik mendadak dekat sini. Aku pun try gi ke helpdesk dalam apps tu untuk nak tanya sal concern aku nih. Dalam email tu dalam masa 5 hari baru dapat jawapan. Aku pun apa lagi call terus Pusat Imunisasi Kebangsaan, then line sibuk lah pulakπŸ˜…  Takdak pilihan, aku tanya lagi admin Pejabat Kesihatan Langkawi, dia mintak aku pilih tidak berhasrat untuk vaksinasi. Petang tu, terus ada call masuk. Dia cakap alert tak ada tarikh untuk vaksin aku kata ye. Saya cancel sebab saya pregnant tak sampai 14 weeks, pastu dia cakap takpa kalau macam tu saya hold dulu. 

Phew~ selesai dekat sini, InsyaAllah lepas ni aku buat sambungan untuk dos pertama aku tau? Moga bersua lagi di entri yang akan datang ❤️ Bye bye hampa πŸ‘‹πŸΌ

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCONπŸ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) πŸ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = πŸ”₯