PENGALAMAN BUASIR SEMASA HAMIL 💩

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan dan iman kepada kita semua 🤲🏼

Entri kali ini, aku nak kongsikan pengalaman aku hidapi buasir semasa hamil. Aku kena buasir ni pada trimester yang ketiga dan apa yang aku ikhtiar untuk kecutkan buasir ni.

Jadi je buasir tu terus takut sebab terfikir, aku nak bersalin macam mana kena czer ke? Boleh bersalin normal ke? Ya Allah memang takut 😭 Kebanyakan aku baca, doktor tengok tahap buasir tu macam mana~ Kalau teruk sangat, memang kena czer plus nanti depa akan operate buang buasir tu. Apapun aku tengah usaha nak kecutkan, nak sangat bersalin normal 😭

Al-kisah boleh jadi buasir ni sebenarnya aku pun taktau mai dari mana. Seingat aku memang aku takdak masalah waktu buang air besar. Ada pun kadang kadang je. Bila fikir balik, ni mungkin sebab kes aku cirit birit makan Zincofer tu kot. Lepas je peristiwa tu, terus rasa tak puas membuang sampai lah aku tukar ubat tambah darah lain iaitu Sangobian 😢 Ni baru rasa puas sikit berak 💩

Jenis-jenis buasir ni hampa boleh refer sendiri ye, banyak dekat Google. Aku ni jadi hat jenis luar, yang terkeluar punat/isi juboq. Aku memang tak p jumpak doktor ka apa. Sebab malu sungguh nak kangkang pulak weh. Kalau teruk sangat tu mungkin aku akan p. Dan la ni aku dok ikhtiar dengan beberapa cara lah boleh dikatakan 😅 Antaranya :

1. Sapu minyak kelapa dara dekat isi dubur tu
Ni aku sapu masa mula-mula jadi tu, pastu slow slow aku tolak masuk ke dalam. Aku rasa tak berapa efektif, makin lama makin sakit ya Allah. Esok tu aku decide pergi farmasi sebab pedih yang tak boleh tahan dah 😢

2. Sapu Anucare Ointment
Aku sapu yang ni dalam dua hari setiap kali lepas kencing atau berasa sakit. Agak efektif, tapi lepas dua hari maintain pulak tak kecut kecut😌  Pastu dia pedih sangat berasa kira setiap kali basuh mang kena cepat sapu lah.

3. Sapu serbuk manjakani/ Asah manjakani atas lesung batu (jadikan sebagai pati)
Aku ada baca satu blog ni, dia dah try perubatan moden tapi tak kecut cuma mengurangkan rasa sakit je. So dia suggest lah sapu serbuk manjakani yang dibancuh dgn sedikit air ni. Kebetulan rumah aku takdak serbuk manjakani. So aku asahlah buah manjakani yg pure tu dengan sedikit air kemudian sapu dekat bahagian isi tu.

Percubaan pertama memang perit sebab pedih sangat sangat. Lepas beberapa minit baru okay. Aku pun ulang sapu tak henti henti, lepas kencing sapu. Asal kencing je sapu lagi. Sampailah waktu malam nak tido still sapu. Malam tu, baru aku tau azab dia. Macam rasa mengigit-gigit isi bontot aku. Lama jugak aku rasa, sehinggakan biji mata rasa letih je bila bangun dari tido tu. Bangun dari tido rasa selesa sikit walaupun pedih dan rasa macam dia kecut sikit.

Aku mintak tolong suami aku tengokkan, dia kata dah makin kecil macam dah naik dah sikit. Dalam hati alhamdulillah ! Tapi still rasa sakitlah. Beberapa hari lepas tu, dalam 9/1/2021, rasa okay dah tak rasa sakit lubang bontot tu. Dari hari ke hari memang rasa isi bontot keluar tapi tak sakit macam dulu, cuma waktu lepas berak je dia berasa pedih pedih gitu. Bila rasa macam kecik je buasir tu. Alhamdulillahi Rabbi Alamin ❤️

4. Solat Sunat Mutlak sebelum Subuh
Yang ni sebab aku taktahan sangat, aku letak minyak kelapa dara pun sama, aku letak ubat pun sama. Last, aku bukak kat youtube doa untuk buasir. Alhamdulillah tetiba jumpak post ada Ustaz ni ajar dekat pesakit buasir suruh solat sunat mutlak sebelum masuk waktu Subuh. Pesakit ni dah lama hidap buasir, kadang okay kadang tak okay, kadang lega pastu datang balik. Ni lah antara amalan ustaz tu ajar dekat pesakit ni.


Cara Solat Sunat Mutlak sebelum Subuh (niat kesembuhan penyakit buasir)

1. Niat solat
أصلي سنة ركعتين لله تعالى
"Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala"

2. Rakaat pertama baca Al-Fatihah dan Surah Syarh


3. Pada rakaat kedua pulak baca al-Fatihan dan Surah al-Fil




Habis je solat, doa sungguh-sungguh supaya Allah bagi kesembuhan dekat kita. Maklunat lanjut boleh refer dekat sini ye Ayat Ruqyah (Penyakit Buasir) Pengalaman aku amalkan ni 4 hari berturut-turut, in which Allah gerakkan aku untuk bangun Alhamdulillah, makin hari makin rasa kecut dan sihat. Aku yakin, cara ni Allah tolong aku ! Allah beri sakit, Allah yang sembuhkan.

5. Jaga Pemakanan
Dari segi pemakanan, jadi je buasir terus fobia nak makan macam macam. Sampai nasi pun tak makan
Makan bubur + sup nasi je selama seminggu. Memang kena banyakkan sayur, bukan takut apa, takut masa nak membuang tu, tak tertahan sakit pedih buasir ni

Aku ada jugak pantang beberapa benda:
1) Pisang🍌
2) Daging🥩
3) Makanan yang pedas🥘
4) Makanan yang keras/Kenyal such as Keow Teow tu.

6. Minum air masak secukupnya
Walaupun kerap kencing + kita akan rasa sakit tapi dengan air masak ni lah najis kita tak keras mana.


Sekian saja perkongsian aku untuk kali ini, aku doakan sapa yang baca entri ni + menghidap buasir sama macam aku tak kira buasir dalam atau luar, Moga Allah kurniakan kesembuhan allahumma aameen🤲🏼♥️


# Update 12/1/22
Pagi ni aku rasa berair sangat dekat bahagian bawah tu. Aku mula risau takut air ketuban keluar ke, bukak bukak tengok keputihan. Lepas tu aku perasan, kenapa macam warna cokelat di bahagian dubur (dekat panty liner). Cium memang macam bau bontot, sekali aku ambik tisu lekap dekat bontot, sah ada darah.

Settle bab darah, aku cuci dgn air panas, letak ubat. Ya Allah gatal sampai merenyam-renyam. Ya Allah lindungi lah aku 😭

Setiap kali basuh, then apply cream memang rasa merenyam-renyam ya Allah.

#Update 13/1/22
Alhamdulillah rasa better harini, tak merenyam-renyam sangat dah kawasan isi dubur terkeluar tu. Aku keep letak ubat yang beli kat farmasi Anucare tu, untuk hilangkan gatal. 


Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥