2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 4) ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga kita sentiasa diberikan nikmat iman dan Islam olehNya ๐Ÿคฒ๐Ÿผ 

Entri kalini aku nak sambung bercerita tentang pengalaman sepanjang aku mengandung anak yang kedua ni ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป Seperti yang sedia maklum, aku ada GDM and for now aku on ubat dan insulin 6 unit eh, insulin 10 unit dah ๐Ÿคญ ! Dalam entri lepas aku ada ceritakan detail 'bout GDM + BSP, and disebabkan GDM on diet control aku tu failed and GDM on ubat tak cukup untuk turunkan bacaan gula so doktor decided on insulin ler dekat aku.

Pss// buat macam macam cara still bacaan tak turun-turun. Lagi satu, aku pun tak konsisten sebab aku akan jaga makan sehari sebelum BSP je, hari lain aku makan macam biasa. Cuma, air manis tu jarang aku ambik ! Jujur cakap, tak larat nak makan DSSS tu, sebab makin besar kandungan makin cepat lapar ! Moga Tuhan mudahkan jalan aameen ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

21/2/2021, 0800 @ KKK
Pagi tu, aku kena p Klinik Kesihatan Kuah untuk jumpak pakar pemakanan/dietitian and harini, husband aku hantar aku naik motor ๐Ÿ›ต then terus masuk kerja and kak aku akan pick up aku sebab taktau habis pukul berapa. Sampai je dekat kaunter depan klinik tu terus nurse yang jaga tu suruh masuk ke kaunter pendaftaran. Sumpah, nurse tu cakap baik gila, takdek marah marah ! Then, aku pergi ke kaunter pendaftaran tu, nurse tu tanya lembut je ada apa harini? Aku katalah nak jumpa Dietitian and dia suruh aku duduk kejab ! Tak sampai 5 minit, namaku dipanggil (dengan ๐ŸŽค kot) and kenalah bayar RM 2.00 and terus ke bilik 1.

Waktu menunggu tu aku sembang ler dgn sorang kakak ni, orangnya kurus + kecik and guess what, dia pun ada masalah sama dgn aku in which GDM ๐Ÿคญ Dia pun bacaan waktu pagi tak turun-turun hihi. Duduk kejab tu, kami berdua dipanggil ! Mungkin sebab dua dua ada kencing manis ketika hamil. Memang betul tekaanku !

Dietitian ni ada cakap, paras gula dalam badan taknak turun disebakan oleh dua kemungkinan:
1) disebabkan oleh pemakanan tak seimbang
2) disebabkan oleh hati tak proper proses gula in which ada gangguan hormon waktu pembentukan placenta.

According to such dietitian, dalam kes aku ni, mungkin disebabkan oleh sebab yang kedua, sebab dah try diet control + ubat still tak okay, last way, mau takmau memang kena on insulin waktu malam sahaja.

Dia cakap mau takmau, kencing manis ni kena jaga pengambilan gula lah. Gula pulak ada dua jenis:
1) Gula ringkas : Cokelat, kek, gula-gula, gula dan buah-buahan
2) Gula tersimpan : Nasi, roti, benda berasaskan karbohidrat

Lepas tu, dietitian nasihatkan kami ntuk amalkan makanan seimbang, boleh buat suku suku separuh macam tu. Antara nasihat dia :

๐Ÿš Nasi (tak kira jenis putih ke perang ke) paling tinggi dua senduk sahaja. Boleh ulang makan tapi kena dua jam selepas makan.
๐Ÿฅ” Ubi kentang boleh ambik dua biji je kalau taknak makan nasi. tapi kalau makan dengan nasi jangan lebih dua potongan.
๐Ÿ Buah-buahan yang boleh ambik sebiji macam epal, oren (size seakan akan ni je).
๐Ÿฅญ Kalau buat besar tapak tangan such as jambu batu, buah naga, mangga boleh ambik separuh.
๐Ÿ‰ Untuk buah besar like tembikai, tembikai susu,nenas boleh ambik satu perahu tu( satu potong)
๐Ÿฅ› Susu boleh ambil apa apa brand i.e. low fat, full cream dutch lady ke HL ke janji jangan ambil yg berperisa macam chocolate, strawberry, pisang sebab dalam ni mang ada gula
๐ŸนDisebabkan paras gula takmau turun, dietitian nasihatkan jangan ambik air manis lagi. Even, cordial tak bancuh dengan gula pun tak boleh sebab memang ada gula dalam tu.
๐Ÿ Benda macam spaghetti,mee, bihun + koew teow ka boleh ambik tapi sukatan dia dalam satu cawan macam tu je.
๐Ÿ— Benda yg berprotein such as ikan, daging, ayam(bahagian isi) boleh ambik macam biasa je, tapi kena alert cara masak jangan yang manis manis tu.
๐Ÿž Roti seeloknya tukar ke wholemeal dan boleh ambil dua keping
๐ŸŒฝ Jagung pulak boleh ambik setongkol je pastu nak makan nasi kena gap dua jam pulak tau?
๐Ÿ‡ Untuk kismis boleh ambik sejemput je. Kalau kurma boleh ambik dua biji je lepas tu kena pastikan kurma yg jenis kering tu.


24/10/2021, 0800 @ KDUM
Pagi tu, semangat bangun awal dan bersiap sebab appointment aku pukul 8. Sampai jer klinik boleh tahan ramai, aku jadi orang yang ke-4. Macam biasalah, kena kencing, timbang berat, ambik bacaan tekanan darah dan check hb. Waktu check hb tu, tengok bacaan aku 10.7 (dalam hati nasib ler). Pastu misi kata, mai nak check sekali lagi dia nak darah banyak ๐Ÿคญ Check tu Alhamdulillah 11.4 lega hati ni rasa. Then, tunggulah giliran misi nak panggil. Sumpah weh, aku rasa dekat 2 jam 30 minit jugak tunggu baru ler aku dapat masuk. 

Masuk je terus nurse mintak aku baring dekat atas katil. Aku dari tadi dok ingat nak boleh Nurse baru yang line biru sebab aku dah on insulin. Tetengok Kak Iena handle aku lagi buat kalini je lah. Pastu waktu baring Kak Iena ada tanya aku, baby dah gerak ke. Aku kata 17 weeks dah gerak, pastu dia rasa perut aku dia kata keras ni ketulan. Kita try dulu yer sambil dia letak gel + ambik doppler nak dengar jantung baby. Dengan sekali letak terus weh bunyi kuat ya Allah. Alhamdulillah syukur ! Bacaan jantung baby 156 ♥️

Dah habis dengar jantung tu, kena lah buat sesi consultation pulak. Kak Iena dah tukar sticker aku dari putih  terus jadi kuning. Bye bye sticker putih ! Semua ni sebab risiko GDM on insulin ! Tak habis dekat situ, ada pulak masalah lain i.e. berat naik 3kg dalan sebulan haha. Sumpah waktu BSP je jaga makan, lepas tu tak jaga weh. Melantak je apa yg nak makan. TAPI minuman manis mang jarang sentuh lah. So, aku kena ulang p klinik 6 hati berselang-selang ๐Ÿคญ ( Prosedur untuk EOD ni tak susah pun, cuma perlu kencing, nurse check tekanan darah + nurse tengok ada bengkak kaki ke, pening kepala teruk ke, macam tu je. Sebab takut ada komplikasi sawan waktu mengandung jer) Lepas dah settle semuanya, aku pun balik ler dengan perasaan lapar teramat sangat !


27/10/2021, 0800 @ KKAH
Sepanjang jalan nak pergi klinik tak henti-henti baca selawat tafrijiyah tu. Alhamdulillah sampai je klinik terus boleh masuk + check air kencing timbang berat and tekanan darah then jumpak doktor. Semua dipermudahkan sangat-sangat ! Smooth jer harini.

Harini scan untuk 20 weeks ! Jadinya, masuk bilik doktor terus baring. Dr Teoh lagi yang handle ! Doktor start check tinggi, berat baby selari dak dengan month. Alhamdulillah semua okay ! Lepas tu doktor cuba scan jantina, doktor kata tak clear lagi jantina dia. Doktor try hard ler ntuk scan and dia mang takmau tunjuk, so takpelah. Nanti kita p klinik Umi tau baby ? ♥️ Bila doktor scan dekat ari ari tu, doktor dapat detect yang uri aku low lying (ke bawah sikit) and kena repeat in 28 weeks of pregnancy. Ya Allah, risau sungguh ! Tapi doktor kata kemungkinan ntuk dia pusing balik tu tinggi. Dah settle, jom balik ๐Ÿ’“

* Dalam dok susah hati tu, berasa nak ikhtiar jumpak bidan + Doktor Umi lah InsyaAllah ! Allah Maha Baik, waktu aku scan dekat Klinik Pakar (i.e. review BSP dekat EPAU) alhamdulillah doktor kata uri aku dah menaik ๐Ÿ˜š *

21/11/2021, 0800 @ KDUM
Aku sampai agak awal jugak dekat klinik desa ni, lepas kencing kenalah timbang berat ! Dari 65 kg haritu naik lagi jadi 69 kg (Ya Allah naik 4 kg,matilah aku kena ceramah pulak). Pastu ambik tekanan darah alhamdulillah okay ! Mai dekat haemoglobin tudia ya Allah 10.2 gdl ! Pastu terus masuk bilik nurse. Masuk je, nurse terus suruh baring atas katil nak check ketinggian rahim + jantung baby~ Alhamdulillah jantung baby still 150/minit bacaan dia. Kalau ikutkan bacaan Noah dulu, sama je ni rasa laki dah hehe ~ Pastu, consult lah nurse. Jujur kalini nurse pun garang sungguh, tapi boleh ler bare lagi dia tanya aku tentang penyusuan. Mana aku nak tau Noah tak susu aku huhu ! Pastu, dia cakap extra 4 kg ni lalu ke makan, aku kata lalu tapi dia tak marah ler. Yang hb aku pun dia tak berapa nak sentuh sangat ~ So far yang ni je lah sepanjang check up kalini. Not to forget, aku kena p weh buat BP sebab berat badan naik mendadak ๐Ÿ’‹ ulang lah aku selang sehari ke klinik tu.


1/12/2021, 1230 @ KLINIK UMI
Okay, harini memandangkan suami aku dah gaji kami pun decide nak p klinik nak scan jantina lepas balik dari Eco Shop tu. Sampai je dekat Klinik Umi tak payah tunggu lama, sat je dapat lah masuk, memandangkan orang tak ramai dekat sana, lagipun nak dekat lunch hour dah ~

Waktu scan tu alhamdulillah baby semua okay, uri pun okay. Doktor cakap uri duduk tepi + belakang kalau tak silap, and tak low lying sangat dia cakap, kalau doktor baru mungkin depa akan kata low lying~ Mai scan dekat jantina, doktor kena letak atas pusat saya barulah dia kangkang kaki dia. Pastu doktor tanya kami berdua, nampak tak bentuk ni apa? Aku cakap macam boy je sebab cenonot keluar ~ Doktor Umi kata haah boy again ~ Laki aku dok senyum tu dah kenapa ! Kalau boy lagi kenalah cari nama NR jugak, bagi kena dgn abang dia tu hehe. Alhamdulillah ya Allah, walaupun hati ni nakkan anak perempuan pulak tapi takpa, Allah Maha Mengetahui ni adalah yang terbaik buat kami insyaAllah hehe.

Tengoklah perangai, ada ayah baru nak tunjuk jantina๐Ÿคญ


12/12/2021, 0800 @ KDUM
Harini check up aku 6 bulan lebih. Macam biasalah, masuk ja klinik terus p kencing, timbang berat ! Part hat timbang berat ni alhamdulillah taknaik, maintain 6.9kg. Lepas tu ambik tekanan darah + hb. Hb ku drop lagi dari 10.7 tinggal 10.2 gdl.

Lepas tu tunggu turn consult dgn nurse. Masuk ja bilik nurse dia suh baring atas katil. Pastu dia check tinggi rahim + jantung baby; 143/min ❤️ Pastu nurse tu kata, cantik kulit perut jaga lah elok elok (dalam hati, nurse tak tengok lagi kot paha, juboq huhu stretch marks lagi sakan). Masa dok consult tu, nurse dok hingaq pasai golongan/mak pak antivaks sebab ada kes dah. Aku dengaq ja lah ! 

22/12/2021, 0800 @ KKAH
Pagi ni aku sampai klinik dalam
pukul 8.10 pagi jugaklah. Tunggu mak aku hantar p klinik๐Ÿ™ƒ sebelum ni aku p sendiri ja ! Dek takut JPJ buat roadblock tu hat mintak mak aku hantarkan. Sampai ja klinik terus boleh masuk alhamdulillah rezeki ! Lepas tu tunggu kaunter ambik darah sebab HB aku makin drop dekat klinik desa haritu + tengok keputusan hepatitis B kali kedua ๐Ÿฅฐ Dalam bilik darah tu boleh pulak nurse melawak, tangan kena apa ni? Aku kata taktau lah. Nurse tu kata, ingatkan bekelai dgn laki, ๐Ÿ˜‚ aku kata ganaih ngat aih ! Dia kata laki boh kita, kita boh balik. Sorang nurse tu terus menyampuk then sebut "Hanafi" ๐Ÿ˜‚

Lepas ambik darah tu terus p hantar dekat makmal. Then ambik cawan pergi kencing ! Lepas je dia panggil nama aku, confirm Hb aku low teruk ni, sekali betui weh 9.8 gdl je ! Pastu p timbang, ambik tekanan darah then terus bilik doktor. Dekat bilik doktor, doktor minta ku baring atas katil sebab harini repeat scan 28w aku. Aku pun baring lah๐Ÿ™ƒ

Waktu doktor dok prepare nak scan tu, doktor tanya aku, sihat ke harini? Aku cakap okay je. Dia cakap dekat aku, tapi HB kamu drop teruk dari 10 jadi 9 ni. Kamu makan ubat ke tak? Aku cakap aku tak makan. Sebab bila makan perut aku akan memulas teruk sampai berak taik air. Dah sebulan dah aku tak makan. Doktor tu cakap, nanti dia tukar ke Zincofer ! Sepatutnya aku kena bagitau awal sebab takut effect baby.

Tengah scan tu, doktor cakap kepala dah duduk kat bawah, tapi dia still boleh berpusing, 34w tu kedudukan tetap dia nanti. Jantina still takmau tunjuk langsung๐Ÿคญ Lepas tu, uri pun nampak bawah sikit. Pastu doktor dok beletiaq lah kat baby ni, sebab takmau tunjuk langsung tulang paha dia. Last alhamdulillah dapat jugak ukuran tu. Lepas dah settle part scan tu doktor suruh aku repeat ambik darah sebab nak buat ujian zat besi dekat aku.

Lepas settle aku p farmasi untuk ambik ubat tambah darah yang baru. Pharmacist tu ada bagitahu, selalu orang ambik sebelum tido ntuk elakkan loya. Dapat je ubat terus p bilik doktor ambik borang darah and ambik darah semula๐Ÿ˜ข Darah ni nak hantar ke hospital untuk ujian zat besi.


26/12/2021, 0900 @ KDUM
Harini aku sampai klinik kul 9.04 sepatutnya temujanji pukul 9 hihi. Terlewat harini dek cabut rumput bayam aku yg hijau-hijau tu. Macam biasalah, sampai je klinik scan MySejahtera, suhu badan lepas tu terus kepilkan nombor giliran. Tunggu ler sampai nurse panggil nama kau ! Harini orang ramai gila ya Allah ! Sabar je lah. 

Lepas beberapa ketika nurse pun panggil lah aku, untuk check air kencing, berat, tekanan darah dan hb. Kalini bukan nurse Nazirah, tegas gila. Aku pun taktau berapa bacaan hb aku ๐Ÿ˜‚ So, tengah tuggu turn aku. Masuk je  dalam bilik nurse tu dia tanya aku dah berapa minggu. Aku kata 28w, pastu dia suh aku naik atas katil untuk ambik ukuran tinggi rahim + jantung baby. Waktu ukur tinggi rahim tu lega aku bila nurse kata ngam ngam. Tapi bila mai dekat jantung baby ni aku cuak bila nurse tanya macam macam. Baby ada gerak ka, baru lepas makan ka? Tengok nurse tulis 153 per minutes jantung tu, aku cuak gila. 

Masa sesi consultation tu, aku bagitau lah nurse kata aku makan Zincofer tu sebelum makan muntah,bloating ngan cirit. Kalau ku makan lepas makan aku jadi loya. Nurse suggest  suh tukaq ubat ke Maltofer atau Sangobion. Aku rasa nak try Sangobion tu. And harini aku dah kena start kira pergerakan baby dah start dari kul 9 am hingga 9 pm and  tempoh ni mesti ada 10 pergerakan ❤️

Ni lah rupa Sangobion tu. Ya allah, mudahlah urusan dan naikkanlah HB aku aameen ❤️


3/1/2022 
Okay, sebelum tu aku nak update pasal side effect Zincofer yang aku rasa (lain orang lain effec dia tau?). Kan aku ada cerita, aku jadi bloating + cirit birit + muntah lepas makan sebiji je Zincofer tu. Bukan tu je ya Allah, dah tiga hari aku merana sebab isi dubur terkeluar sikit atau erti kata lain buasir ler ~ Kat bontot tu rasa pedih hanya Allah yang tahu ! Mula mula tu aku letaklah minyak kelapa dara ada yang cakap boleh kecutkan balik, pastu aku menungku jugak. Ye, memang kecut ! Tapi main dengan kita berak, kencing mencangkung (tandas rumah aku tandas cangkung), isi bontot tu tertolak keluar balik ya Allah ! Hari kedua lepas aku tau isi bontot keluar aku dah taktahan nak jalan seksa apa lagi berdiri lama nak masak~ so aku tanya dekat group FB Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) dan decide untuk pergi farmasi beli ubat sapu kat bontot tu.


Waktu pakai ubat ni rasa biasa ja sebab dia tak sejuk macam Rowatanal yang aku selalu pakai tu ! Lepas pakai ubat ni aku pun rehat, alhamdulillah rasa lega sikit. Tapi sebab aku gerak then jalan sana sini dia sakit balik. Esok tu, aku pakai lagi then rasa tak berapa pedih sangat walaupun ada sikit lah rasa pedih tu and husband aku cakap, makin kecut lah sayang ~ aku pun rasa gitu. Tapi bila kita berak kan susah betul nak elokkan isi tu. Aku harap moga Allah sembuhkanlah,kecutkan lah cepat-cepat buasir aku ni, takut ya Allah, saya nak beranak normal !

9/1/2022, 0900 @ KDUM
Harini aku sampai klinik dalam pukul 9.07 pagi, duduk tak sampai 5 minit nurse panggil suruh p kencing, timbang berat + check tekanan darah, hb jugak. Kencing okay, berat turun 0.5kg. Mai tang tekanan darah tudia tinggi n drop banyak sangat dah ni. Aku cakaplah aku makan Sangobian tu huhu. Nurse tanya ada tak larat ka, sesak nafas ka apa? Aku kata ada pening je tapi la ni ja sebelum ni okay. Nurse kata ha takpa kalau gitu. Harini aku ada keberanian sikit nak tanya nurse pasai kenapa doktor ambik sampel darah for Feritim tu. Nurse kata, dalam Feritim ni kita nak tengok ada pemecahan sel darah merah tu macam mana. Let say, kalau kata ada Thallessimia pemecahan darah merah dia tak sama dengan orang yg ada anemia, iron dah ada dalam darah so tak perlu tambah dose. Kalau yang anemia ni, perlu tambah dose iron tu ikut tahap darah kita. Nurse bagi ubat tambah baru dekat aku, dia kata try yg ni jangan muntah muntah nah. Kalau tak sesuai mungkin kena cucuk ๐Ÿ˜‚ Redha je lah ๐Ÿคญ


Memang rasa best sangat appointment harini, sebab tukar nurse ! Nurse pun baik sangat ya Allah. Moga Nurse Fzinah sentiasa dimurahkan rezeki aameen๐Ÿคฒ๐Ÿผ๐Ÿ’“

Alhamdulillah dua hari dah makan iron ni so far macam okay sikitlah. Takdek muntah, berak pun okay ! Tips aku, minum dgn air limau nipis, takbau terus hanyir darah kat ubat tu ๐Ÿ’“

9/1/2022, 19:00 @ HOSPITAL SULTANAH MALIHA

Waktu habis je solat asar, aku rasa macam ada panas panas keluar dari bawah. Lepas tu, aku terus pergi kencing ~ Lepas siap je kencing, aku lap dengan kain weh, laju dia turun ya Allah ! Lepas tu air ketuban tu pun stop. Aku pun cuak habis taktau nak buat apa dah ni, tunggu husband balik dari buang sampah, muncul je husband aku kata jom p hospital, air ketuban bocor ! 

Lepas tu terus pergi hospital ! Sampai je hospital, nurse tu kata jadi macam mana? Aku explain. Pastu dia tanya ada batuk demam selsema ke, aku kata aku cuma sakit tekak jangkit dari anak. Dia kata kamu kena swab, lama sikit tunggu yer. Sebab doktor duk kat emergency sekarang ni.


Dalam setengah jam jugak tunggu, baru doktor keluar ! Doktor tu cakap, patient tak masuk lagi tu yg saya lari mai sini. Doktor tu swab aku and dia tanya macam mana boleh jadi semua. Ni kali pertama aku swab, sebelum ni aku tak pernah kena lagi. Tak terfikir sakit ka apa, yang penting Baby N sihat sihat saja. Masa doktor ni swab terasa jugaklah berair mata ni, tapi alhamdulillah aku rasa doktor ni cukup pro tak sakit sangatlah. Dia kata cukup je 15 min, nanti kalau negatif kamu boleh masuk PAC, saya nak kena masuk bilik bedah ni. Now, aku tengah tunggu. Berdebar hanya Allah yang tahu ! 


Mana fikir result, mana fikir Baby N ๐Ÿ˜ญ Dah 17 minit ๐ŸŒผ Then, Nurse keluar tengok result aku, dia tanya memang anak je ka demam? Aku kata ya. Lepas tu, dia kata masuk dalam, result kamu NEGATIVE nah.

Masuk tu terus dia suruh timbang berat. 68 kg berat aku ๐ŸŒผ Lepas tu nurse suruh kencing, aku pun kencing lah (dari tadi dok tahan kencing). Lepas tu terus pakai kain hospital yang warna pink tu. Pastu nurse mintak suruh baring atas katil sebab nak ambik tekanan darah + dengar jantung baby + check kontraksi. Waktu check jantung baby, nurse kata baby kamu lena kot ni. Aku takut sungguh dengaq perkataan LENA ni. Dia kata pukul berapa makan? Aku kata 6.30 petang. Dia kata kamu goyang kaki kamu, nanti lenguh stop pastu goyang. Aku buat je cam tu terus Baby N gerak, sampai kuat bunyi mesin CTG tu. Nak kata lama ka dak? Lama jugak aku menunggu dari pukul 7.30 sampai ke pukul 9.20 malam. Rasa macam nak tertidur pun ada dengan sejuk air-conditioner. Dalam hati tak habis habis istighfar + selawat. Moga Allah selamatkan bakal anak aku ๐Ÿ˜ญ

Lepas tu ada nurse yang baik ni, dia cakap takpa kita buang dulu alat jantung baby ni ye nak tunggu doktor taktau bila doktor nak datangnya. Baby pun tak bunyi teriyak lagi. Pastu dia tanya aku macam mana boleh jadi? Aku pun ceritalah. Dia cakap, kalau dengar tu cara memang air ketuban tapi takpa kita tunggu doktor. Aku bagitau, tu lah aku risau terus mai sini, kalau boleh takmau beranak lagi. Dia cakap, betui baby kamu ni pun ada dalam sekilo ja. And aku sempat sembang dengan dia, aku tanya lah. Ada ke orang yang jadi macam ni? Dia kata ada. Kadang baby survive, kadang dak. Sebab kalau bawah 1kg memang susah nak survive, yang survive 2kg ke atas tu pun bukan hospital kat sini jaga, Hospital Sultanah Bahiyyah jaga, Alor Setaq nuh. Kesian dekat baby dan kesian dekat mak jugak, mak duduk hospital baby jauh.

Lepas tu mai nurse shift lain pulak dua orang. Depa tanya aku macam mana boleh jadi? Aku pun cerita. Dah macam skrip dah~ Lepas tu baru nampak kelibat doktor, doktor lambat sikit sebab ada emergency C-section. Pastu doktor suruh aku tukaq katil p tempat hat ada ultrasound. Aku pun p lah. Doktor tu kata, kita pernah scan kan sebelum ni?  Aku cakap ya betul ! Dia check kepala, abdomen + kaki baby semua tally ngan week dalam 30-31weeks. Lepas tu dia check air ketuban semua sama macam scan lepas (i.e. scan dgn dia kat klinik pakar) iaitu 15. Aku rasa lega sikit ๐Ÿ˜ญ Lepas tu dia kata takpa kita check thru bawah.

Lepas tu mata aku nampak dia bukak muncung itik tu, takut hanya Allah yang tahu. Masuk je muncung itik tu dia swab dekat vagina sebab nak ambik sample dekat bawah tu. Then dia check dekat bawah tu, dia suruh aku batuk-batuk, banyak kali jugak kena batuk. Sumpah ku seriyau + sakit rasa. Dia cakap, memang dalam ni wet, tapi saya tak nampak air ketuban kamu bocor. Nurse lain pun tengok, ekspresi depa macam biasa je, takdak lah cemas ka apa. Keputihan kamu tak cuci ka? Aku cakap tu bekas ubat sapu doktor untuk buasir, saya jadi buasir. Pastu doktor cakap, keputihan kamu ja yang banyak ni (sambil tunjuk muncung itik tu).  Dah settle tu, nurse suruh aku salin pakaian, ambil barang tunggu kat luar.

Lepas tu, doktor tanya aku pernah buat ke macam ni (ambik sample ikut bawah), aku cakap pernah. Doktor kata takdak apa apa non-reactive. Doktor kata takpa, kalau macam tu kamu balik rumah pakai pad, kalau apa apa ada air mengalir lagi terus je datang balik hospital, it's okay ๐ŸŒผ Pastu aku tunggu kat luar bila dah settle, nurse bagi balik buku aku dengan surat untuk ambik ubat insert dalam vagina kat farmasi. Aku pun p lah ngan suami aku dekat farmasi dalam emergency tu sebab farmasi yang dekat klinik pakar tu dah tutup.


Lepas dah settle tu, kami pun jalan lah pi parking. Laki aku cakap, InsyaAllah sayang cukup week bersalin tau? Dalam hati ni still tak sedap dan berharap agar takdak apa lah yang jadi. Apapun alhamdulillah selesai untuk harini ♥️ Lewat jugak guys balik. Rindu Noah ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป



23/1/2022, 1000 @ KDUM
Harini appointment aku pukul 10. Ketaq betui pikiaq pasai hb sebab lately ni aku selalu minum milo. Dua hari lepas gasak kek cokelat birthday suami aku. Hb mang innalillahiwainnailahirajiun dah rasa. Pagi ni aku pulun lah makan limau kasturi, dengan harapan dia naik !
Tu tak kira lagi untuk BSP hehe. Memang sampai hari test tu baru nak menyesal rasanya ๐Ÿคฃ Okay, macam biasalah bila mai klinik ni kena kencing, timbang berat ambik tekanan darah + hb.

Aku berdebar dah masa timbang berat badan tu. Fuh naik sekilo 70.5kg ! Lepas tu, tekanan darah pun takut jugak jadi macam haritu sampai lebih 120. Ya Allah ! Tapi Alhamdulillah normal nurse kata. But, nadi lah pulak laju 111. Aku tanya nurse kenapa boleh jadi macam ni? Nurse kata sebab anemia so dia kira manual nadi aku jadi 99 cukup cukup nurse tu kata. Aku tanya lah kalau terlebih macam mana? Selalu doktor akan tambah air dan monitor. Mai kat hb ni yang parah ๐Ÿ˜… Nurse kata, doktor dah tukar ubat ke, aku kata dah. huhu ! Yang warna cokelat tu. Nurse check tudia 9.4 tapi baiknya nurse ni dia check lagi jadi 9.8 naik 0.1 dari dua minggu lepas. Ya Allah ! Ujian sungguh ๐Ÿ˜Œ La ni aku dok tunggu turn jumpak nurse pulak ~ 32w 4d ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Masuk je bilik nurse, nurse cakaplah pasai result Feritim aku yang pending tu hehe. Pastu dia mintak aku baring atas katil sebab nak check jantung baby + ukuran tinggi rahim tu. Jantung Baby N 147♥️ confirm ler baby boy ni ๐Ÿคญ Lepas tu nurse cakap dekat aku hb aku dah menaik, aku kata walaupun sikit still menaik ke? Dia cakap ye kalau orang macam kamu ni dia menaik. hihi, aku pun mintak maaf ler kadang aku tertinggal ubat tu sebab tido awal ha gitu, dia kata lepas ni try consistent. Mang dia tak marah alhamdulillah. So lepas ni aku jumpak balik ler 6/2/2022.

26/1/2022, 1400 @ Klinik Kesihatan Ayer Hangat
Okay, harini sepatutnya appointment aku pukul 9 pagi untuk scan baby RME II untuk 32w++. Tapi disebabkan harini kenapa p klinik pakar dekat Hospital Sultanah Maliha untuk review BSP, pukul 10 lebih baru sampai rumah. So aku decide nak p klinik petang dalam pukul 2 macam tu, as Nurse Fzinah tulis kat buku.

Sampai dekat klinik, aku nampak ler Nurse Fzinah tu jaga desk sebelum registration counter. Masuk je dalam klinik kena pergi register dulu. Habis register kena ambik darah pulak. Macam biasa lah sebab HB tak okay sedia๐Ÿคญ Lepas tu, nurse ambik tekanan darah, berat + air kencing. Then terus pergi ke bilik doktor.

Sementara tunggu doktor ni, baby N ni sekali tendang
ngilu teruk ya Allah sisi kanan aku ni. Rasa tak suka jumpak doktor ni๐Ÿคญ

Masuk bilik doktor, doktor cakap tak payah scan banyak kali lah nanti awak penat pulak. Okay ! Lepas tu doktor kata dekat aku, aku makan apa ubat Sangobian je ke? Aku cakaplah aku makan Ferrous tu jugak. Doktor kata kamu tak try ke ubat warna merah bujur tu? Aku kata Zincofer ke? Dia cakap ya. Aku kata saya cirit. Okay kalau macam tu doktor tu cakap. Settle je bab tu, dia bukak pasai iron dalam badan aku. Dia cakap iron dalam badan aku normal, cuma aku ada masalah ovalostomatocytosis in which penyakit ni keturunan. Biasanya orang normal akan ambik masa 120 untuk pemecahan sel darah merah. Tapi kalau kes aku ni lagi cepat pemecahan sel darah merahnya. Dia boleh membahayakan baby kalau HB aku keep drop gituh and penyakit ni might be boleh dapat dekat anak awak ! So yang tu je lah untuk harini๐Ÿคฃ Ha, lagi satu. Doktor tu cakap, kamu tahu kan GDM tu kena lahir awal, 38 weeks macam tu? Aku cakap ye, doktor ada bagitahu haritu, saya kena beranank dalam 3/4 hb March ni. Doktor tu cakap dalam 2/3/2022 kamu kena warded dah tau? nanti jumpak doktor 23/2/2022 dekat klinik pakar depa akan bagitau tarikh yang exact untuk awak serah diri. Aku angguk je tanda faham.

7/2/2022, 1000 @ KDUM
Sepatutnya tarikh 6/2/2022 tapi misi telefon kata nak ubah tarikh p keesokan harinya sebab dia nak bawak anak dia jumpak doktor. Aku pun onz je lah ๐Ÿ˜ŒMacam biasalah sampai klinik sepatutnya kena kencing, timbang berat + ambik tekanan darah and hb. Tapi harini aku letak ja buku, Kak Iena kata, dah p klinik kan? Timbang berat nah. Aku p timbang alhamdulillah sama weh 71.5kg. Pastu Kak Iena tengok tekanan darah aku 120, dia mintak aku ambik lain bacaan ty Alhamdulillah elok + normal. Lepas tu Kak Iena nak ambik hb aku, aku kata ambik dah kat klinik tadi 10.6, pastu dia kata kalau macam tu tak payah lah hehe๐Ÿคญ Terus aku duduk tunggu sesi consultation.

Masuk je bilik nurse tu macam biasa lah nurse suruh baring atas katil. Dia cakap hb aku dah naik and tanya anak gerak okay tak? Pastu aku kata okay semua. Dia pun check kedudukan baby, dia kata kepala kat bawah. Pastu check jantung baby dalam 139-140❤️ Aku tanya dia yg aku sakit celah kelengkang, dia kata normal sebab baby makin berat dia menolak kepala ke bawah. Dia kata kalau sakit sangat takleh jalan terus p hospital.

Dalam sesi consultation macam biasalah, dia tanya dos sama ka, insulin tambah ke? aku kata still sama. Ha gituh. Dalam sesi ni aku ada tanya macam mana proses NICU nanti, nurse cakap kalau lah kita punya baby takdak masalah boleh terus buat sentuhan kulit ke kulit. Kiranya, boleh terus susukan. Tapi kalau baby lemas ka apa, memang terus doktor bawak p NICU. Aku concern sal penyusuan, nurse kata takdak masalah ayah + ibu boleh tengok baby kat NICU. Pastu aku ada lah tanya sikit sal perancang keluarga. Tu je lah ntuk harini. InsyaAllah 20/2/2022 ni jumpak nurse pulak ♥️ pastu nurse kata minggu depan last nah 2 minggu sekali. Lepas ni seminggu sekali pulak jumpak depa ๐ŸŒผ dekat nak beranak makin ketiaq ๐Ÿ˜ฌ


20/2/2022, 0900 @ KDUM
Okay, macam biasalah harini, sampai je terus scan MySejahtera, lepas tu ambik nombor letak dekat buku pink. Then, macam biasalah tunggu turn untuk kencing, timbang berat, ambik tekanan darah dan hb.

Bacaan air kencing aku alhamdulillah okay, berat aku untuk minggu ni 72.5 kg ya Allah, tekanan darah aku 113/65 and hb aku alhamdulillah okay 11.3 bersyukur ya Allah ♥️ And now tunggu turn dipanggil doktor ๐Ÿคญ Sungguh habaq kat hb tu lah yg paling aku seriyau ya Allah, nak dekat bersalin nak jugak rekod okay.

Tudia, sabar nah cik kak. Mai awai tera mana pun
pastinya lambat sungguh nak boleh jumpak pun๐Ÿ™ƒ


Akhirnya.... dekat pukul 11 baru boleh masuk bilik nurse. Macam biasalah check perut, tengok kedudukan baby pastu ukur tinggi rahim. Aku tanya Kak Faiz tu, baby aku dah masuk laluan ke? Nurse tanya aku ni anak ke berapa? Aku katalah anak kedua. Dia kata kalau anak kedua turun tanda baru baby masuk laluan. Oh, baruku tahu ! Lepas tu kak Faiz tu kata hb apa naik elok dah nah. Cuma berat ni naik sekilo๐Ÿ˜‚ tapi dia kata as long as tak extra sekilo tak payah dah buat BP hat nak kena ulang mai klinik selang sehari tu. Pastu, Kak Faiz bagi date dekat aku seminggu sekali in which 27/2/2022 untuk last check up InsyaAllah sebelum bersalin. Kak Faiz kata kat baby, sabaq sat nah tunggu dua hari lagi nak keluar pun bagi sampai 37w๐Ÿคญ

Disebabkan aku positive COVID-19 on 21/2/2022, jadi cancel lah temujanji 27/2/2022. Taktau Kak Faiz nak letak bila. Rasanya kena serah diri terus je.



So, sampai sini dulu journey pregnancy aku yang kedua. Apa-apa aku akan update disini, InsyaAllah kita bersua lagi pada entri yang akan datang ๐Ÿ˜š๐Ÿฅฐ

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ