NEIL RAIHAN'S JOURNEY WITH PROLONGED JAUNDICE ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป

Assalamualaikum dan salam sejahtera ❤️
Moga Allah senantiasa permudahkan urusan kehidupan kita semua ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

InsyaAllah harini aku nak ceritakan pengalaman jaundice prolonged jaundice/demam kuning si Neil ๐Ÿ‘ถ๐ŸปSebelum ni takdaklah rasa serious sangat demam kuning sebab waktu Noah dulu alhamdulillah cuma ikhtiar dgn mandian air daun Nona dan asam jawa, tiga hari je pergi check kuning terus habis. But, waktu si Neil ni, hampir seminggu lebih jugaklah ulang alik tiap hari yer guys, pergi KK Ayer Hangat + KK Padang Matsirat (waktu weekend) untuk check kuning dia๐Ÿ’› Kata nurse, maybe kuning baby ni panjang sikit sebab aku GDM waktu pregnant dekat Neil haritu.

Sebelum tu, buat yang taktahu apa itu  jaundice/demam kuning dalam boleh rujuk dekat Portal KKM  ni yer ! Jaundice atau bahasa kampung demam kuning ni adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Selalunya, nak tahu kuning atau tak nurse akan tekan bahagian dada and perut bayi, if naik je warna kuning tu bermaksud demam kuning tu still ada. Baby ni kalau dia kena kuning, dia asyik nak tido ja, kalau kita kejutkan pun susah nak bangun !


Bilirubin pula adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis. So, kita kena keluarkan bilirubin ni tau? Macam mana nak keluarkan? Baby kena nyusu dan kena berak ๐Ÿ˜For babies terutamanya pada minggu pertama kelahiran, memang nurse suggestkan supaya ibu-ibu kejutkan baby supaya minum susu badan/formula (kalau boleh setiap 1-2 jam), sebab dengan cara ni sahaja baby akan berak and demam kuning akan keluar thru najis. Ringkasnya, lagi banyak berak lagi turunlah kuning.

And apa pulak prolonged jaundice? Prolonged Jaundice ni, jaundice atau demam kuning yang lebih dari 14 hari untuk bayi yang lahir cukup bulan. And untuk premature tak silap aku kuning dia lebih dari 21 hari. If kena ja prolonged jaundice ni, doktor auto tutup pintu bilik darah then ambik darah baby through tangan. Kalau yang kes teruk kata nurse, depa akan ambik air kencing sekali.

Nilah Bilirubin baby Neil selama aku ulang alik Klinik Kesihatan hampir dua minggu

Berbalik pada cerita aku :

4/3/2022 @ HOSPITAL SULTANAH MALIHA

Harini aku dapat discharge, so aku ngan husband pergilah dekat Special Care Unit untuk nak tanyakan khabaq anak aku boleh discharge ke belum. Pastu, nurse tu ada bagitau yang doctor tak sign lagi form discharge sebab doctor busy dgn kes emergency. Lagipun baby kuning agak tinggi, and doctor belum decide baby patut guna lampu (yg untuk kuning) tu ke tak. Dalam hati, haih risau betui lah๐Ÿ˜ญ


5/3/2022 @ HOSPITAL SULTANAH MALIHA

Dalam pukul 11 lebih pagi, hospital call boleh discharge. Masa sampai sana, nurse ada bagitau yang kuning Neil di paras yang normal balik and disebabkan tu dia boleh discharge. Alhamdulillah lega ! Excited dapat jumpak Neil, waktu bersalin tu kejab je boleh jumpak dia ❤️


6/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Dalam pukul 9.30 pagi, aku dgn suami aku sampai dekat KK Ayer Hangat ni, so husband aku turun pergi check kuning aku tunggu dalam keta sebab aku memang seriyau lagi nak berjalan sebab tak sampai seminggu keluar ward. So husband lah yang bawak Neil. Dalam pukul 10 lebih, husband chat dia cakap kuning Neil macam tinggi kena jumpak doktor jap. Aku dlm keta tu risau sungguh lah ๐Ÿ˜ญ Tengok bacaan dia 183 umol/l. Nasib tak kena warded.


7/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Dalam pukul 10.30 pagi jugak aku sampai KK Ayer Hangat. Harini aku p ngan mak aku. So mak aku yang masuk dalam klinik aku tunggu kat bangku luar, sebab sorang je yang boleh masuk dlm KK. Duduk sat tu mak aku panggil aku, suh p hantar dekat makmal. Ambik je result tu berpeluh aku bacaan dia 196 umol/l. Ya Allah makin menaik pulak ๐Ÿ˜ข Waktu aku p bagi result dekat nurse tu kena sound kejab, sebab masuk sampai dua orang. Nurse tu kata dekat aku, kalau boleh kamu lah bawak anak, jangan bagi mak kamu bawak. Kadang kesian kat orang tua-tua nak kena jalan rata. Aku cakaplah yang aku ni kena buasir dari kandungan 7 bulan. Dia kata suami mana? Aku katalah suami kerja. Dia kata takpa kalau macam tu lepas ni masuk sorang ja. Tak boleh masuk dua orang. Sumpah seriyau nak jalan, ngan buasir dok tergentong !๐Ÿ˜ฌ Waktu bacaan macam ni memang nampak dah mata kiri Neil warna kuning ๐Ÿฅบ


8/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Again, aku mai sini dengan mak aku lagi. But kalini aku yg masuk lepas kena sound dengan nurse semalam. Check kuning Neil, dah memang sedih dengar Neil nangis, tambah pulak bacaan kuning boleh tahan tinggi naik sampai 206 umol/l. Aku memang sedih sangatlah. Bagitau suami aku, suami aku pun risau. Dalam keta cerita kat mak aku, mak aku kata takpa kita try bagi mandi dgn air daun Nona + pupuk asam jawa.

Balik je rumah tu, aku tak duk senyap guys, aku cari petua macam mana nak bagi hilang kuning bayi. Sungguh risau, takmau anak kena warded. Rasa lain berpantang tanpa anak walaupun dua hari je aku rasa, cukuplah ๐Ÿ˜ญ Semua aku search petua traditional je. Aku dapat rasa yg Neil ni macam susah je nak adapt ngan petua orang dulu-dulu. Kebetulan petang tu, Kak Syah mai rumah nak tengok baby, aku pun tanyalah selalu buat macam mana bagi baby turun kuning. Dia cakap, letak lendir daun bunga raya. Petang tu jugak mak aku p cari daun bunga raya, sayang cucu punya pasai ๐Ÿคญ

Ni daun bunga raya, nak prepare dia just ramas-ramas dalam air kosong, lepas tu ambik lendir dia sapu dekat kepala baby.

Waktu tengah 'google', Ahamdulillah aku ada jumpak satu blog ni dia ada cerita pasal Tasneem Naturel. Kata penulis blog tu, satu je cara nak turunkan kuning adalah dgn lawaskan baby sebab nak singkirkan bilirubin tu. Aku terfikir ada betulnya jugak. Then, terus aku search kat group Facebook Langkawi Sana Sini (LSS) nama produk Tasneem Naturel tu.

Alhamdulillah aku ada jumpak dua seller, then aku chat dua-dua. Waktu aku chat, dua-dua seller ni kata dekat depa dah habis stock, ha sudah dalam hati aku. Tapi depa usaha carikan agent yg lain ntuk aku. Seorang agent ni, nama dia Kak Lin, memang baik sangat, dia bagitau aku macam macam petua untuk kuning, salah satu yg aku try buat dekat Neil, jangan bedung baby. Lepas tu, Alhamdulillah ada seorang agent ni chat aku, nama dia kak Mahirah. Kak ni siap tanya aku, anak dah kuning berapa hari? Aku pun ceritalah dekat dia. Then, aku confirm nak beli dgn akak ni.

T-rub ni untuk lawaskan baby, elak sembelit & kembung
CalmTime ni pulak elakkan baby dari tantrum & susah tido.
So ni lah Set Kuning by Tasneem Natural ❤️

Sebelum tu, aku ada bagitau suami aku, yg aku nak beli produk ni, tapi harga dia RM 98 dapat 2 balm in which Set Kuning by Tasneem Naturel. Aku cakap tu suami aku terus kata jadi beli. Asalnya, kak Mahirah nak hantar esok pagi, tapi suami aku eager nak ambik jugak. Jadinya, dia pun p lah ambik dekat Nyior Cabang.

Sayang anak dia tak sangga, thank you suami tolong pick up product Tasneem ❤️

Suami aku balik terus cuba balm t-rub ni, sambil buat urutan I LOVE YOU dekat perut baby dengan tujuan untuk lawaskan baby and tak sampai seminit letak T-Rub tu, terus Neil kentut plus berak. Esok pagi Neil berak lagi, memang banyak sungguh !


9/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Harini sama jugak, aku p dengan mak aku. So masuk dalam klinik tu macam biasa lah. Check suhu, buat pendaftaran pastu pergi timbang baby and terus p bilik darah, then hantar ke makmal. Cuak jugak nak tunggu result, tapi memang aku sangat sangat berharap lah yang demam kuning Neil dapat turun. Nama aku dipanggil, Alhamdulillah ya Allah memang betul kuning Neil dah turun jadi 185 umol/l. Alhamdulillah dalam 20+ umol/l jugaklah turun. Bersyukur sangat ! Balik tu apa lagi, lepas je Neil nyusu terus sapukan T-Rub by Tasneem Naturel. Alhamdulillah Neil lawas betul ❤️


10/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Rutin masih sama, sampai je check suhu, buat pendaftaran, timbang berat baby then terus ke bilik darah + hantar result dekat makmal ๐Ÿ˜ฌ Macam biasa jugak, waktu nak ambik result memang banyak berdoa supaya turun walaupun sikit ๐Ÿ˜ญ  Kalih je kertas tengok result, alhamdulillah 164 umol/l ! Semangat berkobar-kobar and consistent sapu T-rub by Tasneem Naturel ❤️


11/3/2022 @ KK PADANG MATSIRAT

Memandangkan harini hari Jumaat, jadi kena datang ke KK Padang Matsirat sebab KK Ayer Hangat tutup hari Jumaat & Sabtu. Yang bestnya dekat sini, tak payah timbang berat guys, terus ambik darah then hantar makmal ๐Ÿคญ Disebabkan suami aku cuti Jumaat, aku datang dgn dia lah harini. Dah settle ambik darah semua, aku ngan suami aku hantar pergi makmal, masing masing berharap agar Allah turunkan kuning Neil dgn perantaraan T-Rub + Jerlum guna daun bunga raya + Jangan bedung baby. Alhamdulillah ambik je result 143.5 umol/l. Bersyukur sangat consistent jer turun 20++ umol/l. Nurse dekat kaunter tu cakap, esok kamu mai lagi, kalau turun jugak selang sehari ya? Aku pun angguk je.


12/3/2022 @ KK PADANG MATSIRAT

Harini aku pergi KK Padang Matsirat dgn kak aku pulak, sebab suamiku dah kerja and mak aku ada hal nak kena settle. Sampai je klinik, terus nurse tu tanya mai dgn sapa, harini kena buat pendaftaran. Aku cakap lah mai dgn kak, but kak aku tak turun so aku je lah yg p buat pendaftraran. Waktu buat pendaftraran, nurse yg jaga kaunter tu baik sangat, senyum je. Pastu aku tanya takyah bayar apa apa ka? Dia cakap tak perlu. Alhamdulillah !

Pastu patah balik lah ke klinik Ibu dan Anak tu, ambik darah baby Neil. Hantar je ke makmal terus gementar/cuak tunggu result ya Allah. Alhamdulillah harini turun lagi jadi 125.8 umol/l. Aku bersyukur sangat ya Allah. Nurse tu cakap, selang sehari ye sebab dah turun ni. Kamu datang 14/3/2022 pula nah, jangan ralit. Aku okay je then berterima kasih hehe, dalam hati tak sabar nak kuning Neil bawah 100 umol/l biar Neil boleh discharge and tak sakit dah tapak kaki dia.


14/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Macam biasalah sampai dekat klinik ni kena check suhu, pergi buat pendaftaran timbang berat baby, then terus p bilik darah ambik darah baby + hantar makmal.

Sungguh dalam hati berharap agar result bawah 100 umol/l sebab memang takmau ulang p dah, second kesian kat Neil kena ambik darah kat tapak kaki dok nangis nangis. Bila nama aku kena panggil, terus mata melilau tengok result. Nasib tak menyebelahi, bacaan harini 116 umol/l je. Alhamdulillah still turun jugak 9.8 umol/l harini. Agak kecewa, tapi takpa Allah Maha Mengetahui.

Then aku hantar result tu dekat bilik darah balik, dok sat tu nurse tu kata esok tak payah mai, lusa pulak mai. Terus bagi susu dekat anak yer ! Bawah 100 umol/l nanti tak payah mai dah. 


16/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Hari yang mendebarkan, dimana harapan tetap ada. Harapan nak kuning Neil bawah 100 umol/l. Taknak Neil kena prolonged jaundice, taknak Neil kena ambik darah tangan and air kencing. Semua tu berat ntuk ibu sayang ๐Ÿ˜ญ

Ya Allah bantulah hambaMu ini, turunlah kuning anak hambaMu ni seturun turunnnya. Allahumma aameen ๐Ÿคฒ๐Ÿผ Namun, nasib tak menyebelahi kita lagi. Bacaan harini naik 1 umol/l iaitu 117 umol/l. Ya Allah ! Sedeh sungguh rasa. Lepas aku bagi result dekat bilik darah tu, nurse tu kata ingatkan dah boleh discharge harini. Then dia terus bawak buku baby pergi jumpak doctor. Lama jugak aku tunggu, pastu nurse tu panggil aku, dia cakap kamu jangan makan jamu, halia apa. Kamu bagi susu badan ngan formula ja. Esok kamu mai sehari lagi, doktor bagi chance, kalau tak bawah 100 umol/l kena ambik darah dekat tangan lah. Aku dengaq ni rasa down pun ada, cuak pun ada ya Allah, ya Rahman. Mudahkanlah urusan baby Neil๐Ÿ˜ญ


17/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Harini last chance doktor bagi ambik darah dekat kaki, kalau tak turun kena ambik kat tangan. Tak henti henti dlm hati dok mintak Allah turunkan kuning Neil. Macam- macam zikir dok ucap dlm hati. Harini Neil nangis paling kuat sekali ๐Ÿ˜ญ Aku pun sedih dgn dia teriyak sampai berlinang air mata aku. Ya Allah, peritnya ujian ni. Tunggu result, bila nama dipanggil tu rasa takut sangat. Kalih tengok result ya Rabb 103 belum bawah 100 lagi. Maksudnya, Neil kena ambik darah ikut tangan. Harini dlm 14 umol/l kuning Neil turun. Aku tawakal je ya Allah. Moga ada sinar di hari yang mendatang waktu nurse bawak buku aku p dekat bilik doktor.

Takdek maknanya sinar yang mendatang, doktor masuk je bilik tu, nurse panggil nama aku suruh letak baby then depa tutup pintu. Tak lama lepas tu Neil teriyak teruk weh. Aku ni berlinang air mata, keluar air mata dengaq anak teriyak lagutu. Confirm, depa ambik darah dekat tangan dah ๐Ÿ˜ญ Dok sat tu depa panggil aku suh hantar darah kat makmal. Pastu ambik baby, and aku kena mai pulak 22/3/2022 ni.

Ibumu tak sanggup nak dengar kamu nangis teruk pastu kuat hanya Allah yang tahu ๐Ÿ˜ญ

Waktu aku nak keluar tu, aku habaq kat nurse tu yang turun dari 117 umol/l ke 103 umol/l lagi sikit lagi, doktor ambik darah dah kat tangan. Gamak nurse tu tengok mata aku merah, dia kata takpa aih, doktor cuma nak tengok kuning tu mai dari mana. Kira okay ambik darah kat tangan kamu tak payah mai banyak kali dah. Cuma nanti depa bagi tarikh tu, kamu mai p kat pendaftraran pastu p mintak result kat makmal jumpak doktor. (macam lega sikit dengaq nurse ni kata)

Otw nak p dekat kereta tu, sumpah air mata aku laju ja turun sampai merah hidung hidung, terbawak oleh emosi. Kesian betui dekat Neil, hati ni rasa hiba lagu mana taktau ๐Ÿ˜ข Laki aku faham, dia tak kata apa, senyap je. Thank you bie sebab sangat memahami ❤️


22/3/2022 @ KK AYER HANGAT

Harini aku sampai klinik dalam pukul 9.03 pagi dengan husband aku. Then, aku masuk dengan baby Neil dalam klinik terus pergi ke pendaftaran. Aku cakap lah dekat staf dekat situ yang aku nak review result kuning anak. Staf tu cakap dekat aku, pergi mintak result dekat makmal and terus pergi ke bilik doktor.

Lepas settle tunggu result aku pun p lah bilik doktor. Then tak lama lepas tu nama aku pun dipanggil. Pastu, aku masuk lah jumpak doktor. Doktor cakap dekat aku, result haritu masa ambik dekat tangan tu 100.6 umol/l and tak bawah 100 umol/l jugak. So sekarang kamu pergi ambik darah dekat kaki, tengok bacaan dia berapa dulu, nanti saya explain ya? Then aku tanya doktor tu kena start ambik berat semua ke? Dia cakap ya.

Aku terus ambik kertas darah tu keluar dari bilik doktor and terus p timbang berat Neil. Dalam hati ni memang macam nak pecah, memang berdebar lain macam terkenangkan ayat doktor "nanti saya explain". Settle timbang berat Neil, aku terus p bilik darah. Dekat sini pun tunggu bukan main lama. Aku siap boleh chat dengan suami aku. Suami aku pun sama sama risau macam aku jugak ๐Ÿ˜ญ

Dalam pukul 10.10 baru ler nama aku dipanggil and Neil kena ambik darah. Neil pun nangis bukan main kuat lagi. Then, settle je ambik Neil terus hantar darah dekat makmal. Aku memang nervous sungguh, aku dok doa dalam hati bagilah results kuning Neil turun. Macam macam aku fikir, nanti Neil nak kena ambik darah ikut tangan, nak kena ambik air kencing Ya Allah sungguh aku serabut.

Taklama lepas tu, staff makmal tu pun panggil lah nama aku. Mula tu aku tak tengok lagi result, berjalan selangkag dua baru aku tengok. 79 umol/l terus mulut ucap Alhamdulillah ! Aku bawak result tu kasi dekat bilik darah. Aku dengar macam nama aku kena panggil dari bilik doktor. Tapi aku buat endah tak endah. Sekali nurse tu mai panggil sampai bilik darah. Adeh ! Mana aku tau nak kena p sana.

Masuk je bilik doktor, doktor tu cakap saya dah kata kan dah settle ambik result datang sini. Dalam hati aku, bila masa lah dia cakap ๐Ÿฅฒ Dia just suh aku ambik darah (doktor ni mang jenis yg garang tu).  Pastu dia tanyalah aku, aku breastfed je ke? Aku cakap kadang ada bagi susu formula jugak. Then, dia explain lah dekat aku. Dia cakap, haritu bacaan bilirubin anak kamu 100.6 dan bila kira percentage dia tak sampai tahap yg membimbangkan iaitu 15% kalau lah 15% dan ke atas memang kena buat test untuk nak tahu ada masalah apa. Dan harini bacaan dia pun 79 umol/l kamu takpayah datang klinik untuk check kuning and nanti misi akan bagi tarikh check up sebulan. Alhamdulillah ya Allah dalam hati seronok tak terkata ni ๐Ÿ˜ญ keluar dari klinik memang aku senyum dalam mask heheh ๐Ÿคญ☺️


In short, apa yang aku buat sepanjang Neil kena check kuning adalah :

1) Aku stop makan lada hitam, benda benda panas seperti manjakani, kunyit in which aku goreng ikan pakai garam je. Orang kata benda panas ni buatkan kuning lagi tinggi๐Ÿ˜ฌ

2) Aku ikhtiar guna Set Kuning by Tasneem Naturel dgn harapan baby lawas and dapat membuang dgn baik. Hampa boleh dapatkan produk ni dgn agent Tasneem Naturel yg berdekatan ❤️

3) Buat Urutan I Love You dekat perut baby

4) Aku jerlum baby dgn lendir daun bunga raya agar panas dlm badan baby tu keluarlah cepat cepat !

5) Boleh dikatakan sepanjang tempoh ni aku tak bedung baby.

6) Air tu kalau boleh minum yang suam suam, takut nanti baby bloated (Mak aku cakap, ikut je lah๐Ÿฅฐ)

7) Baby kena tidur dalam kedaan terang benderang kalau dia kuning. Kesilapan fatal kami laki bini tutup lampu masa hari ke 14 tu, tidak mesti dah turun kuning baby Neil ๐Ÿ˜ญ

8) Banyakkan berdoa dekat Allah lepas kita berikhtiar ๐Ÿคฒ๐Ÿผ selebihnya bertawakal lah. InsyaAllah Allah dah atur terbaik buat kita

Selamat mencuba hampa ! Tapi tak semua petua yang aku bagi ni sesuai dgn semua orang. Tapi tak salah kalau kita ikhtiar bukan? Teruskanlah doa moga Neil sentiasa sihat ye ❤️ And semoga kebaikan doa ni berbalik pada hampa semua. Bye semua, InsyaAllah kita jumpak di entri yang akan datang ๐Ÿ‘‹๐Ÿผ

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON๐Ÿ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) ๐Ÿ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = ๐Ÿ”ฅ